Thursday, April 05, 2007

Singapore Curik Teknoloji Gundam Milik JFC Inc.

Sumber perisikan tentera BLF telah mengesan taktik kotor yang digunakan oleh pihak Singapure untuk meniru dan menciplak teknologi mobile suit gundam yang dibangunkan oleh firma dari Malaysia, JFC Inc.
Menurut sumber perisikan itu, Singapura dengan angkuhnya menolak sebarang tuduhan bahawa mereka telah menciplak idea dan teknologi mobile suit ini. Menurut seorang pencuci tandas di kilang senjata singapura, senjata ini sudah diuji berkali-kali dan telah melepasi 4 ujian prototype utk mobile suit. Antara teknik serangan gundam ini adalah dengan menggunakan cakaran maut dan gigitan berguris api.
Singapura mendakwa projek mobile suit gundam mereka yang pertama di dunia yang menggunakan 100% bahan semula jadi dan bahan terbuang. Mereka juga mendakwa kos pembuatan seunit mobile suit mereka jauh lebih murah berjuta kali ganda dan penjimatan ini boleh dimanfaatkan oleh seluruh rakyat singapura.
Pihak perisikan BLF menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci kerana pihak singapura masih lagi merahsiakan mobile suit mereka. Pihak BLF terpaksa merasuah seorang kontraktor binaan yang terkenal di Singapura, En Phua Chu Kang yang secara kebetulan mendapat kontrak membina tandas di dalam kilang pembikinan mobile suit ini. En Phua CHu Kang juga berkata Singapura akan bercadang utk menggunakan mobile suit ini dalam latihan bersama-sama tentera yahudi dalam masa yang terdekat ini. En. Phua Chu Kang berjaya mengambil gambar satu daripada mobile suit yang kelihatan dengan menggunakan kamera rahsia uang dibekalkan oleh pihak BLF. Kamera beresolusi tinggi ini dapat merakamkan gambar dengan kualiti yang bergitu baik lagi. Gambar ini diproses oleh ejen BLF di stesyen Gelang Patah dan di hantar secara digital ke Ibu Pejabat BLF, JP Inc dan juga JFc Inc di Berlin.
Leftenan Jeneral (B) Dewaganaz dipetik berkata beliau tidak akan mengenakan sebarang tindakan undang-undang ke atas pihak Singapura kerana menciplak teknologi ini. Beliau sebaliknya berkata ini dalah satu improvement dan juga saingan untuk mobile suit Malaysia. Beliau mengakhiri kata beliau dengan ayat " Mungkin satu hari nanti pihak BLF boleh melakukan exercise bersama dan kita dapat melihat keupayaan mobile suit yang sebenar."

Berikut adalah gambar mobile suit singapura yang dirakam oleh En. Phua Chu Kang.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

3 comments:

mumuchi said...

cess kejam2...itu tuceng ko ke..awat depa pakai tuceng nak test gundam suit...NSmen depa montel-montel sangat ke :)

DewaGanaz said...

bro, tu ler mobile suit ciptaan singapooh!!! hasil ciplak teknologi jerman JFC Inc.

Anonymous said...

Mr mmc aah,
Our NSmen are all demoralized lohhh...you want to make guinea pig out of 'em you go find them in SAF Detention Centre lah!

MAJ Phak Boo Toh
1st Cdo Battalion