Friday, February 23, 2007

Hari Media Bersama BL Fleet

Baru-baru ni BL Fleet telah membuat hari media untuk penerbitan-penerbitan tempatan bersempena "Hari Membodek". Wartawan-wartawan dari platoon P berduyun-duyun datang terutama dari golongan jantan kerana GM PR Datu Yipun telah menjanjikan suatu acara istemewa di akhir lawatan. Setibanya di pelabuhan rahsia BL fleet, hadirin telah dijamukan dengan air sirap dahulu dan sedikit kuih-muih. (Apalah seorang wartawan tu, minum air sirap macam tak pernah jumpa, malulah sikit woi, konon duduk sebelah awek cun, tapi adab takde jaga ke).


Jamuan Air Sirap. Wartawan gelojoh sirap dah kena tinggal sorang-sorang.

Kemudian hadirin dibawa menaiki kapal-kapal destroyer dan OPV yang berkhidmat dalam BJ Fleet termasuklah pesawat helikopter yang dioperasikan dari geladak kapal. Tapi wartawan tu jugaklah yang buat lawak kemudiannya bila dia cakap CIC kapal ada kat helikopter tu, tak taulah bila dah balik apa dia akan tulis dalam penerbitannya. Majlis kemudiannya digemparkan seketika apabila seorang hadirin digempur oleh pasukan escort dekat BJF kerana tidak mempunyai press card maupun kad jemputan. Dia menjelaskan yang dia sebenarnya gigolo Kak Tim dari porem eksklusip Tempur Satria kerana Kak Tim telah menjanjikan kepada ahli-ahli porem yang porem tersebut adalah satu-satunya porem yang membolehkan seorang awam dari kalangan ahli porem menghadiri acara-acara pertahanan sebegini. Malangnya selepas dia menaiki kenderaan, Kak Tim tiba-tiba mengatakan dia sakit perut terminum sirap terlampau banyak dan turun meninggalkan dia seorang meneruskan perjalanan. Bila sampai dia pun join makan-makan kerana lapar tapi dia tidak menyangkakan yang dia akan ditahan kerana tidak ada akreditasi ataupun jemputan. Tetapi ketua sekuriti kami Mr. Emmef tak tangkap port pun dengan alasan tersebut dan kali terakhir kami dengar mamat ni dah walk the plank dah.

Antara kapal-kapal dilawati media

Di hujung majlis, semua hadirin terutamanya yang jantan tertunggu-tunggu acara pentas yang diadakan di atas landasan KJP Rita Rudaini kerana khabar angin bertiup seperti taufan yang Datu Yipun akan mengadakan persembahan ala-ala Rose Chan. Tetapi alangkah hampanya mereka apabila sebenarnya Tansri Mat Toro sendiri telah keluar membuat persembahan chippendales sambil menyanyikan lagu "I'm too sexy for my shirt". Nasib baiklah hujan lebat telah tiba-tiba turun menyebabkan acara dibatalkan kalau tidak mau pentas roboh kena baling dengan limau tahun baru cina yang disediakan berkotak-kotak di bawah pentas.

Selepas itu Platoon P pun dihantar pulang dengan dibekalkan cenderamata saki-baki hadiah Valentine yang tak dapat dijual. (JP Inc kan kedekut, mana mau kasi barang kena beli weh).

Nota Kaki : Mamat Gigolo Kak Tim yang ditangkap tu rupa-rupanya tidak disuruh walk the plank. Dia telah dikerah menjadi gembala kambing dan lembu si Emmef kerana dia nak jual untuk membiayai pembelian PDA baru ganti PDA third handnya yang pecah skrin.

Thursday, February 22, 2007

Dear Cik Pun,

Abg Ali rasa tak tenteram sejak kebelakangan ni sbb Abg Ali nak dump gepren Abg Ali, akak urse yg dok depan umah Abg Ali, boleh bg cara yg sesuwai x camne nak dump dia. Abg Ali dah dapat marka lain muahahahhahaha

Abg Ali
Kem Terendak


Yo Abg Ali, meh saya ajar camne nak dump gepren abg Ali akak Nurse tu. Kita kene ikut turutan Macam mana, kat mana, apa nak buat, samada betul ke nak dump si dia, yg paling penting Apa nak buat bila ianya dah berakhir (hint sket, slalunya susah)

Ingin diingatkan bahawa hanya kerana perhubungan Abg Ali ngan akak Nurse mmg hancusss x bermakna masa nak breakup boleh senang begitu tau. Dan jika Abg Ali dan mana2 jantan kabaret kat luar tu yg jenis suka nak dump gepren kan, satu2nya cara nak berpisah ialah ngan berdepan ngan org yg kita nak say babai adios amigos tu. Kalau Abg ALi jenis ada err 'telo' ah kata org tua2 lah hihihihihi tapi kalo Abg Ali dan jantan2 kabaret kat luar tu jenis yg luar nampak gagah dan macho tp jenis kecut kat dalam, saya akan bagi klu cara lain pula.

1. Instant Messenger (YM/MSN/Skype)
2. melalui telepon
3. dalam surat
4. e-mel
5. melalui kawan

Cara2 diatas akan saya kupas ngan mendalam lagi di edisi yg akan datang sbb saya bizi nak jawab surat chenta peminat2 :)

Wednesday, February 14, 2007

JP Inc Untung Besar Jualan Istimewa Sempena Hari Valentine

Pihak Atasan JP Inc ketawa besar bila jualan istimewa mereka sempena Hari Valentine yang ulung sekali mendapat sambutan luar biasa dari pihak umum. Jualan yang dicetuskan dari pemerhatian bahawa banyak barangan yang kononnya dibeli untuk menjadi hadiah Hari Valentine secara automatik akan berlipat-ganda harganya. Maka tercetuslah idea untuk menawarkan hadiah-hadiah Hari Valentine yang unik terdiri daripada perkakas tentera lupus tempoh. "Biasanya kami terpaksa melupuskan barang-barang tersebut samada diletupkan di lapang sasar atau dihumban ke dalam laut. Tetapi setelah diteliti, baik kami kaut keuntungan dengan menjual barangan itu untuk dijadikan hadiah" kata Pengurus Besar Jualan Dato' J kepada wartawan Tak Tahan yang sedang mengumpul bahan laporan untuk edisi istimewa Hari Valentine.



Buah tangan yang menjadi rebutan ramai

Antara barang-barang popular ialah bom tangan, tali pengikat tawanan dan getah muncung laras senapang yang dipakej semula sebagai buah tangan, tali bondage(Ini Tansri punya idea) dan bom kondom. Kami dapati ramai pembeli membeli buah tangan untuk dihadiahkan kepada bekas kekasih masing-masing walaupun kami telah nyatakan bahawa ia dalam keadaan inert, tetapi kalau ada yang meletup juga pihak syarikat tidak bertanggungjawab atas kesan kepada penerima maupun pemberi hadiah.

Tali yang menjadi bahan jualan internet terlaris

Sementara tali pengikat tawanan menjadi bahan jualan tertinggi dari tapak internet kami mungkin kerana orang kita masih malu-malu tucen nak beli barangan sebegitu secara terang-terangan. Dan bagi jualan Point of Sale di kedai-kedai sepeti kedai mamak, kedai ubat maupun convenience stor, bom kondom menjadi barang jualan nombor satu sehinggakan syarikat jualan kondom lain mengalami rekod jualan terburuk mereka berbeza dengan Hari Valentine yang terdahulu di mana jualan kondom mereka melangit. Tetapi pihak syarikat juga ingin mengingatkan yang syarikat tidak bertanggungjawab jika berlakunya sebarang insiden 9 bulan dari sekarang maupun adanya transmisi STD akibat penggunaan kondom-kondom tersebut kerana mungkin tidak mengikut piawaian sebenar, yalah kegunaan asal untuk tujuan lain kan.

Pihak syarikat juga mengadakan lelongan temujanji (dibayar sepenuhnya oleh pembida) dengan ahli-ahli syarikat. Sukacita diumumkan bahawa Tansri Mat Toro telah mendapat bidaan tertinggi daripada Datin. Bila ditanya kenapa Datin sanggup menawarkan bidaan sebegitu tinggi, dia menjawab, "Tansri kamu ni pernah sangsi dengan kewanitaan saya. Dengan temujanji ini, saya akan buktikan siapa diri saya sebenar. Nantilah lepas dinner nanti, kita tengok siapa tunggang siapa." dengan senyum melirik.(Geli pulak Datuk J melihatnya waktu itu). Dengan perkembangan tidak diduga ini, pihak syarikat juga dengan dukacita mengumumkan bahawa hanya Bintang terbaru mereka Gemukkkkkk gagal mendapat sebarang bidaan yang sah kerana hanya seorang pembida, iaitu bapuk tua Ashna telah membida. Kerana polisi syarikat tidak menggalakkan perhubungan sejenis, bidaan itu terpaksa ditolak. Pihak syarikat merasakan yang Gemukkkkkk mungkin gagal mendapat bidaan kerana kelibat jagungnya telah terlepas gunting sensor dalam filem "Cinta Sponsor" menyebabkan orang-ramai tidak lagi berminat melangganinya. Entahlah kenapa.

