Monday, April 28, 2008

Gemukkk setelah bergelar CEO(Episode Admiral Jazim Strikes Again)

Setelah menyepikan diri hampir setahun lamanya, wartawan hebat kami telah dapat menjejaki Gemukkk yang dikhabarkan akan menggelapkan dana JP Inc. sebelum perbuatan ini dapat dipintas oleh Suruhanjaya Pendaftar Syarikat.
Setahun yang lepas, setelah dilantik menjadi CEO, Gemukkk tiba-tiba telah mengambil cuti dan langsung tidak masuk ofis.
Berikutan itu, Tansri telah mengerahkan Admiral Jazim yang khabarnya sedang cuba untuk memasuki pasukan geng jahat, untuk menjejaki CEO Gemukkk.
Hasil maklumat dan risikan yang menelan belanja hampir US $0.06 Trillion, penjejakan Gemukkk hampir menemui jalan buntu. Namun sekali lagi DG-RDT telah dikerahkan untuk membantu risikan ini.
Setelah 10 bulan berlalu,Admiral Jazim telah menerima maklumat risikan yang sangat bernilai, iaitu lokasi terkini CEO Gemukkk.
Berikutan ini, Admiral Jazim dan 2 anggota DG-RDT telah melakukan intipan demi intipan selama 3 hari 3 malam.
Imej thermal yg diperolehi daripada camera telah diambil dan dianalisis di makmal pemprosesan gambar Photo Ah Keong, Jalan Kampar, Ipoh Perak mengesahkan imej beberapa orang termasuk seorang yang berbadan XXXL.
Admiral Jazim kemudian mengambil masa lagi 1 malam untuk menghantar kedudukan dan koordinat lokasi di mana Gemukkk berada. Ini adalah kerana ke'lembapan' Admiral Jazim untuk belajar cara-cara menggunakan GPS pada handphone N82 yang bari dibeli 3 minggu lalu (dengar khabar dengan gunakan duit masyuk projek kapal korek). Setelah berjaya mempelajari handphone N82nya dengan jayanya, maka koordinat lokasi Gemukk di hantar ke Ibu Pejabat.
Setelah menerima maklumat ini dan pembuat pengesahan maka Tan Sri MT mengarahkan, sebuah helicopter dihantar untuk mengambil Gemukkk dan juga mengarahkan Admiral Jazim untuk menggempur kediaman Gemukkk dan menahan gemuk untuk di bawa ke Ibu Pejabat.
Dengan green light diberikan oleh Tansri MT, Admiral Jazim pun strike again!!
Selama 12 minit diperlukan oleh anggota DG-RDT untuk menggempur, meneutralized dan mensecured perimeter kediaman Gemukkk.
Setelah keadaan selamat maka Admiral Jazim pun memasuki kamar Gemukkk untuk berjumpa beliau.
Reaksi Gemukkk sangat bersahaja "What took you guys so long??? Damn you asshole, you broke my vase.... antara reaksi pertama Gemukkk.
Helicopter yang dihantar Tansri tiba kemudian dan Gemukkk di bawa ke Ibu Pejabat JP Inc untuk menyambung tugasan..
Seorang anggota DG-RDT yang pertama sekali memasuki kediaman Gemukkk sempat merakamkan photo terkini Gemukkk dengan mengguna optical lense Carl Zeiss 5.0 Megapixel yang terbina di dalam handphone N95 8GB nya... gambar ini kemudian dihantar ke post operasi dengan menggunakan packet HSDPA yg jugak terdapat pada handphonenya. Berikut gambar yang diterima di Ibu Pejabat JP Inc sejurus Gemukkk diescort ke dalam helikopter.