Monday, February 05, 2007

Kadar Tarif Elektrik Jerung Nuclear Power naik.

Berhubung dengan kerugian yang dialami oleh JP Inc sepertimana yang diumumkan kepada LHDN baru-baru ini pihak JP Inc telah memohon kepada pihak kerajaan untuk menaikkan kadar tarif tenaga elektrik yang dibekalkan oleh Jerung Nuclear Power. "Kenaikan ini perlu kerana kenaikan bahan mentah dunia seperti minyak dan arang batu. Walaupun kami guna tenaga nuklear tetapi Mercedes Brabus, Lamborghini Diablo dan McLaren F1 saya dan koleksi keretapi klasik saya guna minyak dan arang batu. Oleh demikian kami tiada pilihan lain melainkan menaikkan tarif", kata Tan Sri MT dalam rundingan yang diadakan dengan wakil kerajaan di Jerung Happy Hours Club.

Pada masa yang sama Tan Sri MT mengumumkan projek baru pembinaan lebuhraya baru Lingkaran Tepi Sikit 2 sepanjang 2 km dari Kampung Baru ke Chow Kit. "Projek ini akan memudahkan orang ramai terutama semasa peak hours. Kadar tol yang dicadangkan adalah berpatutan pada kadar RM 5 bagi kenderaan biasa dan RM 10 bagi kenderaan berat. Saya sedia maklum kesesakan laluan ke pintu tol tersebut kerana saya melihatnya dari udara semasa pi opis menaiki helikopter peribadi saya setiap hari. Tapi itu bukan problem saya..." tegas Tan Sri MT lagi. Sehubungan itu JP Inc akan menutup beberapa laluan utama dan beberapa jalan 3 lorong akan menjadi satu lorong sepanjang pembinaan projek ini yang dijangka mengambil masa 8 tahun.

No comments: