Monday, May 05, 2008

JP INC Perkenalkan Dream Drill Team

Setelah melihatkan kejayaan ATM memperlihatkan kepakaran "changing of the guards" mereka di Great Britain dan menarik perhatian beribu-ribu pengunjung telah mengilhamkan didalam kepala hotak Pengarah Misi-Misi Khas JP Inc Encik Gemukkkkkk untuk mengadakan upacara yang sama di perkarangan Mahligai Rahsia TanSri Mat Toro, The Love Nest sebagai peluang mengambil keuntungan melampau bagi syarikat. Lagipun ini adalah satu cara dia mengampu TanSri setelah diturunkan pangkat kerana kerakusan yang lalu. Jadi untuk upacara yang hampir serupa di sini, pengunjung-pengunjung akan dikenakan bayaran untuk melihat pergerakan-pergerakan yang akan dipersembahkan. Apa nak heran, semua benda yang JP Inc buat mesti buat untung kalau tidak gaji kena potonglah. Antara acara-acara yang yang akan dipersembahkan ialah perarakan masuk anggota membawa jambangan-jambangan bunga ke perkarangan mahligai. Berbeza dengan kor Pengawal yang lain, kor pengawal JP Inc dibekalkan dengan jambangan bunga kerana TanSri kita ni suka melalui laluan yang harum semerbak dengan haruman bunga. Yalah haruman bunga tu boleh cover sikit masalah BO dia tu. Selepas pergerakan itu diikuti dengan perarakan masuk pegawai-pegawai tugas khas daripada unit-unit berbeza Angkatan Beruniform JP Inc yang memakai uniform-uniform bermini skirt kegemaran TanSri. Seperti yang dilhat anggota-anggotanya biasanya diimport dari Eropah Timur kerana TanSri cakap mereka sanggup terima upah murah sikit. Kedekut juga ya Tansri ni, dengan awek pun nak yang murah-murah aja.

Selepas melaksanakan beberapa formasi drill, troop akan berhenti sebelum dipanggil mengadap Ketua Perbarisan merangkap Baluchi pemilihan, samada Datuk Seri Tin atau Datuk Seri DewaGanaz ikut roster bertugas, di mana mereka akan mengadap dalam keadaan melutut dan mereka yang dipilih akan ditandakan dengan sebilah seludang sebagai membayang tugas-tugas khas yang akan dilakukan oleh mereka didalam bilik-bilik tidur Mahligai Rahsia TanSri. Yalah perkataan drill itu sudah membayangkan apa tugas utama mereka kan, jadi kebolehan melutut amat penting sekali sebagai kriteria pemilihan. Selepas pemilihan dibuat, anda akan dapat melihat perarakan berambus mereka-mereka yang hampa kerana tidak dipilih tetapi ini belum lagi acara kemuncak tau. Acara klimaks (semua kerja mesti ada klimakskan) itu amat istimewa sekali dimana kereta-kereta kebal dipandu secara khas oleh anggota pakaian khas menjadi tarikan utama upacara penutup ini. Mula-mula nak buat macam Lady Godiva naik kuda terus tapi TanSri cakap lecehlah nak jaga binatang-bintang in i dan takut ada pula kuda yang nak menyusu. Jadi jangan tak ambil gambar Yop nanti menyesal fasal memang tak jumpa kat tempat lain ni. Kami garenti punya pengunjung-pengunjung akan teruja, terutama jantan-jantan miang yang pastinya peminat utama acara ini.

Selepas acara perbarisan tamat, kami sediakan pula kemudahan mengambil gambar mereka-mereka yang yang terpilih untuk tugasan hari tersebut sebelum mereka melaporkan diri dimana gambar-gambar itu boleh ditangkap dengan anggota-anggota di atas tunggangan meriam dengan bayaran istimewa RM100 satu shot aja. Suruhlah dia tunggang apa cara sekalipun, dia akan redha. Jika berminat apa tunggu lagi? Silalah buat tempahan kat pegawai bertugas ini tetapi yang ini jangan kacau aaaa, den dah charter siang-siang tau!