Thursday, January 15, 2009

Jom Berdebat Weh


Kerana kecewa pembidaan mereka untuk membekalkan kereta perisai Super Kondor, iaitu versi naik taraf kenderaan yang dilucutkan atau dengan kata lain upgraded recond ke negara Biawakland telah ditolak, kuncu-kuncu JP Inc telah mengatur strategi dengan membekalkan skrip perdebatan yang acap kali digunakan dalam perdebatan mengenai pembelian pertahanan sejak sekurang-kurangnya zaman 1970'an (lama dah tu) agar keputusan memilih saingan mereka itu dapat dikaji semula sekurang-kurangnya.

Sebahagian dari skrip tu berbunyi sebegini...


Nota Permulaan : Sila isi bahagian kosong dengan nama benda pertahanan yang pembelian nak dipertikaikan dan lain-lain maklumat yang berkenaan.


Ketua Pembangkang minta Menteri Pertahanan menyatakan mengapa pihak Kementerian bersetuju membeli empat buah _________ untuk ____ juta walaupun:

(a) _____ tersebut merupakan jenis prototype, masih belum diuji dan tidak terbukti;

(b) sistem senjata yang ditawarkan iaitu ___________ buatan _________ juga merupakan prototype kerana sistem senjata yang ditawarkan itu tidak pernah di "interfaced" dengan (senjata yang berkenaan) yang ditentukan oleh pihak Tentera (cabang tentera berkenaan)
(c) didapati oleh Jawatankuasa Penilaian Tentera (cabang tentera berkenaan) bahawa _________ tersebut adalah kurang memuaskan dan munasabah daripada _______ yang di "short-listed" yakni __________ buatan (negara berkenaan) , __________ buatan (negara berkenaan) dan _______ buatan syarikat usahasama tempatan dengan syarikat (negara berkenaan) yang telah mengakibatkan keputusan Jawatankuasa Penilaian itu diketepikan oleh sebuah Pasukan Petugas Khas; dan

(d) harga kapal-kapal tersebut telah meningkat sebanyak (kenaikan yang boleh membulatkan mata orangramai) juta dari $___ juta kepada $____ juta yang membawa harga _________ ke dalam lingkungan harga bersama dengan _________ yang telah diuji dan terbukti.


Timbalan/Menteri Pertahanan akan biasanya menjawab


Tuan Yang di-Pertua, sebelum menjawab soalan-soalan Ahli Yang Berhormat satu persatu, saya ingin menjawab soalan beliau secara keseluruhan, terutamanya dari soalan-soalan beliau nyata beliau sendiri keliru dengan maklumat-maklumatnya. Suatu pembelian besar seperti ini sudah tentu menimbulkan banyak minat di kalangan beberapa pihak yang tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri, termasuk Ahli Yang Berhormat, selain daripada mereka yang mempunyai teguran-teguran yang membina. Ahli Yang Berhormat menekankan pentingnya peranan Jawatankuasa Penilaian Tentera (cabang berkenaan), tetapi sebaliknya beliau juga menyoal perkara-perkara yang telah ditimbang dan dipersetujukan oleh Jawatankuasa tersebut seolah-olah beliau lebih pakar pula daripada Jawatankuasa Penilaian ini. Kepakaran Ahli Yang Berhormat seperti ini adalah dikagumkan. Beliau mendakwa Kementerian Pertahanan telah membiarkan apa yang beliau sebut sebagai "asukan Petugas Khas" mengenepikan Jawatankuasa Penilaian Tentera (cabang berkenaan) ; tetapi sebenarnya beliau sendirilah orang yang mengenepikan pendapat Jawatankuasa Penilaian tersebut, kerana dibahagian (c) soalan Ahli Yang BerBerhormat tersebut telah mengecam Kerajaan kerana kononnya tidak mengikuti syor-syor Jawatankuasa Penilaian walhal di bahagian (a) dan (b) soalannya pula ia telah mengecam Kerajaan kerana menerima syor-syor Jawatankuasa tersebut. Jawatankuasa Penilaian Tentera Laut (cabang berkenaan) ini terdiri daripada 8 orang pegawai-pegawai kanan Tentera (cabang berkenaan) yang mahir dengan kepakaran masing-masing dan mewakili cawangancawangan yang bersangkutan dengan_________ atau ____________ ini. Jawatankuasa ini dibentuk dengan tugas untuk "menilai dan mengesyorkan kesesuaian tiaptiap penender dari segi professional atau dalam Inggerisnya "To evaluate and recommend the acceptability of each of the tender, from the professional point of view". Jawatankuasa Penilaian ini telah menyiapkan suatu "Technical Report" yang lengkap berkenaan tiap-tiap tawaran yang tidak diketahui nama-nama penendernya. Technical Report ini mendapati (unit) daripada tawaran-tawaran yang dikaji adalah sesuai termasuk _______________tetapi tidak ada di antara yang (unit) ini yang menepati sepenuhnya keperluan Tentera (cabang tentera berkenaan) atau (cabang tentera berkenaan) Staff Requirement. Maklumat-maklumat lambahan yang tertentu dengan itu adalah masih diperlukan. Lapuran ini telah dimajukan kepada Ketua Tunis Tentera (cabang tentera berkenaan) yang telah menyampaikan kepada Lembaga Tender berserta dengan teguran dan pandangan persendiriannya. Lembaga Tender di dalam persidangan yang pertama telah melantik satu Jawatankuasa Kerja bagi mengumpulkan maklumat-maklumat lanjut berkaitan dengan 4 tawaran yang didapati sesuai dari segi technical. Kesemua maklumat dan lapuran yang diperolehi dari proses ini telah digunakan oleh Lembaga Tender untuk membuat syornya. Dengan penerangan ini jelaslah bahawa urusan pembelian ____________ini telah dijalan mengikut peraturan- peraturan tender Kerajaan dan tidak mengikut apa-apa jalan yang serong. Sekarang saya akan menjawab soalansoalan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat satu-persatu:



