Mampu membawa payload SIMIAN eyeball mk1 iaiatu seekor beruk pemetik kelapa pencen yang diberi latihan semula melalui skim latihan semula pesara biayaan kerajaan, model SIMIAN ini mampu memberi maklumat dengan menggunakan Nokia Communicator generasi pertama dicilok dari Saudara Gemukkkkkk untuk mengurangkan kos projek ini. “Mula-mula susah jugak nak ajar SIMIAN ni menghantar maklumat, sikit-sikit dia hantar mesej ‘Gemukkkkkk rindukan Datin’ tapi lama-kelamaan system ini berjaya dilatih untuk menghantarkan maklumat yang dikehendaki;” terang Cip Designer Dr Alphawolf kepada wartawan yang hadir. Bila seseorang wartawan dari majalah ‘Jambu’ cuba mempertikaikan bahawa Aljantanus tidak boleh dikelasifikasikan sebagai UAV kerana menggunakan sistem SIMIAN sebagai system kendalian, TanSri Mat Toro mengherdik wartawan itu dengan menerangkan yang U tu bermakna UnMANNED maka dengan menggunakan sistem SIMIAN Aljantanus pun Unmanned la, sambil terdengar rungutan TanSri “Itupun tara belajar ka?”
SISTEM SIMIAN EYEBALL Mk 1
Ketika majlis makan karipap selepas itu, seorang lagi wartawan HOP pula bertanya apakah harga sebuah Aljantanus itu memandangkan kos pembangunan yang murah, TanSri dengan selamba menjawab Satu Jura ringgit Malaysia sambil mengatakan korang ingat murahke nak bayar bunga ceti ni yang dikira ikut harian, jadi mestilah jual UAV ini dengan harga mahal. Tetapi selepas dikajiseldik dengan lebih mendalam, didapati TanSri sudah membuat ikatjanji sampingan dengan Ceti itu untuk menerbitkan sebuah filem berkisar hidup pelakon terkenal Kamal Hassan dengan menggunakan keuntungan jualan UAV ini. Nak Jadi hero Tamil rupanya TanSri kita ni ya.
GAMBAR TANSRI WAKTU SCREENTEST
1 comment:
i sukkaaaa la ngan gamba abang tan sri tu
henscome nyer...merenung manja pada aku
huhuhu..hai tansri..i abelebel...
melahjanda
Post a Comment