Friday, December 22, 2006

JP INC. Ceburi Industri Porno

Gergasi industri pertahanan negara yg kian menyengat, JP Inc. kini telah mengembangkan sayapnya memasuki satu industri yg memang tak tahan! - ia adalah industri porno di mana anak syarikatJP INC, Jerung Gatal Sdn Bhd terlibat sebagai agensi model tak pakai apa2, filem hardcore dan pengeluaran pelbagai peranti bantuan seks. Demikian menurut pemangku boss Jerung Gatal Sdn Bhd, Tan Sri MT.

Semasa lawatan ke syarikat tersebut, wakil berita CARI.com sempat meninjau kemudahan yg tersedia bagi tugas seharian tenaga kerja syarikat tersebut. Antaranya studio 'buka-bukaan' untuk model, lapangan outdoor, percetakan buku 'ehem2' dan kemudahan latihan lasak ala-tentera + dedah2 yg banyak membantun penerbitan majalah Tak Tahan dan Mat Terap . "Sambutan utk menjadi model amat mengalakkan namun kami perlu lebih ramai lagi bakat terpendam." kata Tan Sri MT sambil mengurut dagunya melihat seorang model Latina beraksi ghairah di atas kereta kebal Tenuk Mk78 keluaran Jerung Automotif sebagai strategi pemasaran.

USAF Ubahsuai F-117 Sebagai Pesawat Penabur Baja

Jerung Perkasa Inc. mencatat satu lagi kejayaan apabila berjaya mengubahsuai satu skuadron pesawat penyerang F-117 Stealth Nighthawk milik USAF kepada pesawat penabur baja untuk ladang2 gandum di seluruh AS. Big Boss Bhg Aeroangkasa JP Inc, Mej Jen (B) Datuk Paduka Mat Toro aka MT mengumumkan dlm satu sidang akhbar di Menara Semua Ngap di KL hari ini.

Menurut MT, kontrak berjumlah RM12.7 billion itu diperolehi apabila Presiden AS sekarang, John McPlesitt mendakwa menerima mimpi dari abuya yg menyuruh beliau (John) 'mengconvert' separuh dri aset perang AS kepada aset kebajikan. Kata wakil John, Kolonel Steve H. Drunk USAF yg merupakan atase udara AS ke Msia, wahyu juga diterima dlm mimpi itu untuk mendapatkan khidmat JP. "Saya tanpa berlengah lagi menguruskan hal ini dgn sifu saya MT" jelas Kolonel Drunk sambil menjeling ikan bakar cicah air asam yg sudah terhidang di meja sebelah dan mengesat air liurnya.

MT menjelaskan bahawa projek mengubahsuai itu berjaya disiapkan dlm tempoh sebulan - di luar jangkaannya. "Kelajuannya masih kekal cuma F-117 la ni tak gunakan bom lagi malah iia digantikan dengan sistem 'fertilizer precision delivery '". Sistem itu yg dipasang pd pesawat juga mencapai ketepatan 100% bagi digunakan pada paras tinggi. Jabatan Negara AS dan Pentagon sedang mengkaji kemungkinan untuk mengubahsuai kereta kebal MBT M1A1/2 Abrams kepada teksi pula dan pastinya JP akan kenyang lagi. HAHAHA (Editor gelak kaya!)

Tentera Laut Swasta JP Inc: Genap Setahun

Dari hanya 10 buah bot laju yg dilengkapi mesingan 7.62mm, Jerung Navy Sdn Bhd kini telah berkembang kepada sebuah armada yg lengkap dan terlatih serta sama canggih dgn angkatan laut negara2 maju. Hari ini genaplah setahun operasi tentera laut swasta yg diketuai oleh Panglimanya, Laksamana (Swasta) MMC.

"Aset kami kini adalah
1x command ship (KJP Miang)
1x kapal pembawa pesawat (KJP Rita Rudaini)
121x friget pelbagai peranan
14x kapal pendarat dan sokongan logistik
22x kapal penangkis ranjau (MCMV)
12x SSBN
10x SSN
34x SSK
500x kapal ronda laju/serang laju
2,100x bort ronda kecil dan sederhana
2x batalion pasukan khas laut (swasta)
45x helikopter, pesawat pejuang dan pesawat ronda maritim
4x batalion infantri marin (swasta)

Tugas utama kami sekarang masih lagi memerangi keganasan di laut dan NGO yg suka marahkan pihak berkuasa kerana tembak nelayan/penyangak negara2 jiran. Bulan ini saja kami dah bunuh 34000 orang lanun dari perairan Perlis hingga Sabah. Selain itu kami juga berjaya membakar dan memakan bertan-tan ikan laut pelbagai jenis." jelas beliau lagi.

JERUNG TERUS PERKASA


Kami Jerung Perkasa
Gagah Tangkas Membuat $$$$
Bilis-Bilis Habis Kena Telan
Perkasa Jerung Perkasa

Cogan Kami Tender Untuk Kami
Peduli Apa Syarikat Lain
Untung Juta-Juta Sasaran Kami
Cemerlang Jerung Perkasa

Jerung, Jerung
Gagah Menelan
Jerung Perkasa
Megah Berdiri
Sasaran Kami $$$ Menimbun
Jerung Perkasa Terus Maju