Monday, May 28, 2007

Maintenance!!! Maintenance!!!

Berikutan kejadian bumbung sebuah hotel cum "Health Centre" iaitu Hotel Ah Seks di ibu kota yang dilaporkan bocor (bukan pompuan bocor yang MP kita sembang kat Parlimen) pihak kontraktornya JP Binamahal mengeluarkan pernyataan bahawa hotel tersebut tidak menjalani proses maintenance yang mencukupi. "Hotel Ah Seks yang baru dibuka Jumaat lalu didapati bocor kerana kekurangan maintenance", menurut jurucakap JP Binamahal. Bila ditanya apakah jenis maintenance yang diperlukan bagi bangunan tersebut jurucakap JP Binamahal berkata dengan nada sinis "Lu orang bayar jer laa... kitorang tau le apa nak buat".

Kejadian kebocoran ini heboh diperkatakan setelah seorang eksekutif yang hanya ingin dikenali dengan nama Mr G ditangkap gambarnya dalam keadaan basah kuyup semasa sedang... errr... mengurut seorang "pelayan" di hotel Ah Seks. Pendek kata dia ditangkap basah lah. Mr G dengan geram berkata, "Aku nak refund!! Orang dah nak ready to fire tetiba kena simbah air dari bumbung!!! Hilang konsentrasi tau!!! Dah la Datin SM dah lama tak melayan keperluan batin I!!! Aku nak refund!!!" Pihak JP Binamahal yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Mr G menawarkan seorang lagi pelayan (lihat gambar sebelah kalau sanggup) sebagai pengganti. JP Binamahal belanja, don't worry be happy.

JP Binamahal turut menawarkan pakej RM 90 juta bagi memberi facelift kepada bangunan tersebut selain pakej maintenance bernilai sebanyak RM500,000 sebulan. "Mau bocor ka tak mau bocor?? Lu sendiri pilih lah", ujar Tan Sri MT dengan selamba ayamnya sekali.

No comments: