Tuesday, January 30, 2007

Bajak Laut Fleet terima tiga kapal baru

Dengan sombong taksubnya, divisyen maritim JP Inc telah mengumumkan pelancaran dan sekaligus penerimaan tiga buah kapal baru untuk kegunaan armada swasta mereka, the bajak laut fleet untuk kegunaan di kawasan Amerika Selatan.
















Dua Gambar TS Lanun Miang setelah dilancarkan. Di hadapannya adalah kapal prototype kelas' Lolita'

Kapal pertama yang dilancarkan telah dinamakan "Kapal JP Lanun Miang" yang merupakan sebuah kapal peronda dwi-fungsi yang diasaskan dari kelas "lang millenium" yang telah dicadangkan untuk memasuki armada pihak berwajib sebagai perolehan batch kedua NGPV. Cuma berbeza dari cadangan kapal peronda tersebut, fasilitas di atas kapal ini termasuk sebuah studio penggambaran lengkap untuk anak syarikat kami iaitu studio penggambaran luar Jerung Gatal. Bagi pihak syarikat, Tan Sri MT telah merasmikan studio itu dengan melancarkan penggambaran pertama video terbitan terbaru "There She Blows! What A Job!" yang dibintangi oleh pelakon tersohor Amerika Latin Danielle dan Angie Jolly Roger didalam sebuah cerita 3some(bukan love triangle), diherokan sendiri oleh Tan Sri(tak habis-habis makan sorang dia ni).















Kedua-dua kapal Kelas Lolita berada dalam limbungan.

Sementara dua buah kapal lagi ialah 'KJP Angkut Lolita' yang baru diumumkan oleh Tansri empat hari lepas dan sebuah kapal tambahan 'KJP Sapu Lolita'. Dato MMC mengatakan tidak seperti limbungan lain, limbungan JP Dockyard ialah sebuah limbungan berprestasi tinggi yang boleh melancarkan sebuah kapal dalam masa yang singkat sahaja. "Tak main-mainlah ambil masa bertahun-tahun nak melancarkan sebuah kapal lepas tu bila ujian dibuat, asyik kantoi aja. Apasal tutor tak baik ke. Kami mengambil langkah senang dengan menggaji seorang tutor dari Thai yang menjanjikan 'happy times' kalau kapal lulus ujian dengan cepat dan mudah." Dato MMC dengan sombongnya mengatakan. "Disebabkan kapal pertama lulus dengan cemerlang, maka kami terus menerima tempahan tambahan yang dengan bangganya dapat dilancarkan pada hari pertama dengan kapal pertama. Rahsianya? Ala kan kami kompeni adik-beradik, perancangan baru berputik kami dah buat dah....ala macam kes insider tradingler..." Sementara tu pembinaan kapal selam peninjau 'KSJP Skodeng Lolita' masih diteruskan. "Lambat sikit nak siap fasal bila awek naik aja, kapal lemas fasal kebasahan...ni kena ubah formula pembuatan keluli kami ni untuk menambah viagra dan tongkat ali agar ia tidak lemas, tapi kami yakin kapal selam ini dapat dihantar pada masa yang ditetapkan...don't worry la, kami dah cukup makan untuk tujuh keturunan, so tak mainla main-main" kata Dato' MMC sambil mengeyit mata kepada seorang wartawan wanita dari Amerika Latin yang sedang mandi bunga atas kapal KJP Lanun Miang.

Tan Sri MT menjawab fan mail.

Fan Mail #1

My dearest sexy Tan Sri MT,

Each passing day I go crazier without you. The memories of our romantic escapades fill my mind whenever I think of you. Why haven't you called me let alone replied any of my mails? I just wanna feel every part of you touching every part of me. Ooohh just writing to ou makes me soooo... wet!!!

P/S: Brad is not around :)

Your horny sex slave,

Angie

Tan Sri MT balas:

Aiyoohhh!!! Angie... I told you already!! I was only in it for the sex!!! Stay true to Brad lah woii!!! How can you assume a righteous man like me to have affair with married woman like you?! Please lah deyy!!!

P/S: How long is Brad not around? :)

Obscenely Sexy,

Tan Sri MT




Fan Mail #2

Dear Tan Sri MT,

I read with growing horniness of your exploits everyday on the net and in the newspaper and everywhere else with your name on it. I hope you don't mind I write in English becoz I cant speak Malay eventhough my national anthem is in Malay. I know you haven't replied any of the previous 23,748 mails I've sent you but who's counting?? I know you're a busy hunk of a man and Pos Malaysia sucks but I dream of the day I reveice your reply mail O great sex-idol.

Forever Yours,

XOXO
Debmey

Tan Sri MT balas:

Oi jantan sundal!! Firstly, what makes you think Malaysians don't understand English?? Secondly, the last time my bouncers kicked your ass they already told you that I don't do homo stuffs!! Maybe you can ask Mr Mokk for that. If you stalk me ever again I'll send BLF to drop a cruise missile on your HDB flat!!!

Most certainly not yours,

Tan Sri MT




Fan Mail #3

Tan Sri MT,

We the whores and sluts of ATM wish to declare war on you for being a man because we got nothing better to do with our time. We are also jealous of the fact that you get more hot chicks than we do. We do advise you to stop labeling us "Man Hating Lesbians" because though we may be lesbians we do have men who agrees with us every time we crack our whip. Our Politically Correct Men ally too take this opportunity to declare war on you for fear of social disapproval by our constant bitching.


XOXO
The whores and sluts of ATM


Tan Sri MT balas:

Nih fan mail ker hate mail nih?? Mana secretary aku nih?? Oii!! Gua cakap fan mail jer lahh!! Camaner hate mail buleh lepas masuk column nihh?? Nasib baik servis aiskrim & pingpong lu power... kalau tak gua dah ganti sama awek lain!!! Mehh sini aku belanja aiskrim!!

Jerung Medic Bukak Health Centre

Menyedari perubatan tempur perlukan revolusi yang dapat mengangkat moral anggota tentera (atau tentera upahan) terlibat, JP Inc. dengan yakin tahap dewanya membukak Health Centre yang berfungsi sebagai hospital barisan belakang bagi perubatan tempur. Ia berkonsepkan ke'miangan' yg terbukti dapat membantu proses penyembuhan anggota sakit dan cedera dgn segera. Demiukian menurut Ketua Akauntan JP Inc. merangkap penasihat HC Jerung Medic, Encik Gemukkkkkkk @ Mr G.

"Jururawat dan doktor2 kami semuanya awek cun dan seksi dari seluruh dunia yg dgn rela hati menyertai HC ini untuk memberikan rawatan yg terbaik. Semuanya dipilih dari kalangan mereka yg gedik dan gersang serta manja." ujar Mr G sambil mengusap-ngusap paha salah seorang jururawat Jerung HC yg hanya memakai bikini sahaja dan secara tiba2 duduk di atas riba G semasa sesi sidang akhbar. "Kemudahan, organisasi HC Jerung Medic adalah sama spt mana2 hospital tentera cuma kakitangannya agak lain. Utk tujuan keselamatan ia dipertahanakan oleh batalion infantri 69 Jerung PMC lengkap dgn elemen pertahanan udara dan helikopter medevac organik yg dianggotai cewek dan cowok ganteng/" sambungnya yg mula tersasul berbahasa Indon apabila melihat seorg doktor Jerung Medik memakai name tag bertulis 'INUL'.

Dlm sidang akhbar tersebut para jururawat dan doktor JP HC telah menunjukkan kebolehn mereka merawat Mr G yg terseliuh dan lenguh sana-sini akibat melakukan jalan lasak bersama Rejimen 69 Wataniah. Ia dilakukan di sebalik tirai wad dan diwarnai dengan suara2 ghairah dari Mr G dan semua krew perubatan terbabit.

Nota Tan Sri MT: Ini Datuk J memang cilabai... lu bikin artikel dah la tulis pakai pensel atas kotak rokok Dunhill 20, lu suruh gua pulak tempek kat sini?! Lu cakap lu bizi tapi gua nampak lu kat HC Jerung Medic itu hari ambik rawatan spa apa bikin?? Lu ingat lu sorang jer ker pi rawatan spa kat sana?? Gua pun bikin rawatan spa (ais krim, pingpong & full service) kat sana tau!!!

Friday, January 26, 2007

Armada Kapal Perang (Swasta) JP Inc - "The Bajak Laut Fleet"

Mungkin tidak ramai yang mengetahui, apatah lagi menghargai, sumbangan pihak JP Inc di dalam menjaga keamanan perairan rantau Asia. Malahan tidak ramai yang tahu perkhidmatan yang ditawarkan oleh JP Inc melalui "The Bajak Laut Fleet"(BLF). Oleh yang demikian, wartawan ini berbesar hati bilamana Tan Sri MT telah menyuruh saya membuat artikel mengenai "The Bajak Laut Fleet" supaya lebih ramai orang akan melanggan perkhidmatan BLF dan membuat keuntungan besar kepada Tan Sri MT sendiri.

"The Bajak Laut Fleet" adalah merupakan model Asia yang lebih moden daripada "Black Sea Fleet" Tentera Laut Rusia dahulu. Ianya terbit dari idea bernas Datuk MMC, iaitu salah seorang kuli bergaji lumayan kepada Tan Sri MT yang menguruskan divisyen maritim JP Inc, bilamana penghantaran kargo JP Inc melalui laut dihijack oleh lanun. Berbekalkan perasaan fed up dan kiasu untuk menjadik lebih lanun daripada lanun-lanun tersebut Datuk MMC mencadangkan kepada Tan Sri MT untuk melanun kapal-kapal lanun dan kapal-kapal yang disyaki lanun (walaupun terang-terang bendera US Navy berkibar) yang melalui perairan Asia Tenggara. Semenjak itu wujudlah perkhidmatan kapal perang swasta JP Inc yang dikenali sebagai "The Bajak Laut Fleet".

BLF menjalankan operasi melanun kapal-kapal lanun, nelayan pukat haram, kapal kruis yang ada awek miew-miew (ini BB punya cadangan), kapal perang US Navy (sebab ada awek atas kapal, lain navy takde atau kurang awek atas kapal) dan apa-apa sahaja yang dirasakan sebagai ancaman kepada laluan kapal kargo yang membayar wang perlindungan kepada BLF. Sejak aktiviti melanun kapal lanun dijalankan kebanyakan geng lanun telah tutup kedai sebab asyik jadi mangsa rompakan kepada BLF je memanjang. Institut Kajian Strategik Maritim merumuskan kehadiran BLF telah berjaya mengurangkan secara drastik aktiviti lanun di perairan Asia Tenggara.

Sehubungan dengan itu negara-negara di Amerika Selatan yang juga menghadapi masalah lanun telah meminta JP Inc menjalankan perkhidmatan di sana. Tan Sri MT apabila menerima kontrak tersebut telah memutuskan untuk membina 2 buah kapal lagi untuk tujuan khas beroperasi di Amerika Selatan iaitu Kapal Pengangkut 'KJP Angkut Lolita' dan kapal selam peninjau 'KSJP Skodeng Lolita'. Tan Sri MT menerangkan lagi, "Situasi and persekitaran yang berbeza di sana memerlukan kapal-kapal yang diadaptasikan untuk beroperasi di sana. Oleh itu kedua-dua buah kapal ini tentunya sesuai untuk mengangkut balik aweks atau dalam bahasa tempatannya lolita yang telah dikidnap atau mungkin akan dikidnap untuk diberikan 'rawatan terapi' bagi mengatasi trauma yang telah atau akan mereka hadapi. Untuk tujuan itu saya sendiri akan terlibat secara langsung dalam memberikan 'rawatan' kepada mereka. Selain itu juga saya sendiri akan menyoal siasat mereka bertempat di Studio Penggambaran Jerung Gatal mengenai aktiviti lanun di tempat mereka".

Thursday, January 25, 2007

LANJUTAN KONTROVERSI LAGU MALANG SI DUBUK

MALANG SI DUBUK

dari hujung tambak dia datang
ke alam cyber membuat onar
mula disokong tangan tak nampak
dubuk hey dubuk
lahanat kota singa

Oh dubuk kesian juga
melihat dia memburu cinta tan sri
kena maki hilang kredit
itu balasnya
kerana membuat moderator pening segala

Chorus:

dubuk usah kau bongkak
tak hebat mana
guru Yahudi kau
cintamu bukan utk tan sri
baginya dirimu sepah terbuang

dari hujung tambak dia datang
ke alam cyber membuat onar
mula disokong tangan tak nampak
dubuk hey dubuk
lahanat kota singa

Lagu tadi telah membuatkan ramai anggota polis tentera SAF yg ditugaskan di pusat tahanan tentera republik tersebut memohon untuk bertukar ke penempatan lain kerana tak tahan mendengar dia dinyanyikan oleh para tahanan yg memujanya siang dan malam. "That %%$$#@^%&** ah disobey our order to shut up ley." jelas SGT Chee Cheong Fun sambil mengacukan pistol 9mm miliknya ke kepalanya sendiri tanpa menyedari kelopak pelurunya tiada kerana disorok rakan setugas yg bengang sebab kalah mahjong dgn SGT CCF di flat HDB Changi tempoh hari. Kini seluruh SAF havoc kerana lagu tersebut menjadi siulan anggotanya dan pegawai berpangkat Lt ke bawah. "Akak, kan saya dah kata, saya tak leh buat haper2...diorang yg minat sangat lagu tu. Takkan nak suruh diorang suka lagu lain lak, abis le populariti saya!!!" marah Ice Mallet penyanyi lagu Malang Si Dubuk kepada artis miew3 Sg, Fiona Xie yg menemuramahnya di Kedutaan Sg di KL semlm. "kalau SAF tak leh handle orang dia dari abaikan tugas sebab obses dgn lagu saya, suruh je diorang amik khidmat askar upahan mcm Backwater dll." jelas Ice Mallet sambil berlalu ke arah sebuah BMW model terkini yg memuatkan anak seorang Jeneral SAF. Fiona Xie hampa tetapi tidak berpanjangan kerana asetnya diuli oleh encik Battleship yg dari tadi dah geram giler menjelingnya! Kemudian battleship mengajak Fiona ke sebuah bilik kosong dlm bangunan kedutaan itu sambil mulutnya tak henti2 menyebut miew3!!

UNCLE J: Tak guna mu BB, makan sorang2!

Nota Kaki : Nasib baik Datuk J janji nak belanja pergi spa, kalau tidak aku tak hingin tolong postkan kisah dia


Gambar-gambar sekitar kem latihan JP Inc..

Untuk memancing minat pihak berwajib, pihak JP Inc di sini menyiarkan gambar-gambar eksklusip haiwan terlatih kami sedang berlatih dalam ilmu peperangan. Dengan menggunakan haiwan-haiwan sebegini dalam kancah peperangan, pihak syarikat yakin yang pihak musuh tidak terfikir yang mereka sebenarnya telah terkepung...

Mini MRLS kami sedang berlatih taktik 'shoot and scoot'

Ahli-ahli tim sniper sedang berlatih main sorok-sorok


Pakar penembak flame-thrower kami sedang bersedia mengeluarkan api dari mulut

Pasukan Guards Kami sedang memberikan 'Royal Salute'

Ini pulak haiwan dilatih oleh si gemmukkkkkk. Hampeh macam tuannya tau tidor aja walaupun nama glamer wombat ada sipi-sipi kombat...

Sekiranya ada pihak berwajib yang berminat, hubungi kami dan kami akan hantarkan Cip PRO kami Miss Yipun untuk melakukan apa yang patut.....

Wednesday, January 24, 2007

Peti Aduan




Sok!Sek!Sok!Sek!

Ini saya tengah nangis ni....saya terdengar yang Tan Sri Mat Toro kamu ni mempersoalkan kewanitaan saya ni...tengoklah, lihatlah rupabentuk tubuh badan saya ni...dia tak tau ke saya dah berbelanja ribuan-ribaun ringgit nak dapat body macam ni punya seksi...botox, motox, totox , vitamin a,b, c sampai z saya pakai tiap-tiap hari supaya saya jadi jelita dan menawan, aleh-aleh dia cakap saya ni mungkin seorang datuk...apa dia ingat saya pi siam buat operasi tukar jantina ke....malaysiya boley tau...sini plastik surjeri semua dah okay apa...tak yah pergi jauh-jauh buat lagi..ni saya dapatkan perkhidmatan pun dari Hospital tentera awam Jerung Perkasa apa...ala hospital yang ada health centre yang si gemukkkkkk kesayangan saya..eh bukan kawan saya tu(macamana nak delete ni ...tak palah, biaq pi ajelah)...selalu pergi tu..ala yang dia cakap ada misi-misi baik tu yang suka tolong urut dia tu...saya selalu buat servis kat situ, siap ambik private room lagi, lebih-lebih lagi kalau si gemukkkkkk pun melawat jugak...tapi yang heran kena ambik bilik dekat health centre tu, senang buat warm-up si gem kesayangan saya tu cakap...heran pulak saya, ada gym ke situ...

tapi macamanapun, saya demand tan sri kamu ni buat retraction cepat-cepat, panggil press conference cakap dia yakin yang saya ni wanita tulen....apa dia ingat dia boleh sampel saya dulu ke baru boleh konpem...pleezzzlah tan sri, you are not my taste...anyway please send your people to meet my people, tapi kalau you hantar si gemukkkkkk tu, make sure you send him alone pasal i nak buat private meeting in my office suite...senang dah ada bath tub dah kat situ dengan massage lounge chair...yummy!

Pod ECM baru keluaran JP Inc.

Dunia peperangan elektronik bakal bergegar lagi apabila JP Inc. dengan bongkaknya mengumumkan penghasilan dan pemasaran pod penyerak baru utk kegunaan pesawat kepak kaku yang dinamakan 'Pawangtron X20'. Menurut Pengurus Bhg EW JP Inc., Datuk Paduka Alphawolf, pod tersebut mempunyai keisitimewaan yg tiada pd alat2 EW lain yg pernah dihasilkan kerana ia mengandungi gabungan keupayaan elektronik dan ilmu hitam. Pakej jampi jembalang tanah yg dihasilkan sendiri oleh seorang penjawat awam, Puan Kino yg bertugas di Sabah didatangkan khas dari puncak Gunung Kinabalu setelah menurun dan bertapa di sana seminggu dan mampu menjejaskan sistem radar termoden dunia. Apabila pod ini diaktifkan, ia mengeluarkan gelombang elektronik yg keras dan kuat serta aura hantu tahap dewa sampai nampak bayang2 lembaga hitam, putih dan kelabu menerjah arah pancaran radar lawan. Ia boleh digunakan bagi peranan SEAD/DEAD dan ECM bagi perlindungan pakej serangan udara atau misi Combat Air Patrol. Kumpulan pertama juruteknik dari TUDM, angkatan udara pertama pembeli pod ini telah dihantar berkursus ke Jerung Electonics. Sebelah siang mereka mempelajari sistem mekanikal dan sebelah malam mereka belajar cara2 memperasap dan menjampi pod ini agar berbisa.Ujian keberkesana pod ini yg dilakukan di AS membuktikan keupayaan pod 'Pawangtron X20' apabila para pengendali sistem radar yg merupakan sebahagian dari pakej sistem pertahanan udara paras tinggi Patriot demam terkejut selama sebulan dan meracau2 setelah ternampak bayang2 menakutkan muncul di skrin radar mereka. Menurut mereka lagi sebelum itu radar mereka menerima pancaran yg berbunyi jampi serapah dlm bahasa kuno yg menakutkan. Sebuah kapal kruser kelas Ticonderoga US Navy juga terpaksa bercuti di Pearl Harbor kerana semua krew teknikalnya demam terkejut setelah menjalani latihan menangkis serangan udara oleh pesawat2 JP Inc. yg membawa pod tersebut. Berita ini ditulis oleh seorang wartawan junior JP News yg kini sedang tunggu giliran di klinik JP Medic kerana demam akibat terkejut dan lemah semangat dgn aura pod 'Pawangtron X20'. Nota Editor: Haparaaa.....nasib baik lu tak jadi krew radar GAPU kalau tak mau mati terkejut masa latihan!

Nota Tan Sri MT: Ini artikel tengkiu sama Datuk J, tapi cilakak itu Datuk J buleh suruh gua tempek untuk dia!? Itu kuli sudah suruh tauke bikin kerja ka?! Gaji mau kasi potong la ini macam!!!

Tuesday, January 23, 2007

Memo dari Presiden JP Inc bth 23 Jan 07

Berikutan beberapa permintaan yang mahukan kemudahan shoutbox disediakan di blog JP Inc untuk kemudahan mengutuk JP Inc saya merasakan bahawa tidaklah perlu kita melayan permintaan sedemikian. Ini adalah kerana prinsip JP Inc yang kiasu tidak mahu melihat kutukan tetapi pujian & pujaan sahaja dipaparkan di blog ini tak kira la kalau nak puja macam org puja nombor ekor sekalipun. Janji dipuja.

Walaubagaimanapun sekiranya ahli lembaga pengarah setuju dan beriya-iya jugak nak membuat shoutbox ini kos pembuatannya adalah ditolak dari gaji ahli lembaga pengarah (tak termasuk gaji saya) dan seseorang perlu sentiasa memantau shoutbox tersebut agar komen-komen yang memburukkan JP Inc di delete sepantas mungkin. Sekiranya nak upah org untuk memuja JP Inc sepertimana kumpulan black metal memuja hantu kubur pun kosnya akan ditolak dari gaji anda sekalian.

Sekian.


Yang teramat seksi

Tan Sri MT

KONTROVERSI LAGU MALANG SI DUBUK

Hubungan Mesia-Singapoh dijangka bertambah kontroversi lagi ekoran popularnya lagu 'Malang Si Dubuk' nyanyian artis muda harapan JP Inc., Ice Mallet. Diberitakan stesen2 radio pelbagai bahasa di republik berkenaan terus memutarkan lagu tersebut walaupun ia dikatakan digam oleh Kementerian Penerangan Singapoh.

Malah lebih serius lagi para rekrut NS Sg diberitakan menyanyikan lagu tersebut semasa PT pagi dan latihan jalan lasak/jalan laju walaupun mereka dikenakan tindakan disiplin termasuk disumbat ke penjara tentera. "Lagu tu macam berhantu bang. Walaupun dia kutuk Debmey forumer Sg dlm bod MPSA cari.com, kami semua mcm kena pukau masa kali pertama lagu tu didendangkan di stesen radio!" jelas Mat Tambak (bukan nama sebenar) salah seorang rekrut NS yg sempat ditemui sumber sulit JP Inc. di Pusat Latihan NS SAF di Pulau Tekong. Katanya lagu tu juga menjadi lagu tema percintaan dia dgn aweknya sekarang. "Don't want to talk about that $#%^&*&()^%$ song-lah. Stupid song!!!" maki LTC Char Kuay Teow dari RSAF sambil menarik muka 14 dan melangkah keluar dg laju dari pusat karaoke di Tampines ketika anak-anak buahnya dari skuadron F-16D beramai-ramai menyanyikan lagu tersebut. Dia dilaporkan meraung 7 hari 7 malam berturut-turut kerana stress lantaran kecewa dengan sikap anak2 buahnya yg tidak sensitif terhadap maruah negara SG hinggakan sayap penerbangannya terpaksa digantung dan dirawat di pusat terapi SAF.

Berlainan pula dengan komen pelakon komedi Sg, Gurmit Singh yang mengakui amat menyukai lagu tersebut. "Aiyoh, can't the gahmen be more open-minded aah? Its just the song ley, what busy-busy!?" komen beliau yg turut disokong rakannya Dr Chee Soon Juan, tokoh pembangkang tersohor Sg. Dlm perkembangan berkaitan Ice Mallet kini menjadi jejaka pujaan ribuan gadis Sg tak kira bangsa kerana power lagu tersebut dan kemerduan suaranya. "Apa boleh buat Bang orang dah suka kita." kataya sambil mengesat bekas gincu di pipinya kesan ciuman seorang amoi yg dilaporkan anak Jeneral SAF dan merayu supaya Ice Mallet membawaknya menikah kat Siam!

bagi pihak Datuk J

Iklan Kerja Kosong

Iklan Kerja Kosong Separuh Masa

Adakah anda bosan dengan kerjaya anda? Maukah anda menambah pendapatan anda? Ini bukan skim cepat kaya, ini satu karier mencabar dan penuh adventur. Pihak Jerung Perkasa sedang menerima permohonan daripada orang ramai yang berminat untuk menjawat satu kerjaya yang membolehkan anda melihat latihan ketenteraan lebih dekat tanpa perlu menjadi anggota sukarelawan tentera. Jangan tunggu lama-lama, hantar permohonon anda dengan kadar segera !!

Jawatan : Pengutip kelongsong peluru hidup mau pun mati. Kelongsong Peluru Hidup akan dikitar semula untuk pembinaan kereta kebal syarikat manakala kelongsong peluru mati akan dikitar untuk menjadi minyak sintetik yang prestasinya mengalahkan formula yang diuji dalam perlumbaan.

Pengalaman : Pemohon mesti membuktikan yang mereka telah berjaya 'survive' tiga kali dari operasi-operasi seumpamanya sebelum ini di lapang-lapang sasar di dalam ataupun luar negeri. Pemohon yang kudung mana-mana bahagian anggota badan kerana operasi-operasi itu digalakkan memohon kerana syarikat mengamalkan konsep penyayang yang mengutamakan pemohon-pemohon sedemikian rupa.

Tempat Kerja : Pemohon-pemohon yang berjaya akan ditugaskan di mana-mana kawasan di mana eksesais sedang berlaku. Selepas sesuatu eksesais itu tamat, adalah dijangka yang pemohon akan bertugas selama sebulan di kawasan itu untuk mengadakan 'ops bersih'. Jika tiada latihan dijalankan, pihak syarikat berhak mengaturgerak pemohon untuk mencuci mana-mana bangunan yang syarikat dapat tender.

Imbuhan : Pemohon diminta menyatakan imbuhan yang diinginkan. Pihak syarikat berhak menolak jumlah yang difikirkan melampau. (Tapi jangan terkejut jika jumlah dibenarkan itu terlampau sedikit kerana Pengasas Syarikat kami memang kedekut)

Faedah-faedah lain : Pihak syarikat menasihati pemohon memperolehi insuran nyawa dan kemalangan yang mencukupi untuk diwariskan kepada waris masing-masing. Pihak syarikat hanya menyediakan kemudahan "pilih duda/janda" yang dihias untuk ahli Lembaga Pengarah yang berminat untuk membuka cawangan baru.

Tarikh Tutup Permohonan : Semalam kerana kami mengutamakan calon yang bersifat proaktif yang sudah menghantar permohonan sebelum jawatan diiklankan. Lagipun jika calon tidak ada kaitan kroni atau persaudaraan dengan bahagian procurement maupun staff syarikat, surat permohonan anda sebenarnya akan difailkan dalam fail kabinet kami yang berbentuk tong sampah.

Penjenayah Kena Sembelih Dengan Polis Rahsia JP Inc.?

Kematian 'Mr Cock' seorang penjenayah terkenal ketika sedang bersukaria bersama 'cash deposit pandai merengek'nya baru2 ini membawa satu lagi persoalan bagi masyarakat tentang wujudnya entiti penegak keadilan tersembunyi di negara ini. Ini kerana menurut ''cash deposit' tersebut, penjenayah licik yg dah terlepas entah berapa kali perbicaraan dan sempat menyebabkan beberapa anggota dan pegawai PDRM kena buang kerja kerana didakwa mengasarinya dibunuh oleh beberapa orang lelaki yg asyik bercakap pasal sup sirip jerung semasa mengikat kaki dan tangan Mr Cock dan menghadapkannya ke kiblat mcm orang nak semelih lembu korban. (Kalau dah sebut sirip jerung tu memang takde lain le, orang buta huruf pun tau itu clue utk Jerung Perkasa!).

Modus operandi yg sama juga digunakan semasa serangan ke atas rumah dan pejabat NGO yg dok marah polis tembak penjenayah berbahaya. Seorang pegawai kanan PDRM yg nama dan pangkatnya tak mau disiarkan berkata "Lantak le sapa nak bunuh pun. Dah memang dia sampah masyarakat mati pun tak rugi apa2 utk aku. Banyak lagi kes kami nak siasat ni. Mintak diri dulu!"

Semasa ditemui di Wisma JP, Pengurus Bhg Ops Bunuh2, Datuk J menafikan kewujudan unit pembunuh rahsia JP. Malah menurutnya JP kini sedang dlm proses utk merekrut awek2 cun utk memujuk penjenayah berbahaya menyerah diri. Selain itu bagi penjenayah yg sukakn bapok, pakej pujukan khas yg dianggotai bapuk sedang dikelolakan. "Bukan apa inche, ada golongan masyarakat yg terlebih peka skang. Prihatin pulak tu sebab hak asasi penjenayah lebih diutamakan dari hak asasi magsa ragut, rompak, rogol etc etc." katanya dengan nada sinis sambil mendukung seekor kucing tabby utk dihadiahkan kepada Puan Zanmas, ahli lembaga pengarah merangkap Eksekutif Program Veterinar Khas JP Inc.

bagi pihak Datuk J

SSSSHHHHHHHH!

Dalam kemelut tersiarnya gossip sensasi tentang khabarnya seorang janda dihias dan berduit kononnya sedang hangat bercinta dengan seorang pegawai kanan tentera, terdengar pula desas-desus sebenarnya citer itu sebenarnya 'cover' line untuk janda itu membuat hubungan dengan pengasas sebuah syarikat korporat pembekal pertahanan terkenal yang juga bekas pegawai kanan tentera. Yalah Datuk M di Malaysia ni pun ramai bekas tentera. Dengar ceritanya Datuk M ni sanggup berbuat demikian kerana ingin mendapatkan modal mudah untuk membesarkan dana syarikat supaya lebih berdaya maju lagi, terutama untuk anak-anak syarikat yang berkecimpung dalam bidang seni.

Sehubungan dengan itu, wartawan tim ekslusip Majalah Tak Tahan menghidu potensi citer ni bersangkut paut dengan syarikat yang dia kenal benar dan sekarang sedang merangka gerak gempur untuk meng'scoop' perjumpaan kedua mempelai ini menggunakan peralatan pemantauan tercanggih yand dia cilok dari stor sampel parent company dia(mentang2lah syarikat bapak dia tu syarikat pembekalan peralatan pertahanan). Bila Pro syarikat itu dihubungi untuk memberi komen tentang hal ini, jawapannya adalah " wa x kisahlah Pang5 nak cekup Fasha Sandha ke, Sharifah Sofea ke, kalau betul ler citer gossip dia mencari cawangan baru, tp please lah toot toot yg dah nak monopos tu.... aisehmennnn !" Dengan kata-kata galakkan sedemikian, telah membakar semangat wartawan tim ekslusip untuk membongkar cerita sebenar. Nantikan pendedahan ini nanti!

Monday, January 22, 2007

Prebiu Majalah Tak Tahan bulan Februari 2007


(ikhsan gambar EF/X)


Uncle J dengan berbesar hatinya menurunkan di sini prebiu Majalah Tak Tahan untuk bulan Februari 2007

Majalah Tak Tahan bulan Februari ni...

Isu 'Ringan2' (Editorial)
'Garfu' merayap. Normal ke?

Tetamu Bulan Ini:
Miss Yipun She's Hotttt.....................

Uli-Menguli Bersama Battleship:
Isy isy, pantang nampak aset, merenyam jer Abang BB kita Elok2 sikit, 'jatuh' kang :

Resipi Bulan Ini: Stimbot Celup2 88
Apa yg celup tu

Centrefold: Mod Tin dengan Jojo
Isy isy....lagi. Jojo yg berlakon Rv tu dok atas riba Tin, topless lagik!

Sudut Kereta/Motor
Nama je lah! Yg lelebih model pulak tu. Ha, taiaha, buat haper tu?

Isu: Health Center
Apasal nurse dgn doktor dia lain macam jer? Pulak tu buat kat hotel?

Kembara Tak Tahan dgn Malik-Al Hassan
'Melencong' ke Pulau BatamGaya

Alternatif 'Kehidupan: S & M
Mari sebat2 bersama Mat_Toro!

huh apa tu ...tunggu apa lagi...pergi simpan duit atau korek tabung untuk persedian membeli majalah tersohor bila ia di pasaran nantiiiiiiiiiii!!!!!

JP Inc laparkan program Batch Kedua NGPV


Mengambil iktibar daripada semua sungutan dan rungutan pelbagai lapisan masyarakat tentang keupayaan kapal peronda kelas Kedah yang menggunakan teknologi low observatility dan konsep Fitted For Not With (FFNW), pihak syarikat telah menghidu peluang UNTUNG BESAR dan dengan angkuhnya mengemukakan cadangan berbaur ugutan kepada pihak berwajib untuk memperolehi kapal peronda konsep terbaru mereka.


Gambaran Kapal OPV Dicadangkan dalam bentuk operasi biasa dan setelah di-'transform"

Kapal kelas "Lang Milenium" ini menggunakan teknologi jenis gaban berdasarkan prinsip transformers di mana ia berkongsi sebahagian dari teknologi dengan kelas battleship yang dikemukakan sebelum ini untuk pembelian kerajaan. Walaupun bersaiz lebih kecil lebih kurang 45 metre sahaja, iaitu cuma separuh dari saiz kapal kelas Kedah, pihak syarikat menyatakan bahawa rekabentuk ini teramat terbukti dari segi daya tahan penjelajahan dan rondaan. Ini adalah kerana sejak 500 tahun dahulu rekabentuk ini telah berjaya membolehkan kuasa-kuasa dunia untuk menjelajah seluruh dunia dan menakluk negara-negara yang mereka rasakan beruntung untuk dijajah. Walaubagaimanapun rekabentuk itu telah dipermodenkan untuk tugasan millennium baru, bersempena namanya. Kini ia tidak memerlukan ramai anak kapal untuk mengendalikannya, cuma lebih kurang 30 orang sahaja.

Kelihatan sebuah prototype sedang dipanduji

Kapal ini pula bila menjalankan tugas rondaan tidak memerlukan sebarang bahan api (minyak sekarang dah mahal oiii). Hanya apabila di dalam kecemasan, barulah kapal ini akan menunjukkan kehebatannya apabila sistem transformernya(bukan bateri daaa) akan menukarkan rupabentuk kapal kepada sebuah kapal terapung yang menggunakan janaan hyperspace drive sulit yang teknologinya dibeli dari LUCASFILM. Dan tidak seperti kelas Kedah, kapal ini memperagakan teknologi stealth sebenar kerana mempunyai system cloaking device terunggul yang teknologinya dicuri daripada Republik Jedi oleh agen-agen risikan kami terdiri daripada orang Jawas (tapi bukan orang Jawa tau).

Sebahagian persenjataan canggih kapal

Dari segi persenjataan, bukan aja dia ada laser guns seperti yang terdapat dalam kapal-kapal Star Wars, ia juga mempunyai berbagai jenis rudal-rudal misil seperti 40 biji Exocet 3 Batch III, 60 Tomahawkski dan 100 biji rudal Brahmos. Bagaimana ia boleh membawa sebegitu banyak rudal sedangkan saiznya agak kecil anda tanya? Ini kerana ia mempunyai dua krew kritikal(satu tu spare ler kerana kami mengamalkan system redundancy) di mana tidak seperti seorang Jedi Knight maupun Sith Lord, krew ini berupaya menjampi ataupun dengan lebih tepat menyeru kehadiran rudal-rudal tambahan selepas rudal sedia ada atas kapal dilepaskan atau telah ditembak. Ala dengan lebih ringkas macam jampi seru duit tu tapi kat tengah laut nyawa lagi mahal dari duit woi! Dengan ini pihak syarikat berharap semua pengkritik-pengkritik yang mengatakan kapal2 kelas kedah tu underpowered dan tidak bersenjata boleh menutup mulut mereka fasal burukler rupanya, terutamanya bila lalat hinggap dalam mulut tu.

Tetapi seperti kata orang putih, we saved the best for last. Untuk kemudahan anak kapal, setiap daripada mereka akan mendapat bilik penginapan kelas hotel lima bintang dimana ia dilengkapi hot tub berjakuzi, tv leper skrin lebar, dvd player (dengan perisian dibekalkan oleh syarikat associate kami Jerung Gatal Movies and More Pengedaran) dll. Bilik Komander Kapal juga dibekalkan dengan skrin multi untuk memantau aktivit-aktiviti anak kapal dalam bilik untuk menenangkan keresahan dan kerisauan pasangan2 anak kapal kerana takutkan ada aktiviti tidak bermoral berlaku atas kapal, Yalah kelasi-kelasi kan terkenal dengan ungkapan ‘a mate in every port’. Tetapi pihak syarikat tidak bertanggungjawab jika komander tidak berjaya memantau aktiviti sedemikian sekiranya Komander kapal pun boye jugakler. Kalau risau sangat, Join the Navy dan kongsi bilik tu dengan pasangan anda. Seperti kata Chip PRO kami Ms. Yipun, melihatkan kemudahan dalam kapal, dia terangsang nak mengenakan pakaian ala-ala slave girl Puteri Leia atas kapal Jabba the Hutt tetapi tak tau kenapa.

Mungkin Kita boleh Lihat Cik Yipun Berpakaian Sebegini Sewaktu pelancaran kelak?

Akhir kata, pihak syarikat ingin menyatakan dengan yakin sekali, jika projek pembelian kapal ini dilakukan, pasti ramai orang-ramai akan menyertai angkatan tentera laut kita kerana perubahan paragdima dari segi perkhidmatan yang diunjurkan oleh kelas kapal ini. Tak Tipu Tau!

Friday, January 19, 2007

JP Inc mendedahkan kajian terbaru mereka.

Ketua R&D JP Inc Sir Dr Alphawolf telah mendedahkan secara ekslusip kepada seorang Editor Tugas Khas @ Risikan Majalah Tak Tahan bergelar "Wak" yang salah satu unit kajiannya sedang mengkaji bagaimana untuk membuat beberapa aksesori terbaru untuk industri fesyen yang bersifat dual-use. Ini termasuk 'italian necktie', tyre necklace,garotte dll.




Berguru dengan sorang makcik terer dari tepen yang bersemangat berkecimpung dalam bidang rantai mutiara sebelum ini yang diperkenalkan oleh janes bond kami dari KKM, Cik Kinokuniya, Dr Alphawolf menerangkan yang rantai2 biasa sebelum ini seperti rantai emas, mutiara, zamrud dll sedang ditingkatdaya agar boleh dijadikan sebagai senjata sampingan. Ini kerana setelah kajian pemasaran dilakukan oleh Cik Yipun kami dari porem gossipnya yang sebenarnya adalah alat marketing research halimunan, ramai selebriti maupun selebriti perasan ataupun terlampau teringinkan aksesori sedemikian utuk digunakan sewaktu mereka melaram. Ini kerana apabila mereka melalui carpet merah, bergaduh melebihi skrip di dalam kolam renang atau sedang diskodeng Ahli Lembaga sedang skinny dipping, mereka inginkan agar dapat dengan segera mencapai sesuatu seperti aksesori tersebut untuk dipergunakan keatas paparazi, mat skodeng, mat rempit, selebriti cari publisiti murahan dll. Memandangkan aksesori tersebut biasanya akan terlekat di leher pengguna walaupun mereka sedang nude sunbathing, maka kegunaannya semestinyalah user friendly.

Di samping itu seperti yang diingatkan oleh Tan Sri, aksesori ini juga mempunyai kegunaan ke-tiga bagi mereka yang berminat, iaitu untuk digunakan waktu sesi bondage S&M. Dia sendiri sudah menempah satu twenty footer kontena untuk diisikan dengan aksesori tersebut sebaik saja disahkan oleh Sirim sebagai sah untuk digunakan. Walaubagaimanapun, pihak syarikat tidak akan menanggung sebarang tanggungjawab diatas penyalahgunaan aksesori tersebut dan sedang menimbang mewajibkan latihan penggunaan oleh pembeli. Ini kerana ini juga boleh menjadi sumber pendapatan tambahan bagi syarikat disamping Tan Sri boleh bergumbira berlatih dengan selebriti, selebriti perasan maupun terlampau dengan percuma. Sdr Yipun juga sedang menimbangkan untuk mengupah model terkenal mengaku inesen Cik Zanmas untuk menjadi model tengkuk aksesori tersebut kerana dia mempunyai leher yang jinjang kerana dia dilahirkan di Jinjang Kepong.

Majalah Tak Tahan akan menyiarkan artikel eksklusif bersama gambar-gambar Cik Zanmas memperagakan aksesori-aksesori tersebut sebaik sahaja dibenarkan berbuat demikian oleh pihak syarikat.

Thursday, January 18, 2007

JP Inc Menyampaikan Sumbangan Kepada Kawasan Banjir

JP Inc hari ini menyumbangkan bantuan bernilai RM85,000 kepada kawasan yang terlibat dengan banjir. Pengarah Perhubungan Awam Cik Pun dan Presiden Divisyen Maritim JP Inc Datuk MMC turun untuk menyampaikan sendiri bantuan sambil Cik Pun memperagakan bikini Nopene terbaru keluaran JP Inc dan Datuk MMC menayangkan bot hovercraft mewah terbaru keluaran JP Inc iaitu hovercraft kelas Memerang. Bila ditanya pendapatnya bantuan tambahan akan diberikan oleh JP Inc Cik Pun (yang sedang sun bathing di atas hovercraft Memerang tersebut) menjawab "Ya, bikini yang saya pakai ini adalah model terbaru keluaran JP Inc. Ianya amat seksi dan sesuai untuk bergaya". Beliau seterusnya terus mendendangkan lagu "Pandanglaaahh... lihatlahh... bodyku yang cantik... bikini ku yang seksi!!!". Wartawan yang meluat dengan gaya Cik Pun beralih arah dan bertanya kepada Datuk MMC soalan yang sama. "Bantuan ini adalah fasa pertama sahaja, saya akan datang lagi minggu depan untuk menayangkan bot mewah keluaran JP Inc yang baru iaitu KJP Jutaria untuk tatapan kamera wartawan yang ramai di sini", ujar Datuk MMC. "Selain itu JP Inc komited dengan memulihkan kawasan yang terlibat setelah menerima kontrak bernilai RM 800 juta untuk memulihkan kawasan yang terlibat. Kami juga mencadangkan kontrak bernilai RM 350 juta untuk membesarkan parit untuk mengelak banjir berulang. Sub-kontraktor kami Abang Ali Bangla and the gang sedia menjalankan tugas sebaik sahaja kontrak ditandatangani".

Pihak wartawan (lelaki sahaja) mencuba sekali lagi untuk mendapatkan komen Cik Pun yang pada waktu itu sedang rancak menarikan belly dance akhirnya berjaya mendapatkan komen dari Cik Pun. "Apa?? Bantuan?? Lerrr... ingatkan Datuk MMC ajak I datang nih nak menayangkan produk baru Nopene bikini nih... penat I rongeng tadi taww!! I nak sun bathing balik lah! Abang-abang semua nak tengok?? Mai la..." kata Cik Pun sambil menarik tali kamera seorang wartawan hensem.

JP Inc Merampas Kembali Tender Helikopter CSAR

Berikutan bantahan dan merajuk Tan Sri MT, terutama sekali pada tahun pilihanraya ini, pihak kerajaan telah menimbang kembali keputusannya dalam pemberian tender helikopter CSAR bagi kegunaan TUDM. Dakwaan sesetengah pihak bahawa keengganan JP Inc menaja kempen pilihanraya pada tahun ini menjadi punca perubahan keputusan ini disangkal oleh Pengarah Perhubungan Awam (PRO kekadang GRO jugak) Cik Pun. "JP Inc adalah sebuah konglomerat yang patriotik dan sentiasa menyokong kerajaan walau apa pun keputusan kerajaan. Lebih-lebih lagi kalau keputusan itu menguntungkan JP Inc. Kalau tak untung sokongan tu kurang sikit laaa".

Cik Pun seterusnya menerangkan bahawa helikopter VS300 yang dikatakan itu sebenarnya bukanlah helikopter pre-WW2 yang dilaporkan sebelum ini. "Sekarang zaman moden, sudah tentu pihak JP Inc tidak akan menawarkan helikopter yang begitu usang. Dari namanya (VS300) itupun kita sudah tahu bahawa ianya adalah teknologi terbaru keluaran Vidal Sassoon di mana enjin helikopter tersebut menggunakan blower dari pengering rambut Vidal Sassoon. Blower tu memang power, saya tau la... saya punya hair dresser pakai hair dryer brand tu" ujar Cik Pun bila ditanya tentang laporan yang mendakwa helikopter yang ditawarkan oleh JP Inc adalah model usang.

Wednesday, January 17, 2007

Tan Sri MT - Man of Mystery

Berbagai spekulasi telah dibuat tentang siapa sebenarnya Tan Sri MT. Tidak dinafikan keseksiannya telah menyebabkan ramai membuat gosip tentangnya bersama artis-artis jelita dan yang terbaru ialah gosip tentangnya dengan Danielle. Dia juga pernah dispekulasikan sebagai pengintip/saboteur/orang tengah yang menguruskan penjualan fius bom yang menyebabkan kekalahan pihak Argentina semasa Perang Falklands. Tan Sri MT ketika ditanya tentang spekulasi peranannya di dalam penjualan fius bom ke Argentina hanya menjawab "My name is T, MT..." Berkenaan kisah cintanya dengan Danielle Tan Sri MT menjawab "Lu orang buta huruf ka pekak?? Itu hari gua sudah bikin sidang akhbar kasi tau sama lu orang wartawan la, gua sama itu Danielle mana ada hubungan cinta punya!!! Gua sama dia hubungan seks saja maaa...!!"

Dalam perkara lain Tan Sri MT menyatakan pendiriannya bahawa helikopter yang ditawarkan oleh pihak JP Inc jauh lebih baik dari helikopter yang memenangi tender membekal helikopter CSAR untuk TUDM. "Kami adalah sebuah syarikat tempatan yang pertama membina helikopter buatan tempatan. Kerajaan sepatutnya melindungi kepentingan kami sebagai syarikat tempatan dan juga berbangga dengan hasil keluaran kami walaupun kualitinya dikatakan setaraf Proton Saga dan harganya 300% lebih mahal dari yang sepatutnya. Mereka yang tidak memilih syarikat kami sememangnya tidak patriotik!!" Beliau juga menambah "Kilang yang kami cadang untuk membina di Pekan sekurang-kurangnya dapat juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat di sana tak kira la diorang warga asing tanpa izin!!"

JP Inc memperkenalkan ACAV Stealth terbaru mereka

Pesawat ACAV Lang kawi

JP Inc telah dengan bangganya mengumumkan bahawa syarikat sudah bersedia untuk membekalkan kepada pasaran dunia ciptaan terbaru mereka, Autonamous Combat Aerial Vehicle (ACAV) Stealth Lang Kawi yang dijamin seratus peratus tidak mungkin dapat dikesan oleh mana-mana sistem radar di dunia ini bila-bila masa pun. Pihak syarikat begitu yakin dengan kemampuan pesawat ini sehingga telah mencipta pengkelasan baru ACAV untuk membezakan pesawat mereka daripada UAV/UCAV yang biasa. Dibangunkan berdasarkan teknologi "BEASTMASTER" dengan pengoperasian sistem "DAR", ACAV ini yang diberi gelaran Sharak berupaya beroperasi bersendirian dengan memberikan maklumbalas dan pengimejan terus kepada markas. Ia juga tidak memerlukan sebarang bahan api atau bekalan maupun sokongan operasi dari markas kerana ia berupaya memperolehi bekalan yang diperlukan dengan sendiri. Yang uniknya, bahan kumbahannya boleh digunakan sebagai bom organik bila diperlukan sesuai dengan designasi 'kombat'nya. Persenjataan lain2 adalah seperti taji, paruh dan juga senjata sulit terbaru berasaskan sound waves yang boleh memegunkan pendengar-pendengar apabila dioperasikan. Spesifikasi terperinci ACAVakan disiarkan bila promosi besar-besaran mega JP sale bermula hujung tahun ini. Tetapi bagi mereka yang tidak sabar-sabar lagi, take a number and Ms Yipun will attend to you shortly.



Pesawat Sharak Bersedia Untuk Bertugas.
(Bagi kaum wanita, syarak tu yang dipegang ya, bukan mamat tu, dia cuma tukang tenggek aja)

Syarikat JP Inc akan mempertontonkan sistem ACAV ini kepada khalayak umum ketika LIMA 2007 berlansung di mana dijangkakan berpuluh-puluh kontrak bernilai juta-juta duit(gelak sombong kaya) akan dilunaskan. Untuk menghargai pembeli dan pengunjung, pihak syarikat bercadang membuat previu persembahan sextacular diketuai Ms Yipun yang bakal menjadi tarikan utama pelayaran U$$ JFK bila ia siap dibaikpulih nanti, di atas pentas khas di dalam booth mereka yang meliputi 10,000 meter persegi. Jumpa disana-sana,sana-sana !

Dapatkan Keluaran Khas Mat Terap terkini untuk mendapatkan prebiu ACAV lebih lanjut.

Tuesday, January 16, 2007

Tan Sri MT Menafikan Bercinta Dengan Danielle

Tan Sri MT hari ini mengeluarkan penyata menafikan mempunyai hubungan cinta dengan artis jelita Danielle sekaligus menafikan dia adalah Tan Sri M yang diperkatakan mempunyai hubungan cinta dengan Danielle. Tan Sri MT ditemui wartawan dalam sidang akhbar di pejabatnya di Pussy Cat Bordello House berkata "Saya tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Danielle. Saya tidak pernah berminat pun untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana awek sebelum ini. Hubungan saya dengan Danielle adalah hubungan seks semata-mata".

Tan Sri MT sebelum ini pernah digosipkan dengan beberapa artis cun melecun seperti Angelina Jolie, Kelly Hu, Gong Li dan lain-lain artis cun antarabangsa tetapi semuanya dinafikan oleh Tan Sri MT. "Sedangkan Angie (Angelina Jolie) pun setakat part time lover inikan pulak si Danielle tu?!" kata Tan Sri MT mengakhiri sidang akhbar sambil mengurat seorang wartawan pelatih yang miew, miew.

Menjawab surat dari abg Ali kat Kem 507

Merujuk kepada surat dari Abg Ali yg nak tau tips camne kuar dating ngan lebih berkesan. Jadi setelah sekian lama Cik Pun compile sumer soalan tentang dating atau dlm bahasa halusnya NGEDATE. Haa.. nak gi dating eh?.. okay sabar dulu. Sebelum abg/adik pergi for that all important first date, dah plan apa nak pakai? mana nak pergi? apa benda nak makan? kalau seluar koyak camner? Yang paling tak syok dan mengerikan sekali kalau lupa nak zip seluar.. pengsan mah!!

Ok, saya ader tips untuk abang-abang ataupon adik-adik sojar. tips nie cuma "guide" jer so take it with a pinch of salt (cakap omputih, kalo nak suruh translate mau berpeluh kang saya). Kalau dah baca tips nie, konfem boleh survive in any date :o)

Biasa kalau keluar on first date, memang selalu si lelaki selalunya yang ajak tengok wayang ataupon pergi makan. Inilah outing yang paling selamat kalau korang berdua tak pernah meet face to face, but kalau dah pernah jumpa, tapi going out officially on a first date, try something different. Maybe leh cuba Uptown Damansara (yang ni tak kisah siapa yang plan, janji dua-dua game) ataupon ajak pergi makan ke tempat yang special macam makan nasi lemak antarabangsa kat Kg Baru ke ......

Haaa.. kalau dating konfem makan together-gether kan? First, jangan beli makan yang bersepah, macam ketam ke.. kerang ke.. atau yang kene bukak mulot besar-besar macam super bigmac McD ke, or Delifrance punya sandwiches ke... Table manners tu jaga sikit tapi janganlah sampai ketara ataupon nervous sangat. Kita ni pon cuma manusia biasa jer. Kalau air tumpah atau mulut kawan tu comot, cakap jer macam biasa, ataupon lap kan sikit, kan romantic tu (kalau berani lah, sekali kene penyepak free, saya tak tahu).

Kalau yang dah boring atau malas nak layan, buat bodoh jer. Abih kalau seluar koyak atau skirt koyak amacam? Haa.. Ini problem sikit.. Most to most you can do is buat kelakar, lepas tu beli seluar atau skirt baru, atau yang takder RM yang mencukupi masa tu, balik naik cab.. heheheh. Kalau masuk toilet, check la bende-bende yang patut di check. Mana la tau ada cili terselit kat celah gigi tu.. Sebelum keluar toilet, zip tu check!

Sepuluh benda yang tak boleh disembangkan dengan awek baru

10. Don't boast about your brilliant career, macam kau sorang je yang kerja..
9. A lot of family stories -- pelan pelan ah sikit, baru first date per..
8. Your physical preferences, nanti kecik hati member tu
7. Don't discuss your past mistakes -- Tipah tetipu bang! tipah tetipu!
6. Your little black book -- secret dude, mana boleh citer kan?
5. Your love of adult entertainment -- Dah nak bunuh diri?
4. Your financial matters -- Duit duit, di mana kau duit...
3. Your friends' secrets -- Jangan aniaya member
2. Your previous exploits -- jangan nak eksen jadi Romeo.
1. Your lies -- nanti kalau pecah lubang, malu gila

Dengan menggunakan reminders ni, hopefully your first date will be smooth sailing and more dates to come

Salam sayang

Monday, January 15, 2007

Hey u guyz! Turn cik Pun nak jot sum silly tot. Dis time kiter ader interesting topic to note about. Actually, more untuk the gals out there yg slalu memeriahkan Majalah Mat Terap kegilaan wa.

You all pernah tak kener stalk ngan your ex atau your current boyfriend punyer ex-girlfriend tak? Kalau tak pernah, woooo.. rabak oooo... Maybe skarang tak ader banyak case gitu but tak salah kan kiter tau sedikit sebanyak pasal dis type of stalker.. As a pin up gal for Majalah Mat Terap, sapa tau tetiba korang dapat stalkers kan?

Juz to beware...

So what makes these men and women jadi stalker sot giler macam tu eh?

Well, women yang prone to have this behaviour usually has a need for emotional well-being yang terlalu up. Maknanya diaorang nyer ego ader sikit nyer fragile & they sometimes rasa yang dorang nie worthless kalau takde man in their life (nie bukan kita yang cakap eh, nie according to our research-Div spagetti strap). They also cannot take failure kalau relationship dorang tak kesampaian ley. They cannot handle rejection, macam kalau kener reject kan, they see it macam the guy reject dorang nyer entire value as a person. (kecoh giler)

Sama gak yg jenis ingat kalau derang beli Majalah derang ingat pin up galz dlm majalah tu hak derang, i mean common sense lah kan, derang can ogle pin up sampai meleleh fluid satu badan pon but still RESPEK ler hak kita kan?

Habis tu, how to tell kalau you all kene stalked? One thing for sure that you kene stalk is kalau you always bump into that same person anywhere and everywhere and everytime. Kalau korang nyer privacy has been invaded - macam ader org visit ur work place or home. Well, sometimes macam susah gitu nak prove whether you all nie kene stalked unless you see the suspicious person out in public places. Tapikan mesti ader pattern lah.. takleh lah suka2 nampak org yg pernah nampak kat shopping mall habis tu cakap dorang stalker... maner leh kan? Ader kang orang tu nanti you saspeki stalker las las lebam kat mata.. heheheh... You must be sure that it is the same person all along. Kalau ader kete ikut you dari belakang maner maner you pegi, walaupon ke toilet, take down nombor plate kete or motor dorang or write down wat they are wearing (untuk prove later ler..). Oklah, kalau you ingat dat you are imagining things... juz note down & keep record of the stalker sightings.

So what can you do?

Jangan nak jadi hero atau heroin pergi confront sendiri (tapi kalau nak panggil 'gay boys atau geng gothic serabai pakai chain' dari area Berjaya Times pung orait ah kan, tapi wa dengar lu olang kene bayar duit "pengeras" mahal ooooo, lagipon, lepas tu kene bayar instalment duit "protection money".. wa rasa panggil polis kan lagi best.. FREE!)... hehhh..

Pergi kat lawyer atau pung police. Pasal kalau betul dorang nie stalker & tries to threatens or harms you, (normally threaten nak suicide ah kalau you tak leave the guy & blames you for it ataupon buat kecoh ngan your family pasal your past relationship) the police can arrest the stalker & charge his/her ngan criminal intimidation tau! Dun play play ah! Tapi kalau dier cuma follow u around jer, tak buat aper2 den tak leh gie kat polis lah.. (buang maser dorang jer) You can go to your lawyer den they will file a paper with the court asking the stalker to stop harassing you. If the stalker lady or guy breaks the court order, she may be fined or jailed.

Walauwey... serious jugak eh kalau kener stalk.. Tapikan Board of Directors of JP. Inc suggest to all the gals out there to check out the guy yg u all jumpa 1st b4 hv anything serious.. kan lebih safe.. So all the best!

Cik Pun

Pelayaran Pertama U$$ John FU Kennedy

Seperti diumumkan oleh Pengerusi JP Inc. Tan Sri Mat Toro sebelum ini, pihak kami sekarang ini sedang bersusah payah menyediakan bekas kapal pengangkut pesawat yang dinamakan semula sebagai U$$ John FU Kennedy atau dalam bahasa melayunya U duitduit Belalai Taram U Kennedy utuk membuat pelayaran pertamanya tidak lama lagi. Selain dari menyediakan 6 tempat berjudi dari kelas belakang mati hingga kelas las vegas, kapal ini juga menyediakan pelbagai jenis pusat hiburan seperti Marylin Monroe Strip Club, Debmey Gayz Joints, Mohpi Tai(MT) Tiger Show Room(Dengan penampilan khas sekali-sekala Tan Sri MT), Cik Yipun Sextacular Cabaret floor antara lain. Bilik-bilik penginapan juga disediakan dengan katil air dan katil massage setiap satu dengan cermin di siling sebagai standard, (di mana kami menempatkan CCTV khas utk rancangan kandid camera kami) dan pelanggan boleh memilih tema-tema tertentu untuk memenuhi fantasi masing2.

Kapal sedang disediakan untuk pelayaran pertama

Kami juga menyediakan 3 jenis kolam renang di mana satu adalah sebuah wave pool dikelilingi pasir yang didesignasi sebagai nude beach atas kapal. Spa kami juga yang terbesar di dunia di atas kapal, di mana ada bahagian-bahagian istimewa untuk kaum sejenis, special massage dan orgy. Bilik berskandal untuk pasangan seperti Gemukkkkkk dan Datin juga turut disediakan yang bebas dari lensa pemberita-pemberita(tapi tak semestinya lensa CCTV kami). Ini adalah sebahagian preview kemudahan di atas kapal yang kami harapkan dapat memenuhi keinginan pelanggan kami nanti.

Di samping itu, bagi pelayaran pertama ini pihak kami juga bercadang mengadakan tayangan perdana dan gala kebajikan (untuk isi poket kamiler) wayang hasil keluaran terbaru kami yang akan kami umumkan kelak.

Kami akan membawa perkembangan terbaru pelayaran ini dari masa ke semasa nanti.

Rejimen 69 Wataniah Jerung Gatal



Jerung Gatal hari ini sekali lagi membuktikan bahawa ianya bukanlah sebuah entiti yang mementingkan hawa nafsu semata-mata. Jerung Gatal hari ini dalam menyahut seruan pihak kerajaan untuk menggalakkan penyertaan orang awam di dalam pertahanan negara telah menubuhkan Rejimen 69 Askar Wataniah. Rejimen ini terdiri dari 450 orang bintang porno negara (lihat gambar) dan diketuai oleh Jen Kehormat Tan Sri MT sendiri. "Sebagai latihan pertama Rejimen ke 69 RAW ini akan menjalankan latihan bersama pelatih2 PLKN yg miew, miew di Karambunai Resort sempena penggambaran dan sesi merekrut bakal bintang porno negara. Saya sendiri akan menjalankan interbiu terhadap semua pelatih PLKN tersebut yang mana setiap sesi dijangka akan mengambil masa sejam. Untuk menjimatkan masa mungkin saya akan menginterbiu 2-3 org pelatih serentak bergantung betapa penatnya saya ketika itu" kata Tan Sri MT sambil tersenyum gatal dalam sidang akhbar di Menara JP hari ini. Sempena penubuhan Rejimen ke 69 Askar Wataniah ini Tan Sri MT juga dengan bangganya memperkenalkan cogan kata pasukan tersebut "Erotik dan Patriotik" kepada wakil media.

Pihak JP Inc juga dalam masa yang sama membidas tuduhan bahawa penubuhan Rejimen 69 AW ini ada kaitan dengan perkhidmatan tentera upahan Jerung SOF (Soldier Of Fortune) Sdn Bhd walaupun segala kerugian masa kerja bintang porno tersebut akan ditanggung oleh pihak kerajaan.

Dalam hal yang berlainan Pengurusi JP Maritime Datuk MMC hari ini mengumumkan kejayaan mendapatkan tender mengubahsuai kapal carrier USS John FU Kennedy kepada sebuah 'floating casino' daripada kongres Amerika Syarikat. Kapal tersebut bukan sahaja akan menjadi sebuah kasino malahan juga berfungsi sebagai cruise vacation antara pelabuhan New York dan Israel. "Setelah pihak kami menunjukkan bagaimana keuntungan cukai yang diperolehi dengan membenarkan lebih ramai rakyat Amerika dan Israel berjudi sambil melancong dapat menampung kerugian kekalahan pihak Amerika di Iraq dan kekalahan pihak Israel di tangan Hezbullah, tender tersebut bukan sahaja diserahkan secara bulat kepada kami tetapi outsourcing untuk pengurusan casino tersebut juga diberikan kepada kami". Datuk MMC juga menolak dakwaan yang mengatakan dia telah mengimport sekumpulan besar gay boy dari Taman Tasik Permaisuri untuk memujuk ahli kongres Amerika dalam membuat keputusan tersebut.

JP Inc Melancarkan Satelit Pengintipan Pertama Malaysia

Labuan, 29 Mac 2007, JP Inc hari ini melancarkan satelit pengintipan pertamanya untuk kegunaan militer. Satelit tersebut yang diberi nama Meleset 1 telah dibina hasil kerjasama anak syarikat JP Inc iaitu Jerung Gatal (peneraju industri porno negara) dan kerajaan sebagai penyumbang modal.

Ramai bertanya apakah relevannya Jerung Gatal dengan satelit pengintipan. Pengerusinya Tan Sri MT berkata, “Jerung Gatal bukanlah sebuah entiti yang hanya mementingkan kepuasan hawa nafsu semata-mata, Jerung Gatal pada hari ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang gatal jua merupakan rakyat yang patriotik. Selain digunakan untuk mengendap nudist beach di California dan Gold Coast ianya juga boleh digunakan untuk meninjau keupayaan tentera asing. Walaupun matlamat utamanya adalah mengendap awek cun yang bakal membintangi filem porno keluaran negara ianya juga boleh meninjau instalasi ketenteraan luar yang ada banyak awek miew, miew. Walaubagaimanapun kegunaan satelit ini amatlah mahal dan setiap gambar risikan yang diambil akan dikenakan caj perkhidmatan dan juga cukai perkhidmatan sebanyak 25% akan dilevi kepada penggunanya. Mungkin kadar caj akan meningkat sekiranya keuntungan tidak seperti yang dijangkakan. Jika melebihi keuntungan yang dijangkakan ianya tetap akan naik juga.”

Jerung gatal kini dalam perancangan untuk melancarkan satelit Meleset 2 yang dikatakan mempunyai kamera yang boleh menembusi pakaian serta dinding dan bumbung bilik air rumah anak dara cun. Modal pembuatan dan pelancaran kini dalam rundingan bersama pihak kerajaan supaya kerajaan sekali lagi menanggung modal. VP Public Affairs JP Inc, Cik Pun, kini bersiap sedia untuk rundingan satu hala tersebut dengan menempah lingerie terbaru buatan Jerung Sex Toys Ltd iaitu sebuah subsidiari Jerung Gatal. “Saya yakin dengan lingerie see-through baru ini kami akan berjaya dalam rundingan kami nanti” kata Cik Pun.

Friday, January 12, 2007

Peti Aduan

makcik nk komplenla.....apasal majlis pelancaran ni xde kuih
karipap...?..makcik suka karipap inti kentang tawwwww......... (sambil kunyah biskut tawar yg disediakan JP Inc)

aaa..Yipun...Yipun...makcik bangga ngan yipun...u rockkkkk yipun...


....lagu ni mengingatkan makcik pada gigolo makcik yg makcik ceraikan.....

errr...mintak diri....makcik nk tolong abe G bersiap.....pas ni dia lak
wat persembahan...dia tuh bukan reti nk pakai bedak sbb tuh hitam huduh..

Yang Benar,

Zanmas

Pihak JP Inc. ingin memberi memaklumbalas kepada aduan Cik Puan seperti berikut :

Harap Maklum. Segala aduan berkenaan karipap, sila ajukan kepada Tan Sri MT kerana dia adalah pakar JP Inc tentang hal ini. Kemungkinan besar juga shipment karipap untuk majlis ini telah dihijack oleh Kumpulan Teroris "Debmey Mulitiple Personaliti" kerana khabarnya mereka marah inti karipap kali ini ialah inti daging dubuk. Sila dapatkan kepastian dari YBhg Tan Sri.

Terimakasih,

Biro Aduan JP Inc.


Laporan Lanjut Majlis Prebiu Album

KAU MENDUAKAN DAKU (Yipun feat BB)

Manisnya saat kita dilamun cinta
Kau dan aku bersama membina impian
Kasih termeterai
Kita bersama

Oh sampainya hati dikau
Makan di luar
Tinggalkan daku sendiri berduka
Kau curang padaku

Kerana aset yang mantap ohhh

Korus:
Maid aset mantap
Kau pilih buat mengasuh
Cahaya mata kita
Kutahu sebenarnya apa yang kau pandang
Kejamnya dikau
Kau curang kerana aset

B,Pulangkan aku ke rumah bondaku
Ku tak ingin lagi diduakanmu
Cinta ini kian kabur di pandangan

Lagu: Laxamana
Lirik: Yipun

Menghayati lirik lagu di atas boleh menggoncang ketahanan mental siapa juga yang jiwang karat dan kerana itu Uncle J lihat banyak wartawan hiburan meraung-raung sambil berguling-guling di atas karpet dewan Wisma Jerung Perkasa semasa persembahan lagu 'Kau Menduakan Daku' oleh Miss Yipun, Exec Jerung Perkasa. Uncle J tak ler gitu pasal sibuk usha wartawan2 yg cun lagi bergetah tu sampai tak sedar sebaldi kah kah kah!!!!"Lagu ini adalah cetusan pengalaman silam saya sebenarnya." jelas Miss Yipun dlm nada sayu sambil membetul-betulkan spaghetti strap yg dipakainya. "Namun tak perlu ia diceritakan dgn lebih panjang lagi." Katanya pada Uncle J. Kisah selanjutnya menegani lagu yang dipersembahkan pada Malam Media Bersama JP Inc. ini boleh dibaca dlm Majalah Tak Tahan keluaran Januari 2007.

UNCLE J: DUA? EMPAT PUN BELUM TENTU CUKUP!

Di Majlis yang sama juga saudara Gemukkkkkk yang sedang sensasi diperkatakan di dalam media-media tempatan juga menyanyikan lagunya di dalam album ini tetapi sesuatu peristiwa telah berlaku ??????

AKU MISKIN HINA

apalah nasib ku ini
hitam, hodoh, hampeh
kini aku pokai juga

punah harapan ku ini
nak tekel awek bod gossip
kini aku dibelenggu

[chorus]:

aku miskin hinaaaa..
aku miskin hinaaaa..
maafkanlah gua
gua pun hamba wang pada zahirnya..

Si Gemukkkkkk cuma dapat menyanyikan lagunya sehingga lirik diatas sebelum dia tiba-tiba berhenti....setelah dikaji selidik rupa-rupanya handyphone N93nya yang berada dalam mode buzzer telah menggeletek lobang punggungnya menyebabkan dia terlatah berlari ke belakang pentas..rupa-rupanya Puan Datin menelepon mengadu yang Jaga2 Upahan Dari Nepal yang perasan diaorang askar Ghurka tu menghalangnya memasuki dewan majlis untuk menonton persembahan si Gemukkkkkk kerana bajunya terlalu lip-lap merelip hingga mungkin membutakan para hadirin....apalah Gemukkkkkk..tak habis-habis cerita kau dengan Mak Datin ni....
Uncle J, mana lirik lagu duka wa :(

Tuesday, January 09, 2007

Prebiu Produk : TENUK MK78: BAKAL MEREVOLUSI PEPERANGAN ARMOR DI MASA HADAPAN

Gambaran Kereta Kebal yang dihasilkan

Kereta kebal Tenuk Mk78 yg dihasilkan oleh gergasi industri pertahanan JP Inc. adalah line-up baru dlm pasaran kereta kebal sedunia. Ia adalah hasil usaha sekumpulan Mod dri board MPSA CARI.com yg berwawasan dan bermata duitan. Projek merekabentuk dan menguji prototaip kenderaan tempur ini hanya mengambil masa setengah tahun sahaja hasil kerja keras tim 'Jerung Lanyak' yg tak reti2 nak rehat dan balik rumah sampai masuk wad seminggu sebab stress giler (muahahahah!!!). Tenuk Mk78 adalah sebuah kereta kebal kategori sederhana yg boleh meredah halangan perairan tanpa sebarang persediaan dan dilengkapi dengan peralatan elektronik terkini. Utk memberitahu sebarang masaalah pada sistem kenderaan, suara awek yg mengghairahkan akan melakukannya pada setiap fon kepala. Malah suara tersebut juga boleh diprogram mengikut kehendak pengguna. Sebagai contoh encik Battleship mahukan suara Amoi dan awek Jepun menyebut miew3 bila ada kebakaran berlaku dalam kenderaan yg sekaligus akan mengaktifkan sistem pemadam kebakaran sambil berkata Miew3! Tenuk Mk78 juga boleh digugurkan dari udara, dibawak dgn kelajuan maksima di lebuh raya tanpa treler pembawa tank serta mampu mencarut secara automatik jika kehabisan peluru untuk menakutkan musuh. Ia juga boleh diubahsuai menjadi kenderaan penumpang atau pembawa barang dan treler utk artis buat shooting.

Untuk keterangan lanjut dan spesifikasi terperinci dapatkan majalah Mat Terap bulan ni...

Rentetan Gosip Terbaru Personaliti Terkemuka JP Inc.

Gempar! Seorang Personaliti JP Inc. terperangkap dalam belenggu gosip angkara ???????

Kita ikuti rentetan tersebut...

GOSSIP JP BERSAMA UNCLE J (I)...

Korang dah dengar lagu2 album kompilasi bod MPSA yg Jerung Entertainment buat tu? Lentok beb lagu2 dia. Uncle dengar kat Tel Aviv suku-sakat Ehud Olmert sibuk tunjuk perasaan sebab marahkan lagu 'Malang Si Dubuk' nyanyian Ice Mallet yg khabarnya bukan setakat juara Top 10 lagu2 kat M'sia, tapi siap popular kat USA lagi. Tapi Uncle bukan nak cerita pasal lagu tu mahupun penyanyi dia si Ice Mallet nuu...tapi pasal Gemukkkkkk, artis yg sama menyanyi dlm album kompilasi ni. Eksekutif akaun kat JP Inc. ni khabarnya sedang hangat bercinta dgn sekumpulan awek bod gossip CARI.com yg dok tergila-gila kat lagu 'Aku Miskin Hina' dendangan jejaka Ipoh ni. Tak tau sapa awek2 tu tapi khabarnya diorang ni kalau demam pun meracau dok sebut "G, G, G!!!!!!!!" Isyk isyk isyk.....biar betul tapi apa2 pun tahniah le G dan kalau dah sampai jodohnya jgn lupa jemput kami makan nasi minyak. Tak kisah le bersanding dgn 4 org bini serentak pasal kuota kita kan ke sampai 4...alang2 dah ramai berkenan sambak le 4 dri mereka....hehehehehehe Blah dulu bye!

UNCLE J: AKU KAYA RAYA

dijawap dengan segera oleh si Gemukkkkkk

tidak. tidak, semua itu fitnah belaka. saya takde apa-apa kaitan
dengan Datin SM tu. kami cuma kawan
biasa. percayalah. kami jumpa setiap malam di bilik hotel
5 bintang tu pun kerana berbincang dan meminta nasihat tentang perjalanan kareer
saya. Datin SM seorang yang berpengalaman dalam dunia
sponsor-mengsponsor, jadi rugilah saya kalau tidak cuba menimba ilmu, kan.dan
cek RM15,000 tu sebenarnya bukan hadiah dari Datin. Datin cuma
pesankan saya untuk beli barangan berjenama bila saya ke singapore nanti.

tetapi selepas itu beliau menambah

eh, saya salah jawab gossip ke? alamak, uncle
jangan siarkan jawapan saya ni dalam media ok. ingat, saya saman
nanti. lagi satu, jangan bincang apa saya tulis ni dalam tv sabtu ni,
saya akan saman juga.saya tak takut nak saman
tau!

kesan dari itu Uncle J menyiarkan berita terbaru


GOSSIP UNCLE J (II)

Wisma JP diterjah oleh wakil dri rancangan (korang tau le rancangan apa kan?) gara2 tulisan Uncle pasal Abang G kita. Tapi nampaknya Abang G dah bersedia dgn jawapan yg mantap dan padu lagi terbilang dan gemilang! Wakil Terjah tak dapat lama2 menyoal jejaka tampan yg macho ini kerana dia buat2 sibuk utk masuk ke bilik mesyuarat kerana konon katanya ada diskas pasal bajet nak promosi kereta kebal Tenuk Mk78 kat Eropah nanti.

UNCLE J: SELAMAT BERJAYA ABANG G!

yang juga terus dijawab

terimakasih uncle J. betul, diorang terjah saya masa saya nak
present bajet. tidak, tidak, saya nafikan sekerasnya gosip liar
itu. Datin SM hadir dalam mesyuarat itu sebagai salah seorang ahli
lembaga pengarah. saya cuma tumpangkan dia dalam kereta saya saja
masa datang ke mesyuarat ok. tumpang saja, ok. kami tiada
apa-apa hubungan.ya, ya kereta ferrari yang saya bawa tu kereta
saya. bukan Datin SM yang belikan. saya beli dari Datin SM
ok. apa, ingat gaji saya RM800 sebulan tak mampukah nak beli
Ferrari? jangan tuduh saya macam-macam ye.


saya ulang, itu bukan hadiah dari Datin SM. itu cuma pinjaman
untuk modal saya buat bisnes. eh kejap, ada phone
call.[hallo. eh, hallo Datin. u call i kenapa? apa, i
salah bagi jawapan? oh, lain dari hari tu ye? ok, i betulkan balik
ok. ye, ye, i pun rindu kat u tau. ala kejap
je. lepas i jawab interview ni, i balik hotel la jumpa u
ok. u tunggu i tau. babai, tata, titi, tutu.]eh, cik
yipun, ada pembetulan. tadi tu, saya ingatkan transaksi
lain. duit RM15K tu bukan milik saya. ianya pesanan dari
Datin SM untuk beli barangan berjenama bila saya ke singapore
nanti. sebab tu saya tak boleh dermakan.ye, no komen.. no komen.. ok
saya balik dulu..

Kita tunggguuuuuu perkembangan selanjutnya selepas ini....

Monday, January 08, 2007

Prebiu Album

Pengarang Besar/ Managing Director JP Publishing House Inc, Datuk Jazim aka Datuk J telah mengadakan sidang previu album keluaran terbaru JP Music yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Isi kandungan album yang telah diperdengarkan dalam sidang akhbar tersebut terdiri daripada lagu-lagu berikut..

KOMPILASI TERBAIK MPSA

Side A

Tender Jangan Tak Dapat (Mods MPSA) Lagu: Insignia Lirik: Mat_Toro
Miew Miew Miew (Battleship) Lagu/Lirik: BB
Kau Menduakan Daku (Mod Yipun feat BB) Lagu: Laxamana Lirik: Mod Yipun
*Yang Pertama & Utama a.k.a Senandung Semangat Bersatu (Spiderweb) Lagu/Lirik: Spiderweb
Aduhai Awek Motorshow (Mod Tin) Lagu/Lirik: Mod Tin

Side B

Malang Si Dubuk (Ice Mallet) Lagu: Mod Alpha Lirik: Mat_Toro
Gagah Membelah Angkasa (Supergripen) Lagu: Mod Venez Lirik: TunTeja73
Miaw Untuk Mama (Zanmas) Lagu: Mod Yipun Lirik: Mod Jazim
Setan Pencen (MMC feat Jazim) Lagu: Insignia Lirik: Mat_Toro
Aku Miskin Hina (Gemukkkkkk feat Mat_Toro) Lagu: Alphawolf Lirik: Jazim

* Penyanyi undangan dari Singapura

Rata-rata pendengar dari kalangan hadirin menjangkakan yang lagu balada Malang Si Dubuk nyanyian Ice Mallet akan menjadi single hits pertama album ni diikuti lagu berentak rap Aku Miskin Hina nyanyian Gemukkkkkk dengan Penampilan Khas Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Mej Jen (B) Mat Toro.

Diolah semula dari Ucapan Asal Datuk J

Bulletin JP Inc.

Syt memaklumkan kepada pihak Bursa bhw Ahli Lembaga Syt telah memutuskan utk membaik-pulih dan mengubahatur beberapa kapal anti-ranjau yang dilucut taraf kepada kapal penangkap ketam laut bering Alaska tidak berlesen. Ini memandangkan adanya pasaran di rantau ini untuk isibadan ketam Alaska yang biasanya di buang begitu saja oleh mat-mat salleh haprak yang malas nak nyonyot isi ketam, kemungkinan besar kerana mereka biasa nyonyot benda2 lain sahaja. Pihak syt juga mempelawa permohonan daripada sesiapa berminat untuk mengoperasi peralatan tambahan kapal2 ni iaitu meriam 40 MM memandangkan operasi akan dijalankan secara bajak laut kerana tiada lesen untuk memancing akan diperolehi. Apa2 kemusykilan, sila ajukan kepada penasihat perikanan luar JP Inc. iaitu Laksmana Pertama (B) Laxamana yang Syt telah mencadangkan utk menjadi Peneraju Projek Khas ini.Sekian Dimaklumkan.