Tuesday, December 14, 2010

Laba Operasi Itam

Memandangkan la ni dah ujung2 tahun, baru-baru ni unit perhubungan awam JP Inc yang diketuai dek Cik Yip dah mendapat bonus berkali-kali ganda. Jealous kitaorang yang lain. Laba ni dek kerana unit tu telah berjaya dengan jayanya menghasilkan kempen seperti menyakinkan pihak umum yang tentera laut mempunyai dua biji kapal sekenhan yang uzur yang tak boleh menyelam dan menembak persenjataannya, sampai ada yang bermati-matian mempertahankan cerita itu. Tapi kalau perang betul karang taulah korang macamana taringnya nanti. Macamanapun tak bolehlah cerita banyak2, kalau tak tak dipanggillah black-ops kan.

Thursday, January 15, 2009

Jom Berdebat Weh


Kerana kecewa pembidaan mereka untuk membekalkan kereta perisai Super Kondor, iaitu versi naik taraf kenderaan yang dilucutkan atau dengan kata lain upgraded recond ke negara Biawakland telah ditolak, kuncu-kuncu JP Inc telah mengatur strategi dengan membekalkan skrip perdebatan yang acap kali digunakan dalam perdebatan mengenai pembelian pertahanan sejak sekurang-kurangnya zaman 1970'an (lama dah tu) agar keputusan memilih saingan mereka itu dapat dikaji semula sekurang-kurangnya.

Sebahagian dari skrip tu berbunyi sebegini...


Nota Permulaan : Sila isi bahagian kosong dengan nama benda pertahanan yang pembelian nak dipertikaikan dan lain-lain maklumat yang berkenaan.


Ketua Pembangkang minta Menteri Pertahanan menyatakan mengapa pihak Kementerian bersetuju membeli empat buah _________ untuk ____ juta walaupun:

(a) _____ tersebut merupakan jenis prototype, masih belum diuji dan tidak terbukti;

(b) sistem senjata yang ditawarkan iaitu ___________ buatan _________ juga merupakan prototype kerana sistem senjata yang ditawarkan itu tidak pernah di "interfaced" dengan (senjata yang berkenaan) yang ditentukan oleh pihak Tentera (cabang tentera berkenaan)
(c) didapati oleh Jawatankuasa Penilaian Tentera (cabang tentera berkenaan) bahawa _________ tersebut adalah kurang memuaskan dan munasabah daripada _______ yang di "short-listed" yakni __________ buatan (negara berkenaan) , __________ buatan (negara berkenaan) dan _______ buatan syarikat usahasama tempatan dengan syarikat (negara berkenaan) yang telah mengakibatkan keputusan Jawatankuasa Penilaian itu diketepikan oleh sebuah Pasukan Petugas Khas; dan

(d) harga kapal-kapal tersebut telah meningkat sebanyak (kenaikan yang boleh membulatkan mata orangramai) juta dari $___ juta kepada $____ juta yang membawa harga _________ ke dalam lingkungan harga bersama dengan _________ yang telah diuji dan terbukti.


Timbalan/Menteri Pertahanan akan biasanya menjawab


Tuan Yang di-Pertua, sebelum menjawab soalan-soalan Ahli Yang Berhormat satu persatu, saya ingin menjawab soalan beliau secara keseluruhan, terutamanya dari soalan-soalan beliau nyata beliau sendiri keliru dengan maklumat-maklumatnya. Suatu pembelian besar seperti ini sudah tentu menimbulkan banyak minat di kalangan beberapa pihak yang tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri, termasuk Ahli Yang Berhormat, selain daripada mereka yang mempunyai teguran-teguran yang membina. Ahli Yang Berhormat menekankan pentingnya peranan Jawatankuasa Penilaian Tentera (cabang berkenaan), tetapi sebaliknya beliau juga menyoal perkara-perkara yang telah ditimbang dan dipersetujukan oleh Jawatankuasa tersebut seolah-olah beliau lebih pakar pula daripada Jawatankuasa Penilaian ini. Kepakaran Ahli Yang Berhormat seperti ini adalah dikagumkan. Beliau mendakwa Kementerian Pertahanan telah membiarkan apa yang beliau sebut sebagai "asukan Petugas Khas" mengenepikan Jawatankuasa Penilaian Tentera (cabang berkenaan) ; tetapi sebenarnya beliau sendirilah orang yang mengenepikan pendapat Jawatankuasa Penilaian tersebut, kerana dibahagian (c) soalan Ahli Yang BerBerhormat tersebut telah mengecam Kerajaan kerana kononnya tidak mengikuti syor-syor Jawatankuasa Penilaian walhal di bahagian (a) dan (b) soalannya pula ia telah mengecam Kerajaan kerana menerima syor-syor Jawatankuasa tersebut. Jawatankuasa Penilaian Tentera Laut (cabang berkenaan) ini terdiri daripada 8 orang pegawai-pegawai kanan Tentera (cabang berkenaan) yang mahir dengan kepakaran masing-masing dan mewakili cawangancawangan yang bersangkutan dengan_________ atau ____________ ini. Jawatankuasa ini dibentuk dengan tugas untuk "menilai dan mengesyorkan kesesuaian tiaptiap penender dari segi professional atau dalam Inggerisnya "To evaluate and recommend the acceptability of each of the tender, from the professional point of view". Jawatankuasa Penilaian ini telah menyiapkan suatu "Technical Report" yang lengkap berkenaan tiap-tiap tawaran yang tidak diketahui nama-nama penendernya. Technical Report ini mendapati (unit) daripada tawaran-tawaran yang dikaji adalah sesuai termasuk _______________tetapi tidak ada di antara yang (unit) ini yang menepati sepenuhnya keperluan Tentera (cabang tentera berkenaan) atau (cabang tentera berkenaan) Staff Requirement. Maklumat-maklumat lambahan yang tertentu dengan itu adalah masih diperlukan. Lapuran ini telah dimajukan kepada Ketua Tunis Tentera (cabang tentera berkenaan) yang telah menyampaikan kepada Lembaga Tender berserta dengan teguran dan pandangan persendiriannya. Lembaga Tender di dalam persidangan yang pertama telah melantik satu Jawatankuasa Kerja bagi mengumpulkan maklumat-maklumat lanjut berkaitan dengan 4 tawaran yang didapati sesuai dari segi technical. Kesemua maklumat dan lapuran yang diperolehi dari proses ini telah digunakan oleh Lembaga Tender untuk membuat syornya. Dengan penerangan ini jelaslah bahawa urusan pembelian ____________ini telah dijalan mengikut peraturan- peraturan tender Kerajaan dan tidak mengikut apa-apa jalan yang serong. Sekarang saya akan menjawab soalansoalan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat satu-persatu:



(a) __________ yang hendak dibeli oleh Kerajaan (negara berkenaan) itu tidaklah merupakan satu jenis kapai prototype sebagaimana yang disangkakan oleh Ahli Yang Berhormat dari (kawasan parlimen berkenaan) itu. Bahkan ______ jenis ini sedang digunakan oleh Tentera(cabang tentera berkenaan) negara berkenaan.

(b) Sistem senjata buatan _________ yang akan dibekalkan kepada _______ tersebut juga bukannya satu sistem yang merupakan prototype, bahkan satu sistem yang terbukti dari segi penggunaan dan telahpun di "interface" dengan (sistem berkenaan).

(c) Lapuran Jawatankuasa Penilaian Teknikal Tentera (cabang tentera berkenaan) ia itu telah berpendapat di antara lain bahawa keempat-empat tawaran yangtelah di "short-listed" iaitu termasuk ________ adalah boleh dipertimbangkan untuk diterima dari segi teknikal tertakluk kepada keperluankeperluan tertentu yang tidak dapat diputuskan oleh Jawatankuasa PenilaianTeknikal. Satu Jawatankuasa Kerja yang ahlinya termasuk 2 anggota penting Jawatankuasa Penilaian Teknikal dengan itu telah ditubuhkan bagi mengumpulkan maklumat-maklumat lanjut berhubung dengan "keperluankeperluan tertentu" seperti yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa Penilaian dan juga oleh Lembaga Tender sendiri. Tugas Jawatankuasa Kerja ini ialah semata-mata untuk mengumpulkan maklumat-maklumat lanjut yang diperlukan dan ia tidak bertugas untuk membuat apa-apa syor kepada Lembaga Tender. Maklumat yang dikumpulkan adalah diserahkan kepada Lembaga Tender bagi menolongnya mencapai keputusan dan membuat syornya. Ingin ditegaskan bahawa kedua-dua Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Kerja tidak membuat sebarang sokongan kepada mana-mana satu penender yang tertentu.

Dengan ini jelaslah bahawa tidak ada apa-apa "asukan Petugas Khas" yang telah ditubuhkan bagi mengenepikan seperti kata Ahli Yang Berhormat pendapat-pendapat Jawatankuasa Penilaian seperti yang didakwa tadi.

(d) Harga yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat iaitu ____juta itu ialah harga variable iaitu harga yang tertakluk kepada kenaikan harga dan harga ini adalah harga yang tidak termasuk harga alat-alat yang lain seperti (alat alatan berkenaan, nampak lebih canggih lebih baik), Iain-lain kos. Harga kontrek bagi pembelian (unit) buah ___ yang dibeii ialah sebanyak _____ juta, dan harga ini ialah harga tetap dan termasuk harga (alat-alatan lain), Kos Latihan-latihan anggota (cabang tentera berkenaan) dan ujian-ujian serta belanja tempat tinggal antuk anggota (cabang tentera berkenaan) di (negara berkenaan) dan Iain-lain kos. Harga kontrek bagi ________ ini adalah harga yang termurah sekali di antara empat Penender yang didapati sebagai boleh diterima dari segi teknikal, iaitu ___juta lebih murah daripada calun yang kedua murahnya antara 4 yang dipilih itu.

Maaflah! Bahagian skrip yang lain hanya akan diserahkan apabila persetujuan diperolehi untuk debat ini dimulakan nanti. Tapi amacam biasa dengar tak skrip ni.

Monday, May 05, 2008

JP INC Perkenalkan Dream Drill Team

Setelah melihatkan kejayaan ATM memperlihatkan kepakaran "changing of the guards" mereka di Great Britain dan menarik perhatian beribu-ribu pengunjung telah mengilhamkan didalam kepala hotak Pengarah Misi-Misi Khas JP Inc Encik Gemukkkkkk untuk mengadakan upacara yang sama di perkarangan Mahligai Rahsia TanSri Mat Toro, The Love Nest sebagai peluang mengambil keuntungan melampau bagi syarikat. Lagipun ini adalah satu cara dia mengampu TanSri setelah diturunkan pangkat kerana kerakusan yang lalu. Jadi untuk upacara yang hampir serupa di sini, pengunjung-pengunjung akan dikenakan bayaran untuk melihat pergerakan-pergerakan yang akan dipersembahkan. Apa nak heran, semua benda yang JP Inc buat mesti buat untung kalau tidak gaji kena potonglah. Antara acara-acara yang yang akan dipersembahkan ialah perarakan masuk anggota membawa jambangan-jambangan bunga ke perkarangan mahligai. Berbeza dengan kor Pengawal yang lain, kor pengawal JP Inc dibekalkan dengan jambangan bunga kerana TanSri kita ni suka melalui laluan yang harum semerbak dengan haruman bunga. Yalah haruman bunga tu boleh cover sikit masalah BO dia tu. Selepas pergerakan itu diikuti dengan perarakan masuk pegawai-pegawai tugas khas daripada unit-unit berbeza Angkatan Beruniform JP Inc yang memakai uniform-uniform bermini skirt kegemaran TanSri. Seperti yang dilhat anggota-anggotanya biasanya diimport dari Eropah Timur kerana TanSri cakap mereka sanggup terima upah murah sikit. Kedekut juga ya Tansri ni, dengan awek pun nak yang murah-murah aja.

Selepas melaksanakan beberapa formasi drill, troop akan berhenti sebelum dipanggil mengadap Ketua Perbarisan merangkap Baluchi pemilihan, samada Datuk Seri Tin atau Datuk Seri DewaGanaz ikut roster bertugas, di mana mereka akan mengadap dalam keadaan melutut dan mereka yang dipilih akan ditandakan dengan sebilah seludang sebagai membayang tugas-tugas khas yang akan dilakukan oleh mereka didalam bilik-bilik tidur Mahligai Rahsia TanSri. Yalah perkataan drill itu sudah membayangkan apa tugas utama mereka kan, jadi kebolehan melutut amat penting sekali sebagai kriteria pemilihan. Selepas pemilihan dibuat, anda akan dapat melihat perarakan berambus mereka-mereka yang hampa kerana tidak dipilih tetapi ini belum lagi acara kemuncak tau. Acara klimaks (semua kerja mesti ada klimakskan) itu amat istimewa sekali dimana kereta-kereta kebal dipandu secara khas oleh anggota pakaian khas menjadi tarikan utama upacara penutup ini. Mula-mula nak buat macam Lady Godiva naik kuda terus tapi TanSri cakap lecehlah nak jaga binatang-bintang in i dan takut ada pula kuda yang nak menyusu. Jadi jangan tak ambil gambar Yop nanti menyesal fasal memang tak jumpa kat tempat lain ni. Kami garenti punya pengunjung-pengunjung akan teruja, terutama jantan-jantan miang yang pastinya peminat utama acara ini.

Selepas acara perbarisan tamat, kami sediakan pula kemudahan mengambil gambar mereka-mereka yang yang terpilih untuk tugasan hari tersebut sebelum mereka melaporkan diri dimana gambar-gambar itu boleh ditangkap dengan anggota-anggota di atas tunggangan meriam dengan bayaran istimewa RM100 satu shot aja. Suruhlah dia tunggang apa cara sekalipun, dia akan redha. Jika berminat apa tunggu lagi? Silalah buat tempahan kat pegawai bertugas ini tetapi yang ini jangan kacau aaaa, den dah charter siang-siang tau!

Monday, April 28, 2008

Gemukkk setelah bergelar CEO(Episode Admiral Jazim Strikes Again)

Setelah menyepikan diri hampir setahun lamanya, wartawan hebat kami telah dapat menjejaki Gemukkk yang dikhabarkan akan menggelapkan dana JP Inc. sebelum perbuatan ini dapat dipintas oleh Suruhanjaya Pendaftar Syarikat.
Setahun yang lepas, setelah dilantik menjadi CEO, Gemukkk tiba-tiba telah mengambil cuti dan langsung tidak masuk ofis.
Berikutan itu, Tansri telah mengerahkan Admiral Jazim yang khabarnya sedang cuba untuk memasuki pasukan geng jahat, untuk menjejaki CEO Gemukkk.
Hasil maklumat dan risikan yang menelan belanja hampir US $0.06 Trillion, penjejakan Gemukkk hampir menemui jalan buntu. Namun sekali lagi DG-RDT telah dikerahkan untuk membantu risikan ini.
Setelah 10 bulan berlalu,Admiral Jazim telah menerima maklumat risikan yang sangat bernilai, iaitu lokasi terkini CEO Gemukkk.
Berikutan ini, Admiral Jazim dan 2 anggota DG-RDT telah melakukan intipan demi intipan selama 3 hari 3 malam.
Imej thermal yg diperolehi daripada camera telah diambil dan dianalisis di makmal pemprosesan gambar Photo Ah Keong, Jalan Kampar, Ipoh Perak mengesahkan imej beberapa orang termasuk seorang yang berbadan XXXL.
Admiral Jazim kemudian mengambil masa lagi 1 malam untuk menghantar kedudukan dan koordinat lokasi di mana Gemukkk berada. Ini adalah kerana ke'lembapan' Admiral Jazim untuk belajar cara-cara menggunakan GPS pada handphone N82 yang bari dibeli 3 minggu lalu (dengar khabar dengan gunakan duit masyuk projek kapal korek). Setelah berjaya mempelajari handphone N82nya dengan jayanya, maka koordinat lokasi Gemukk di hantar ke Ibu Pejabat.
Setelah menerima maklumat ini dan pembuat pengesahan maka Tan Sri MT mengarahkan, sebuah helicopter dihantar untuk mengambil Gemukkk dan juga mengarahkan Admiral Jazim untuk menggempur kediaman Gemukkk dan menahan gemuk untuk di bawa ke Ibu Pejabat.
Dengan green light diberikan oleh Tansri MT, Admiral Jazim pun strike again!!
Selama 12 minit diperlukan oleh anggota DG-RDT untuk menggempur, meneutralized dan mensecured perimeter kediaman Gemukkk.
Setelah keadaan selamat maka Admiral Jazim pun memasuki kamar Gemukkk untuk berjumpa beliau.
Reaksi Gemukkk sangat bersahaja "What took you guys so long??? Damn you asshole, you broke my vase.... antara reaksi pertama Gemukkk.
Helicopter yang dihantar Tansri tiba kemudian dan Gemukkk di bawa ke Ibu Pejabat JP Inc untuk menyambung tugasan..
Seorang anggota DG-RDT yang pertama sekali memasuki kediaman Gemukkk sempat merakamkan photo terkini Gemukkk dengan mengguna optical lense Carl Zeiss 5.0 Megapixel yang terbina di dalam handphone N95 8GB nya... gambar ini kemudian dihantar ke post operasi dengan menggunakan packet HSDPA yg jugak terdapat pada handphonenya. Berikut gambar yang diterima di Ibu Pejabat JP Inc sejurus Gemukkk diescort ke dalam helikopter.

