Tuesday, February 13, 2007

Buletin Ringkas JP Inc : Dapat Khidmat Buruh Paksa

Pihak syarikat ingin memaklumkan kepada pihak bursa yang unit perniagaan asas tani syarikat dengan kerjasama unit R&D syarikat akan memperolehi keuntungan luar jangkaan disebabkan pihak syarikat telah berjaya mendapatkan khidmat buruh paksa oleh pelatih-pelatih National Service Negara(NS) Sipura-pura hasil kerja keras Dato' Tuan Laxamana selaku penasihat perniagaan tani JP Inc. (Dia ni baru syarikat belikan darjah Dato dari Sultan Sibilis tempoh hari)



Gambaran Latihan Yang Akan Dijalani Oleh Pelatih-pelatih NS Tersebut

Kontrak ini berjaya diperolehi setelah Dato' Tuan Laxamana berjaya meyakinkan Pihak Sipura-pura bahawa pertempuran dalam ladang jagung adalah satu ilmu peperangan penting dalam silabus pertahanan pakcik mereka Uncle Sam seperti yang mereka alami dalam peperangan Antietam. "Kerana begitu taksub dengan kebolehan peperangan Uncle Sam, pihak pemerintahan mereka tanpa berfikir panjang telah bersetuju menerima saranan kami agar pelatih-pelatih NS mereka dihantar untuk berlatih di ladang-ladang jagung kami. Kami pun apa lagilah, terus sign kontrak 50 tahun dengan pihak mereka agar dapat menjamin bekalan buruh paksa...eh bukan buruh percuma. Tapi yang mereka tak tahu, silabus peperangan mereka ini sebenarnya melibatkan mereka menuai hasil-hasil jagung kami yang boleh digunakan untuk menjadi peluru-peluru pelbagai kaliber, jadi kami pada hujung tuaian kasilah mereka berlatih dengan jagung-jagung reject yang ada sebagai memenuhi syarat latihan" dengan sinis Dato' Tuan Laxamana menerangkan bagaimana kontrak itu diperolehi. "Yalah kat pulau mereka mana nak jumpa ladang jagung pun".


Gambaran Sebenar Pelatih-pelatih NS mengerjakan ladang

Kerana kontrak ini berkuatkuasa serta-merta, kontijen pertama diketuai LT-Korporal Tankie Komando (NS) Debmey telah dikerahkan bertugas membersihkan dan menuai ladang-ladang jagung syarikat yang terletak di negeri Perlis. Pengerusi Syarikat Tansri Mat Toro juga bercadang meluaskan lagi empayar ladang jagungnya supaya dia dapat melipat-gandakan keuntungan syarikat kerana terjaminnya bekalan buruh paksa untuk mengerjakan ladang-ladang tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

pakcik....mcm tu ke cara menjagung....?..mcm lain jek....hikhikhik.....

mumuchi said...

well itu cara orang sana menjagung hehx3