Friday, December 22, 2006

USAF Ubahsuai F-117 Sebagai Pesawat Penabur Baja

Jerung Perkasa Inc. mencatat satu lagi kejayaan apabila berjaya mengubahsuai satu skuadron pesawat penyerang F-117 Stealth Nighthawk milik USAF kepada pesawat penabur baja untuk ladang2 gandum di seluruh AS. Big Boss Bhg Aeroangkasa JP Inc, Mej Jen (B) Datuk Paduka Mat Toro aka MT mengumumkan dlm satu sidang akhbar di Menara Semua Ngap di KL hari ini.

Menurut MT, kontrak berjumlah RM12.7 billion itu diperolehi apabila Presiden AS sekarang, John McPlesitt mendakwa menerima mimpi dari abuya yg menyuruh beliau (John) 'mengconvert' separuh dri aset perang AS kepada aset kebajikan. Kata wakil John, Kolonel Steve H. Drunk USAF yg merupakan atase udara AS ke Msia, wahyu juga diterima dlm mimpi itu untuk mendapatkan khidmat JP. "Saya tanpa berlengah lagi menguruskan hal ini dgn sifu saya MT" jelas Kolonel Drunk sambil menjeling ikan bakar cicah air asam yg sudah terhidang di meja sebelah dan mengesat air liurnya.

MT menjelaskan bahawa projek mengubahsuai itu berjaya disiapkan dlm tempoh sebulan - di luar jangkaannya. "Kelajuannya masih kekal cuma F-117 la ni tak gunakan bom lagi malah iia digantikan dengan sistem 'fertilizer precision delivery '". Sistem itu yg dipasang pd pesawat juga mencapai ketepatan 100% bagi digunakan pada paras tinggi. Jabatan Negara AS dan Pentagon sedang mengkaji kemungkinan untuk mengubahsuai kereta kebal MBT M1A1/2 Abrams kepada teksi pula dan pastinya JP akan kenyang lagi. HAHAHA (Editor gelak kaya!)

No comments: