Wednesday, May 30, 2007

Exercise Guruh Jiblaog I

Pasukan khas DG-RDT akan dikerahkan sepenuh tenaga untuk exercise besar-besaran bersama-sama pasukan elit BLF di dalam masa yang terdekat ini. Menurut pegawai pemerintah Batalion ke3 DG, Kolonel Silantra, latihan ini akan dilakukan di kawasan elit kuala lumpur yang mana scenario pertempuran di dalam bandar akan dijalankan. Pertempuran sengit dijangka akan berlaku dan orang awam tidak akan diberitahu untuk memaksimakan kejutan. Pasukan PDRM dan ATM akan diberitahu hanya beberapa minit setelah latihan bermula. Latihan ini juga bertujuan untuk mengukur tahap readiness pasukan elit DG-RDT dan untuk mengukur masa bertindak yang akan diambil untuk pasukan ini berada di dalam posisi gempur dan bertindak.

Notis arahan untuk pasukan ini bertindak telah pun dipamerkan di tempat2 strategik di pusat membeli belah, kedai kopi, pusat snooker, rumah urut, hotel 3-4 bintang, plaza2 tol utama dan juga bank2 yang terpilih.

Notis yang telah dienkripkan ini hanya akan difahami oleh pasukan khas ini sahaja dan kehadiran notis ini tidak akan diendahkan oleh orang awam.

Berikut adalah contoh notis ini yang berjaya dirakamkan wartawan dalaman JFc Inc.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hanya mereka yang diberi latihan menyahkod SMS/POSTER EKC786 sahaja yang dapat menafsirkan notis ini sebagai arahan rasmi pasukan DG.

Latihan ini akan berlangsung selama beberapa minit sahaja dan objectif pasukan dan latihan akan diukur.

Nama latihan ini diambil daripada senarai buku kod kuno Hitler dan diterjemahkan ke bahasa jerman moden sebelum diterjemahkan ke bahasa melayu.

Gempur wira ku DG-RDT!!

Monday, May 28, 2007

Lagu Hit Terbaru Di Pasaran

Bocor Lagi
by Keris Silau - Malaysia Today

Bocor teruk kata Samy
Wiring lama kata Ramli
Bangunan tua kata Nazri
Najib said it's PWD

Semua ada alasan sendiri
But where you all spent the money?
RM90 juta untuk cantikkan lobby
So that it looks luxury

Nice decor and nice settee
But now you kena letak baldi
Bocor teruk when it rains heavily
MP yang busuk pun boleh mandi

The floor is wet and slippery
The luxury lobby now looks untidy
Inilah dia third class mentality
Luar cantik tapi dalam very shoddy

Structure work should get priority
And now whose responsibility
JKR or Parliament Committee
While you all gaduh sama sendiri

Rakyat want an answer immediately
Otherwise kita tak bagi you undi
Sebab you spent money unnecessarily
You know it is taxpayers' money
So please spend the money wisely.

Maintenance!!! Maintenance!!!

Berikutan kejadian bumbung sebuah hotel cum "Health Centre" iaitu Hotel Ah Seks di ibu kota yang dilaporkan bocor (bukan pompuan bocor yang MP kita sembang kat Parlimen) pihak kontraktornya JP Binamahal mengeluarkan pernyataan bahawa hotel tersebut tidak menjalani proses maintenance yang mencukupi. "Hotel Ah Seks yang baru dibuka Jumaat lalu didapati bocor kerana kekurangan maintenance", menurut jurucakap JP Binamahal. Bila ditanya apakah jenis maintenance yang diperlukan bagi bangunan tersebut jurucakap JP Binamahal berkata dengan nada sinis "Lu orang bayar jer laa... kitorang tau le apa nak buat".