Thursday, July 26, 2007

JP INC menang tender perkidmatan penerbangan

Selepas lama mendiamkan diri dari dunia pengumuman korporat, JP Inc membuat pengumuman terkini yang syarikat telah berjaya memperolehi tender penyediaan pekhidmatan penerbangan ulang-alik antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak bagi anggota keselamatan. Tansri Mat Toro berkata yang syarikat memenangi tender setelah bertungkus-lumus bergelut dengan syarikat penerbangan lain termasuk syarikat penerbangan kos rendah. "Kami menang kerana walaupun syarikat kami menyediakan tambang murah, khidmat layanan dalaman ataupun in-flight services kami adalah yang terbaik yang menjanjikan tahap-siagaan anggota keselamatan kita akan berada pada tahap tertinggi. Ini adalah kerana krew kabin kami adalah yang teristimewa dan sedia memberi layangan terbaik pada setiap masa.

Krew Kabin Menjanjikan Perkhidmatan Terbaik


Dengan kemenangan ini, pihak syarikat sedang berunding untuk membeli beberapa pesawat cat putih milik perkhidmatan. "Memandangkan armada jet VVIP dan VIP kita berlebih-lebih pesawat, kami membuat tawaran untuk mengambil-alih pesawat-pesawat kurang popular agar pesawat-pesawat itu dapat diganti dengan yang lebih canggih lagi. Yalah bajet beli pesawat putih senang didapati jadi kami yakin pesawat lama dapat dibeli oleh syarikat kami dengan harga pukal. Ini akan improve our Bottom Line, tak termasuk bottoms and tops krew kami ya" ujar Tansri lagi.

Perkhidmatan walaubagaimanapun berkonsep "SEE NO TOUCH"

Dalam perkembangan lain, Tansri membuat pengumuman yang mengejutkan dengan memaklumkan bahawa En Gemukkkkkk telah dilantik sebagai CEO Syarikat Penerbangan tersebut. Pengumuman itu telah menyebabkan ahli-ahli lembaga Pengarah menggigit jari setelah berangan-angan akan dapat mendapat peluang beramas-mesra dengan lebih dekat dengan kabin krew mereka atas dasar menjaga kebajikan pekerja. Bila ditanya kenapa Encik Gemukkkkkk dilantik, Tansri menjawab kerana dia mendapat tahu setelah Datin meninggalkannya dahulu, citarasa Gemukkkkkk telah beralih arah. Jadi dia yakain akan taha keselamatan pekerja-pekerja dia. "Saya jaga mereka macam ahli harem tau. Fasal memang diaorang semua gundik-gundik harem saya pun" ujar Tansri dengan tersengih.

Thursday, July 05, 2007

Cruise Tasik Puteriraya JP Inc

Tan Sri MT hari ini mengumumkan pelancaran kapal cruise persiaran tasik Puteriraya yang terbaru. Kapal cruise tersebut yang buleh memuatkan seramai 50 orang pada satu-satu masa kini terbuka untuk tempahan. Tan Sri MT menerangkan antara pakej aktiviti cruise tersebut adalah bersiar-siar di sekeliling Tasik Puteriraya dan lunch/dinner berserta fre flowing todi untuk mereka yang berkemampuan bayar. Pakej murah sikit pun ada tapi lunch/dinner tuh sebungkus cikedis dan free flowing air daun ketum. Aktiviti hiburan ahem-ahem juga disediakan. Walaupun free flowing drinks disediakan perlu diingatkan bahawa cruise ini hanya mengambil masa 15 minit sahaja so sapa yg rasa tak cukup atau tak selesai lagi berhibur kena la bayar untuk second trip. Satu trip bernilai RM180 untuk pakej ketum & RM360 untuk pakej todi.

Bagi yang cikai sangat pun Tan Sri MT masih mampu menawarkan pakej yg mampu mengosongkan poket mereka iaitu pakej Perahu Tonggang Sayang berharga RM50 lengkap bersama 6 pack dan seorang GRO import dari kalangan pekerja kontrak Indon yang ramai di Malaysia (kesahihan jantina mereka tidak dijamin).

Tan Sri MT berkata,"Saya menawarkan pelbagai pakej ni bukannya apa... kita kan nak membahagikan kemewahan negara sesama rakyat. So semua orang musti buleh rasa cruise Tasik Puteriraya nihh... lu miskin ka, lu kaya ka... semua pun gua mau sapu lu punya duit".

Wednesday, May 30, 2007

Exercise Guruh Jiblaog I

Pasukan khas DG-RDT akan dikerahkan sepenuh tenaga untuk exercise besar-besaran bersama-sama pasukan elit BLF di dalam masa yang terdekat ini. Menurut pegawai pemerintah Batalion ke3 DG, Kolonel Silantra, latihan ini akan dilakukan di kawasan elit kuala lumpur yang mana scenario pertempuran di dalam bandar akan dijalankan. Pertempuran sengit dijangka akan berlaku dan orang awam tidak akan diberitahu untuk memaksimakan kejutan. Pasukan PDRM dan ATM akan diberitahu hanya beberapa minit setelah latihan bermula. Latihan ini juga bertujuan untuk mengukur tahap readiness pasukan elit DG-RDT dan untuk mengukur masa bertindak yang akan diambil untuk pasukan ini berada di dalam posisi gempur dan bertindak.

Notis arahan untuk pasukan ini bertindak telah pun dipamerkan di tempat2 strategik di pusat membeli belah, kedai kopi, pusat snooker, rumah urut, hotel 3-4 bintang, plaza2 tol utama dan juga bank2 yang terpilih.

Notis yang telah dienkripkan ini hanya akan difahami oleh pasukan khas ini sahaja dan kehadiran notis ini tidak akan diendahkan oleh orang awam.

Berikut adalah contoh notis ini yang berjaya dirakamkan wartawan dalaman JFc Inc.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hanya mereka yang diberi latihan menyahkod SMS/POSTER EKC786 sahaja yang dapat menafsirkan notis ini sebagai arahan rasmi pasukan DG.

Latihan ini akan berlangsung selama beberapa minit sahaja dan objectif pasukan dan latihan akan diukur.

Nama latihan ini diambil daripada senarai buku kod kuno Hitler dan diterjemahkan ke bahasa jerman moden sebelum diterjemahkan ke bahasa melayu.

Gempur wira ku DG-RDT!!