(a) __________ yang hendak dibeli oleh Kerajaan (negara berkenaan) itu tidaklah merupakan satu jenis kapai prototype sebagaimana yang disangkakan oleh Ahli Yang Berhormat dari (kawasan parlimen berkenaan) itu. Bahkan ______ jenis ini sedang digunakan oleh Tentera(cabang tentera berkenaan) negara berkenaan.

(b) Sistem senjata buatan _________ yang akan dibekalkan kepada _______ tersebut juga bukannya satu sistem yang merupakan prototype, bahkan satu sistem yang terbukti dari segi penggunaan dan telahpun di "interface" dengan (sistem berkenaan).

(c) Lapuran Jawatankuasa Penilaian Teknikal Tentera (cabang tentera berkenaan) ia itu telah berpendapat di antara lain bahawa keempat-empat tawaran yangtelah di "short-listed" iaitu termasuk ________ adalah boleh dipertimbangkan untuk diterima dari segi teknikal tertakluk kepada keperluankeperluan tertentu yang tidak dapat diputuskan oleh Jawatankuasa PenilaianTeknikal. Satu Jawatankuasa Kerja yang ahlinya termasuk 2 anggota penting Jawatankuasa Penilaian Teknikal dengan itu telah ditubuhkan bagi mengumpulkan maklumat-maklumat lanjut berhubung dengan "keperluankeperluan tertentu" seperti yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa Penilaian dan juga oleh Lembaga Tender sendiri. Tugas Jawatankuasa Kerja ini ialah semata-mata untuk mengumpulkan maklumat-maklumat lanjut yang diperlukan dan ia tidak bertugas untuk membuat apa-apa syor kepada Lembaga Tender. Maklumat yang dikumpulkan adalah diserahkan kepada Lembaga Tender bagi menolongnya mencapai keputusan dan membuat syornya. Ingin ditegaskan bahawa kedua-dua Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Kerja tidak membuat sebarang sokongan kepada mana-mana satu penender yang tertentu.

Dengan ini jelaslah bahawa tidak ada apa-apa "asukan Petugas Khas" yang telah ditubuhkan bagi mengenepikan seperti kata Ahli Yang Berhormat pendapat-pendapat Jawatankuasa Penilaian seperti yang didakwa tadi.

(d) Harga yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat iaitu ____juta itu ialah harga variable iaitu harga yang tertakluk kepada kenaikan harga dan harga ini adalah harga yang tidak termasuk harga alat-alat yang lain seperti (alat alatan berkenaan, nampak lebih canggih lebih baik), Iain-lain kos. Harga kontrek bagi pembelian (unit) buah ___ yang dibeii ialah sebanyak _____ juta, dan harga ini ialah harga tetap dan termasuk harga (alat-alatan lain), Kos Latihan-latihan anggota (cabang tentera berkenaan) dan ujian-ujian serta belanja tempat tinggal antuk anggota (cabang tentera berkenaan) di (negara berkenaan) dan Iain-lain kos. Harga kontrek bagi ________ ini adalah harga yang termurah sekali di antara empat Penender yang didapati sebagai boleh diterima dari segi teknikal, iaitu ___juta lebih murah daripada calun yang kedua murahnya antara 4 yang dipilih itu.

Maaflah! Bahagian skrip yang lain hanya akan diserahkan apabila persetujuan diperolehi untuk debat ini dimulakan nanti. Tapi amacam biasa dengar tak skrip ni.