Kejadian kebocoran ini heboh diperkatakan setelah seorang eksekutif yang hanya ingin dikenali dengan nama Mr G ditangkap gambarnya dalam keadaan basah kuyup semasa sedang... errr... mengurut seorang "pelayan" di hotel Ah Seks. Pendek kata dia ditangkap basah lah. Mr G dengan geram berkata, "Aku nak refund!! Orang dah nak ready to fire tetiba kena simbah air dari bumbung!!! Hilang konsentrasi tau!!! Dah la Datin SM dah lama tak melayan keperluan batin I!!! Aku nak refund!!!" Pihak JP Binamahal yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Mr G menawarkan seorang lagi pelayan (lihat gambar sebelah kalau sanggup) sebagai pengganti. JP Binamahal belanja, don't worry be happy.

JP Binamahal turut menawarkan pakej RM 90 juta bagi memberi facelift kepada bangunan tersebut selain pakej maintenance bernilai sebanyak RM500,000 sebulan. "Mau bocor ka tak mau bocor?? Lu sendiri pilih lah", ujar Tan Sri MT dengan selamba ayamnya sekali.

Thursday, May 24, 2007

JP Inc Tawar UAV alternatif AlJantanus

TUAV ALUDRA

Menghidu peluang untuk menangguk di air keroh akibat kekecohan lontaran kritis dan komentar mengenai projek sulung TUAV nasional Aludra, pihak syarikat Jerung Perkasa dengan sinisnya menawarkan sebagai projek alternative UAV ciptaan mereka, Aljantanus . Projek yang dibangunkan melalui skim pinjaman oleh Ceti terkenal dari Madras ini, Encik Satria Boley dengan harga 500 ribu ringgit menjanjikan dayaterbang tidak terbilang jam, operasi senyap dan rekabentuk halimunan radar kerana ia terbuat seratus peratus daripada bahan tempatan iaitu badannya dibuat dari rangka buluh dianyam rotan, sayapnya dari pelepah kelapa dililit daun ketupat, dan kipasnya dari batang bakau.


UAV ALJANTANUS JP INC

Mampu membawa payload SIMIAN eyeball mk1 iaiatu seekor beruk pemetik kelapa pencen yang diberi latihan semula melalui skim latihan semula pesara biayaan kerajaan, model SIMIAN ini mampu memberi maklumat dengan menggunakan Nokia Communicator generasi pertama dicilok dari Saudara Gemukkkkkk untuk mengurangkan kos projek ini. “Mula-mula susah jugak nak ajar SIMIAN ni menghantar maklumat, sikit-sikit dia hantar mesej ‘Gemukkkkkk rindukan Datin’ tapi lama-kelamaan system ini berjaya dilatih untuk menghantarkan maklumat yang dikehendaki;” terang Cip Designer Dr Alphawolf kepada wartawan yang hadir. Bila seseorang wartawan dari majalah ‘Jambu’ cuba mempertikaikan bahawa Aljantanus tidak boleh dikelasifikasikan sebagai UAV kerana menggunakan sistem SIMIAN sebagai system kendalian, TanSri Mat Toro mengherdik wartawan itu dengan menerangkan yang U tu bermakna UnMANNED maka dengan menggunakan sistem SIMIAN Aljantanus pun Unmanned la, sambil terdengar rungutan TanSri “Itupun tara belajar ka?”



SISTEM SIMIAN EYEBALL Mk 1

Ketika majlis makan karipap selepas itu, seorang lagi wartawan HOP pula bertanya apakah harga sebuah Aljantanus itu memandangkan kos pembangunan yang murah, TanSri dengan selamba menjawab Satu Jura ringgit Malaysia sambil mengatakan korang ingat murahke nak bayar bunga ceti ni yang dikira ikut harian, jadi mestilah jual UAV ini dengan harga mahal. Tetapi selepas dikajiseldik dengan lebih mendalam, didapati TanSri sudah membuat ikatjanji sampingan dengan Ceti itu untuk menerbitkan sebuah filem berkisar hidup pelakon terkenal Kamal Hassan dengan menggunakan keuntungan jualan UAV ini. Nak Jadi hero Tamil rupanya TanSri kita ni ya.

GAMBAR TANSRI WAKTU SCREENTEST