Walaubagaimanapun kerana jualan kali ni amat beruntung sekali, pihak syarikat telah membuat keputusan untuk menjadikannya acara tahunan agar syarikat dapat terus untung besar sejajar dengan matlamat utama syarikat. Ha!Ha!Ha! kedengaran gelak-ketawa Tansri menuju ke banknya.

Tuesday, February 13, 2007

Buletin Ringkas JP Inc : Dapat Khidmat Buruh Paksa

Pihak syarikat ingin memaklumkan kepada pihak bursa yang unit perniagaan asas tani syarikat dengan kerjasama unit R&D syarikat akan memperolehi keuntungan luar jangkaan disebabkan pihak syarikat telah berjaya mendapatkan khidmat buruh paksa oleh pelatih-pelatih National Service Negara(NS) Sipura-pura hasil kerja keras Dato' Tuan Laxamana selaku penasihat perniagaan tani JP Inc. (Dia ni baru syarikat belikan darjah Dato dari Sultan Sibilis tempoh hari)



Gambaran Latihan Yang Akan Dijalani Oleh Pelatih-pelatih NS Tersebut

Kontrak ini berjaya diperolehi setelah Dato' Tuan Laxamana berjaya meyakinkan Pihak Sipura-pura bahawa pertempuran dalam ladang jagung adalah satu ilmu peperangan penting dalam silabus pertahanan pakcik mereka Uncle Sam seperti yang mereka alami dalam peperangan Antietam. "Kerana begitu taksub dengan kebolehan peperangan Uncle Sam, pihak pemerintahan mereka tanpa berfikir panjang telah bersetuju menerima saranan kami agar pelatih-pelatih NS mereka dihantar untuk berlatih di ladang-ladang jagung kami. Kami pun apa lagilah, terus sign kontrak 50 tahun dengan pihak mereka agar dapat menjamin bekalan buruh paksa...eh bukan buruh percuma. Tapi yang mereka tak tahu, silabus peperangan mereka ini sebenarnya melibatkan mereka menuai hasil-hasil jagung kami yang boleh digunakan untuk menjadi peluru-peluru pelbagai kaliber, jadi kami pada hujung tuaian kasilah mereka berlatih dengan jagung-jagung reject yang ada sebagai memenuhi syarat latihan" dengan sinis Dato' Tuan Laxamana menerangkan bagaimana kontrak itu diperolehi. "Yalah kat pulau mereka mana nak jumpa ladang jagung pun".


Gambaran Sebenar Pelatih-pelatih NS mengerjakan ladang

Kerana kontrak ini berkuatkuasa serta-merta, kontijen pertama diketuai LT-Korporal Tankie Komando (NS) Debmey telah dikerahkan bertugas membersihkan dan menuai ladang-ladang jagung syarikat yang terletak di negeri Perlis. Pengerusi Syarikat Tansri Mat Toro juga bercadang meluaskan lagi empayar ladang jagungnya supaya dia dapat melipat-gandakan keuntungan syarikat kerana terjaminnya bekalan buruh paksa untuk mengerjakan ladang-ladang tersebut.

Memo Tan Sri kepada sexcretary-sexcretary di pejabat beliau

Cik-cik yg sexy sekalian,

Saya dengan ini ingin memaklumkan kepada semua sexcretary & bakal sexcretary saya yang dress code terbaru di pejabat adalah seperti di dalam gambar yang disertakan.



Ini adalah penting bagi mengekalkan keseragaman dalam menjalankan kerja seharian. Sekiranya memakai baju yang berlainan nanti korang sibuk membanding baju & bukan buat kerja pulak. Keseragaman juga akan memastikan korang bekerja sebagai satu pasukan dan objektif pasukan tersebut juga seragam. Sesiapa yg memakai baju selain dress code yg ditetapkan perlu menukar kepada dress code yang telah ditetapkan.


Yang teramat sexy,

Tan Sri MT

JP Inc Taja Porem Pertahanan Eksklusip

Kak Tim Projek Khas hari ini dengan bongkaknya mengumumkan bahawa tapak porem eksklusif militari kelolaannya, Tempur Satria (bukan Satria Neo tau) telah berjaya mendapat tajaan JP Inc untuk membiayai perjalanan porem tersebut. Maka dengan itu setiap posting didalam porem tersebut perlulah diakhiri dengan ayat “Barangan Jerung Perkasa Inc adalah hebat” sebagai timbal balas bagi tajaan tersebut. “Tak usah risau” ujar Kak Tim, “ayat itu akan keluar dengan secara otomatik, jadi kalau pun peserta porem tak bersependapat sedemikian, dia tiada pilihan tetapi menyatakan kenyataan tersebut dalam setiap posting beliau”.

Menyentuh tentang sejarah porem Tempur Satria tersebut, Kak Tim mengatakan yang porem ini mula-mulanya bermula dengan perbincangan chat sesama peminat militari secara terbuka dan telus, tetapi setelah beberapa lama, pengasas chat site itu seorang bekas polis yang comel tetapi gagal kursus komando polis (sehinggakan sekarang ini dia perasan dia pakar pasukan khas) merasakan perbincangan itu perlu dilakukan di dalam sebuah porem eksklusip seperti Tempur Satria. Yalah porem-porem itu telah berjaya menarik penyertaan mereka yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pertahanan seperti bekas AW jaga gas yang berpangkat tinggi, orang-orang awam yang tinggi pengetahuan pertahanan bergelar jeneral kerusi malas yang mengalahkan ilmu pengetahuan anggota tentera itu sendiri dan pakar penulisan majalah pertahanan negara. “Kerana perbincangan telah melibatkan isu-isu pertahanan bersumberkan maklumat-maklumat eksklusip pihak pertahanan, kami merasakan ia sekarang perlu dilakukan dalam porem tertutup. Yalah porem ini juga mendapat perhatian pihak tertinggi pertahanan sehinggakan banyak saranan-saranan kami kemukakan telah dilaksanakan oleh pihak berwajib. Kami yakin itu semua kerana saranan kami, kerana pada pendapat kami anggota-anggota mereka sendiri tidak dapat membuahkan pemikiran sebegitu bernas. Itu pasal kami selalu komplen tentang apa saja berita pertahanan keluar berita, terutama isu pembuatan kapal atau lain peralatan pertahanan di dalam negeri, kerana kami yakin pisang bukan saja berbuah dua kali tapi berkali-kali. Yalah kami tidak mendapat peluang sedemikian untuk kaya tujuh keturunan tak habis makan, jadi kami bangkang sebarang projek yang memungkinkan anak tempatan mendapat tempat sara hidup atas perlaksanaan projek-projek sedemikian. Kami sokong cara pembelian yang memungkinkan syarikat seperti Jerung Perkasa untung atas angin seperti menjual barang-barang ‘pre-use’ kerana kami rasakan lebih efektif fasal telah terbukti penggunaannya setelah diguna dulu oleh orang lain” Kak Tim dengan panjang lebarnya membebel kepada hadirin.

Kerana porem ini sekarang menjadi porem eksklusip, penyertaan hanya dibenarkan setelah memberi nombor IC, nombor batmen, nombor ekor dan data-data peribadi (bagi pihak wanita, data-data peribody seperti Cup saiz berapa, dara ke janda dll juga perlu disertakan). Pihak porem berhak mengumpul maklumat-maklumat peribadi melebihi JPN tau. Peserta porem juga perlu menjalani ujian GSR (kalau tak tahu amende ni, memang tak layak le) untuk memastikan yang bakal peserta pernah menembak (walaupun dia itu perompak atau penjenayah lain) kerana kalau tidak perbincangan tidak rancak kerana peserta-peserta mungkin jadi ahli pintu aja, tak masuk pun perbincangan. Di samping itu, peserta juga diingatkan bahawa apa sahaja yang diperkatakan oleh otai-otai porem mesti diambil sebagai kebenaran hakiki atau cakap orang putih gospel truth, kalau tidak peserta akan dikenakan tindakan disiplin termasuk buang keahlian. “Ala cakap nak jadi orang militari, jadi mana boleh sangkal dakwaan orang atasan, pernah dengar ke anggota ATM melanggar perintah orang atasan, jadi dalam porem ini pun kena la sama. Cakap nak jadi orang militer,berporem pun mestiler ikut martial law. Editor buku sekolah yang pernah jadi ahli pun kami buang keahliannya tahu.” tiba-tiba sampuk pengasas porem Tempur Satria dengan muka tak malunya. "Eh!Eh!..kalau tangkap gambar tu, bila siarkan pastikan muka saya di'matriks'kan bila disiarkan ya, saya ni kan pasukan khas yang selalu berkampung" ujarnya kepada jurugambar-jurugambar yang sebenarnya sedang memfokus kamera kepada alur lurah dendam Kak Tim yang sedang tersembul keluar kerana terlalu teruja dapat berucap dalam sidang akhbar sulungnya itu.


Photobucket - Video and Image Hosting
Lurah Dendam Kak Tim Yang Menjadi Tumpuan Jurugambar

Bila Tansri MT ditanya kenapa tiba-tiba syarikat JP yang terkenal dengan kedekut dan kemutnya nak sponsor apa-apa tiba-tiba bermurah hati menaja porem eksklusip ini, Tansri menjawap “ Kami tak kisahlah kononnya porem itu mendapat perhatian pihak atasan, yang penting bagi kami porem ni ada ahli cewek-cewek bagus yang data mereka kami boleh perolehi untuk kepentingan kami, yalah kami dengar ada jugak yang dah berbini dua hasil mengurat dalam porem ni” ketawa Tansri sambil mengeyitkan mata.

Wednesday, February 07, 2007

Tentera Bersama Rakyat:Ramas Mesra MT Dgn Para GRO sekitar KL.


Sebagai kempen merapatkan hubungan silaturahim antara tentera dan rakyat Pegawai Memerintah Rejimen 69 telah mengambil inisiatif untuk mewakili pihak tentera untuk beramas mesra bersama rakyat. Kehadiran Tan Sri MT ke Kelab D'Boss disambut oleh para rakyat yang bekerja di sana dengan pertunjukan fesyen terbaru keluaran Jerung Sex Toys Ltd.

Tan Sri MT yg jelas teruja dengan persembahan tersebut seterusnya mengajak beberapa orang rakyat jelata Kelab D'Boss untuk bersembang dengan lebih intim sambil mendengar keluhan rakyat.

Seterusnya Tan Sri MT melawat rakyat jelata di Zouk dan dipersembahkan lagi dengan pertunjukan kebudayaan oleh rakyat jelata di sana. Kelihatan juga beberapa rakyat asing yang juga melawat Zouk sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 turut teruja dengan persembahan kebudayaan tersebut lalu turut serta menari secara kebudayaan Malaysia.
Tan Sri MT berkata "Kebudayaan itu adalah sentiasa berevolusi. Kita harus menerima kehendak generasi baru seperti saya yang mahukan kemodenan dalam budaya Malaysia. Saya amat berbangga dengan hasil usaha anak muda Malaysia kini yang berusaha gigih memajukan brand atau model baru bagi budaya Malaysia. Lihat! Mat Saleh pun berminat dengan budaya kita ini. Inilah buktinya bahawa budaya kita sudah maju".

Namun oleh kerana masa yang singkat Tan Sri MT hanya sempat bertukar nombor telefon dengan beberapa rakyat yang cun sebelum meneruskan lawatan bertemu rakyat di sebuah kelab eksklusif di Johor Bahru.
Di situ Tan Sri MT bertemu dengan rakyat sambil bertukar-tukar tips berkenaan kaedah terbaik melaksanakan tugas dengan seorang rakyat miew miew di sana. "Saya berpendapat rakyat di sini mahir dalam tugas mereka, saya kagum dengan kebolehan rakyat di sini malahan saya akan menawarkan kerja kepada rakyat tadi sebagai superstar dalam filem terbaru Jerung Gatal bertajuk 'Lord of the Cock Ring' yang seperti biasa dibintangi oleh saya la" kata Tan Sri MT yang jelas keletihan tapi puas.

Artikel Mat Terap - Rejimen 69 Wataniah

Rejimen 69 Wataniah diwujudkan hasil sifat patriotik yang menebal dan semangat Malaysia Boleh pengerusi syarikat rakaman porno pertama Malaysia iaitu Jerung Gatal. Berpangkalan di studio penggambaran Jerung Gatal Rejimen 69 berkekuatan seramai 3000 orang dan diketuai oleh Jen (Kehormat) Tan Sri MT. Rejimen 69 telah menyahut seruan kerajaan yang mahukan nisbah 1:1 bagi kekuatan anggota tentera sepenuh masa dan simpanan dengan mengerahkan seluruh warga Jerung Gatal menyertai Rejimen 69 atau dipotong gaji. Rejimen 69 telah menyumbang kepada kemajuan teknologi perubatan ketenteraan dengan membekalkan DVD porno original kepada HC Jerung Field Medic selain menaikkan moral anggota. Anggota Rejimen 69 juga dikatakan telah membantu mendapatkan maklumat perisikan dari ramai ahli politik, jeneral dan penganalisis pertahanan dari luar dan dalam negara melalui kaedah pujukan fizikal dan psikologi atau lebih dikenali sebagai kaedah "gangbang".


Jen (Kehormat) Tan Sri MT disebut sebagai berkata "Rejimen 69 sekarang pun sudah ada 3000 awek. Makin hari makin ramai yg join. Setiap satu gua interview personally bagi proses tapisan keselamatan. Fuyooo... maharaja China pun takde ramai camni".
Semua awek cun yang berminat berkhidmat di dalam Rejimen 69 bolehlah berhubung dengan ajutan Rejimen 69 di Markas Rejimen 69, Studio Penggambaran Jerung Gatal atau kalau nak proses cepat & kompem masuk bolehlah call Tan Sri MT di nombor 1-800-sexgod.
Beliau seterusnya menyatakan cadangannya untuk membuka Pasukan Simpanan Sukarelawan TLDM bagi memenuhi permintaan ramai awek yg berminat berkhidmat dimasa lapang tanpa perlu bekerja sepenuh masa yg sudah tentu menerima gaji ciput sepenuh masa.
"Penubuhan sel pertama sudah dilancarkan dan saya akan berlayar bersama kumpulan pertama PSSTLDM Jerung Gatal bagi menilai hasilnya".

Monday, February 05, 2007

Sepetang bersama Datuk Tin

Berikut adalah transkrip temuramah bersama Datuk Tin di Kedai 4D Haram Uncle Wong Jalan Sentul;

Tak Tahan: Allo Datuk Tin!! Whasszzuup Datuk?!

Datuk Tin: Whassszzuuuppp!!

Tak Tahan: Apa Datuk buat kat sini Datuk?

Datuk Tin: Errr... jumpa kawan2 lama... sembang2 pelaburan... hehehehe...(tersenyum malu)

Tak Tahan: Saya wartawan dari majalah Tak Tahan nak menemubual Datuk kejap buleh tak?

Datuk Tin: Errr... be quick, I'm famous...

Tak Tahan: Datuk Tin, kami difahamkan bahawa Datuk kini dilamun cinta dengan seorang bernama Kak Tim-tim. Betul ke? Dan kalau betul sejauh manakah perhubungan ini?

Datuk Tin: Aiseh, ni musti Agony Auntie Yipun yg bocorkan cerita nihh... beginilah, buat masa sekarang saya tak mau komen apa-apa... tapi saya memang mengenali seorang jelitawan bernama Kak Tim-tim. Memang saya amat intim dengannya dan berharap untuk mengambilnya sebagai isteri saya. Walaupun telah terlanjur beberapa kali dengannya saya masih can't get enough. Bagaimanapun kita berusaha, takdir menentukan (sejurus lepas ini Datuk Tin terus menyanyikan lagu "November Rain" dengan jiwang karat sekali)

Tak Tahan: Aik? Tadi kata tak mau cakap apa-apa tapi banyak pulak cakap lepas tuh. Errr... Datuk ada tak mendengar khabar angin mengenai Kak Tim-tim baru-baru ni??

Datuk Tin: Khabar angin apa?

Tak Tahan: Err.. takde apa-apa la... Datuk perasan tak suara Kak Tim-tim tu agak garau??

Datuk Tin: Ya, saya pernah bertanya kepadanya & rupanya dia pernah kecewa dalam cinta dan cuba membunuh diri dengan meminum racun rumpai. Nyawanya diselamatkan doktor tetapi suaranya takkan pulih. Malah racun tu merosakkan rahimnya sampai dia tak buleh mengandung. Saya terharu dengan ketulusan cintanya maka itu saya yakin dia akan menjadi isteri yang solehah.

Tak Tahan: Hmmm... kalau camtu jangan lupa buat pemeriksaan HIV ye Datuk...

Datuk Tin: Apa maksud lu??

Tak Tahan: Errr... takde apa la... nak blah dulu ye Datuk... takziah eh... tahniah Datuk!! Ciao babeh!!

Datuk Tin: Ciao!!

Agony Auntie Yipun

Surat pembaca hari ini datang dari Kak Tim-tim, Serdang, Selangor;

"Auntie Yip, saya seorang andartu pertengahan umur yang kini dilanda perasaan gelora yang tak pernah saya rasakan sebelum ini. Setelah bertemu seorang jejaka bernama Tin (bukan nama sebenar) saya mandi tak basah, makan tak kenyang, berak pun tak keluar... Hubungan kami amat intim dan saya sungguh bahagia di dalam pelukannya. Adakah ini yang dinamakan cinta?? Saya teringin sangat nak menjadi isteri mithali kepadanya tetapi saya menghadapi suatu dilema. Saya sebenarnya seorang lelaki sebelum 'lawatan' ke Thailand tahun lepas. Haruskah saya memberitahunya? Adakah dia akan menolak cinta saya?"

Auntie Yipun;

"Kak Tim-tim, I bersimpati dengan dilema akak. I turut bersimpati dengan Tin sekiranya hubungan you berdua seintim yang I fikirkan. Dalam hal ini I selalunya akan menghantar wartawan gosip majalah Tak Tahan untuk menyiasat. Tetapi sebelum itu I menasihatkan akak untuk melihat dulu kelakuan abang Tin. Adakah dia homophobic ataupun dia selalu melawat Taman Tasik Taiping diwaktu senja? Dari situ Kak Tim-tim pasti akan dapat membuat keputusan sama ada memberitahunya atau tidak. Maybe kejujuran itu penting dalam rumahtangga tapi orang kampung I kata 'what you don't know can't hurt you' maka mungkin ada baiknya you diamkan jer perkara ini. Lagipun statistik menunjukkan kebenaran itu punca keruntuhan rumahtangga bilamana 100% pasangan curang yang tak kantoi hidup bahagia berbanding 2% pasangan curang yang kantoi atau buat pengakuan ikhlas atau diugut membuat pengakuan ikhlas. A little white lie la katakan... tapi itu ikut you la. I tak kata I yang suruh... nanti apa-apa jadi you saman pulak I."




Surat pembaca ke-2 hari ini datang dari Farhan (bukan Farhan AF);

"Auntie Yipun, saya seorang jejaka lewat umur, bujang, belum insaf dan sedang giat stalking seorang aweks yang saya sendiri tak pernah jumpa sebab saya jumpa online jer. Tapi oleh kerana avatarnya saya terpesona. Walaupun telah berkali-kali saya memintanya untuk meniduri saya tapi dia tetap menolak. Saya tak tau kenapa? Saya telah war-warkan yang saya seorang playboy yang hensem, sexy, macho dan telah meniduri ramai aweks (realiti mungkin berbeza but nobody know that). Takkan itupun tak mencukupi untuk meyakinkannya yang saya bukan mati pucuk?? Dan lebih teruk lagi bila semakin tua saya menjadik semakin 'lembik' in the nether regions. Please help me, I don't wanna die a virgin...

Auntie Yipun;

Atuk Farhan, I memahami kehendak nafsu anda. Kalau dah desperate tu memang camtu la gayanyer. Yang I tak faham bagaimana atuk buleh perasan atuk nih playboy when a background check finds you to be a virgin well into your golden years?? Gini la tok... I cadangkan you melawat jer Jerung Happy Hours Club. Ada duit semua impian you akan jadik kenyataan.

P/S: Tan Sri MT, I dah bagi free iklan nih.... takkan takde komisyen?

Kadar Tarif Elektrik Jerung Nuclear Power naik.

Berhubung dengan kerugian yang dialami oleh JP Inc sepertimana yang diumumkan kepada LHDN baru-baru ini pihak JP Inc telah memohon kepada pihak kerajaan untuk menaikkan kadar tarif tenaga elektrik yang dibekalkan oleh Jerung Nuclear Power. "Kenaikan ini perlu kerana kenaikan bahan mentah dunia seperti minyak dan arang batu. Walaupun kami guna tenaga nuklear tetapi Mercedes Brabus, Lamborghini Diablo dan McLaren F1 saya dan koleksi keretapi klasik saya guna minyak dan arang batu. Oleh demikian kami tiada pilihan lain melainkan menaikkan tarif", kata Tan Sri MT dalam rundingan yang diadakan dengan wakil kerajaan di Jerung Happy Hours Club.

Pada masa yang sama Tan Sri MT mengumumkan projek baru pembinaan lebuhraya baru Lingkaran Tepi Sikit 2 sepanjang 2 km dari Kampung Baru ke Chow Kit. "Projek ini akan memudahkan orang ramai terutama semasa peak hours. Kadar tol yang dicadangkan adalah berpatutan pada kadar RM 5 bagi kenderaan biasa dan RM 10 bagi kenderaan berat. Saya sedia maklum kesesakan laluan ke pintu tol tersebut kerana saya melihatnya dari udara semasa pi opis menaiki helikopter peribadi saya setiap hari. Tapi itu bukan problem saya..." tegas Tan Sri MT lagi. Sehubungan itu JP Inc akan menutup beberapa laluan utama dan beberapa jalan 3 lorong akan menjadi satu lorong sepanjang pembinaan projek ini yang dijangka mengambil masa 8 tahun.

JP Inc melaporkan kerugian kepada LHDN

Akauntan JP Inc En Mokk hari ini menyerahkan laporan kerugian sebanyak RM200 bilion kepada pihak LHDN bagi tahun 2006. Perkara ini mengejutkan ramai pihak yang mana diketahui ramai bahawa JP Inc telah menyapu semua tender dan kontrak kerajaan Malaysia, Venezuela, Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, Jerman dan sebahagian besar kontrak pertahanan Amerika Syarikat selain beberapa lagi tender Uncle Wong 4D Jalan Sentul. En Mokk menerangkan bahawa kerugian ini biasa kerana syarikat besar seperti JP Inc menanggung banyak kredit bagi pihak kerajaan kerana kelewatan kerajaan membayar nilai kontrak sedemikian. Oleh itu akaun JP Inc sentiasa kosong malahan negatif lagi. En Mokk menerangkan "PM kita dah sound dah depa nih suruh bayar cepat. Ye lah, memang kita lambat keluar invoice & lambat sediakan dokumen berkaitan tapi PM tak suruh kitorang cepat, PM suruh badan kerajaan ni yang cepat!!".

Dalam majlis yang berlainan Pengarah Perhubungan Awam & Perhubungan Kelamin JP Inc iaitu Cik Pun sedang giat menarik pelabur dan tender dalam projek-projek JP Inc tahun 2007. "Kita telah mencatatkan keuntungan USD1,749 bilion pada tahun 2007 sahaja dan ini membuktikan kekuatan JP Inc dalam menjalankan projek di dalam bilik tidur... ehhh silap, di dalam negara dan luar negara. Kenyataan En Mokk tentang kerugian tuh tuan-tuan tak perlu risau. Itu hanyalah bagi tujuan income tax sahaja. Realitinya kami untung besaarrr!!! Huahahahaa!!!". Ditanya lagi mengenai syarat dan kenaikan tol laluan laut yang mendadak baru-baru ini bagi penyelenggaraan laluan laut di Selat Melaka Cik Pun menerangkan "Ikut suka kitorang la nak naik ke idak. Tak mau kalu lu orang lalu la perairan yang Bajak Laut Fleet tak jaga. Kena rompak gua tak tau... itu kandungan konsesi bak kata Datuk Siti 'biarlah rahsia...' muahahahaha!!".

Friday, February 02, 2007

JP Research Buat Kajian Jagung Pelbagai Guna

Diilhamkan oleh saranan Advisor JP Inc YBhg Tuan Laxamana sebagai peluang tambahan perniagaaan JP Inc, Sir Datuk Dr Alphawolf telah memberikan satu intipan terhadap kajian terbaru JP Research iaitu jagung pelbagai guna. Dr Alpha mengatakan fungsi utama jagung2 ni ialah sebagai peluru tambahan kepada askar-askar disamping boleh juga digunakan sebagai ration kecemasan sekiranya bekalan tidak dapat sampai ke medan ketika berlakunya peperangan.
Kaliber-kaliber jagung yang dikaji
JP Research sedang mengkaji kaliber jagung yang sesuai untuk digunakan sebagai peluru/bom tambahan di samping mencari jenis mana yang sesuai untuk dijadikan juga sebagai bubur jagung, roti jagung maupun nasi jagung dalam dapur medan. Tuan Laxamana juga bertindak sebagai penasihat rasa agar setanding dengan rasa makanan utara agar pelanggan kami berpuas hati. Malangnya benih jagung yang disumbang oleh seorang bujang terlajak dari Ipoh telah direject oleh Tuan Laxamana kerana katanya hasilnya tak cukup panjang atau gemuk, walaupun dari nama penyumbang itu kononnya hasilnya adalah sedemikian. Tapi nama penyumbang itu diminta menjadi rahsia kerajaan so pandai-pandaila teka-teka sendiri ya.
Di samping itu, beliau juga memberikan tips2 membuat kajian bagaimana jagung ini boleh digunakan sebagai umpan ikan oleh tentera laut kita jika diaorang dah boring dengan ration yang ada atas kapal, sesuai dengan kemahiran ilmu berpancing yang beliau miliki. "Garenti dapat paling kurang kerapu maupun jerung, silap-silap Godzilla pun terpikat" kata Tuan Laxamana. Di samping itu, lain-lain kegunaan yang dikaji adalah sebagai bomblets yang boleh ditembak melalui meriam ataupun digugurkan dari pesawat. "Sebenarnya banyak lagi kemudahan yang kami sedang kaji, tapi kalau cerita semua ada pulak binawe macam si Soros tu buat spekulasi pasaran jagung nanti, susahla kami nak cari makan!" terang Dr. Alphawolf.
Jagung yang sesuai dijadikan bomblets apabila dipasang alat tambahan di bahagian bontot
TanSri MT juga menambah kalau pun jagung-jagung ini tidak diterima masuk kedalam perkhidmatan, JP Inc bercadang membuka rangkaian franchise jagung manis di seluruh kem-kem tentera maupun gedung2 perniagaan kerana mengikut kajian kami, ramai orang suka menjagung maupun dijagung. "Susah-susah sangat, kami sedia jadi pembekal peralatan props untuk JP Movie productions ataupun lain-lain pengusaha wayang yang serupa di dunia ini. Kalau ada mana-mana health center yang berminat pun, kami boleh bekal" kata TanSri dengan senyum miangnya. Ikuti perkembangan lanjut di dalam Majalah Tak Tahan di masa hadapan.