Tuesday, February 13, 2007

JP Inc Taja Porem Pertahanan Eksklusip

Kak Tim Projek Khas hari ini dengan bongkaknya mengumumkan bahawa tapak porem eksklusif militari kelolaannya, Tempur Satria (bukan Satria Neo tau) telah berjaya mendapat tajaan JP Inc untuk membiayai perjalanan porem tersebut. Maka dengan itu setiap posting didalam porem tersebut perlulah diakhiri dengan ayat “Barangan Jerung Perkasa Inc adalah hebat” sebagai timbal balas bagi tajaan tersebut. “Tak usah risau” ujar Kak Tim, “ayat itu akan keluar dengan secara otomatik, jadi kalau pun peserta porem tak bersependapat sedemikian, dia tiada pilihan tetapi menyatakan kenyataan tersebut dalam setiap posting beliau”.

Menyentuh tentang sejarah porem Tempur Satria tersebut, Kak Tim mengatakan yang porem ini mula-mulanya bermula dengan perbincangan chat sesama peminat militari secara terbuka dan telus, tetapi setelah beberapa lama, pengasas chat site itu seorang bekas polis yang comel tetapi gagal kursus komando polis (sehinggakan sekarang ini dia perasan dia pakar pasukan khas) merasakan perbincangan itu perlu dilakukan di dalam sebuah porem eksklusip seperti Tempur Satria. Yalah porem-porem itu telah berjaya menarik penyertaan mereka yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pertahanan seperti bekas AW jaga gas yang berpangkat tinggi, orang-orang awam yang tinggi pengetahuan pertahanan bergelar jeneral kerusi malas yang mengalahkan ilmu pengetahuan anggota tentera itu sendiri dan pakar penulisan majalah pertahanan negara. “Kerana perbincangan telah melibatkan isu-isu pertahanan bersumberkan maklumat-maklumat eksklusip pihak pertahanan, kami merasakan ia sekarang perlu dilakukan dalam porem tertutup. Yalah porem ini juga mendapat perhatian pihak tertinggi pertahanan sehinggakan banyak saranan-saranan kami kemukakan telah dilaksanakan oleh pihak berwajib. Kami yakin itu semua kerana saranan kami, kerana pada pendapat kami anggota-anggota mereka sendiri tidak dapat membuahkan pemikiran sebegitu bernas. Itu pasal kami selalu komplen tentang apa saja berita pertahanan keluar berita, terutama isu pembuatan kapal atau lain peralatan pertahanan di dalam negeri, kerana kami yakin pisang bukan saja berbuah dua kali tapi berkali-kali. Yalah kami tidak mendapat peluang sedemikian untuk kaya tujuh keturunan tak habis makan, jadi kami bangkang sebarang projek yang memungkinkan anak tempatan mendapat tempat sara hidup atas perlaksanaan projek-projek sedemikian. Kami sokong cara pembelian yang memungkinkan syarikat seperti Jerung Perkasa untung atas angin seperti menjual barang-barang ‘pre-use’ kerana kami rasakan lebih efektif fasal telah terbukti penggunaannya setelah diguna dulu oleh orang lain” Kak Tim dengan panjang lebarnya membebel kepada hadirin.

Kerana porem ini sekarang menjadi porem eksklusip, penyertaan hanya dibenarkan setelah memberi nombor IC, nombor batmen, nombor ekor dan data-data peribadi (bagi pihak wanita, data-data peribody seperti Cup saiz berapa, dara ke janda dll juga perlu disertakan). Pihak porem berhak mengumpul maklumat-maklumat peribadi melebihi JPN tau. Peserta porem juga perlu menjalani ujian GSR (kalau tak tahu amende ni, memang tak layak le) untuk memastikan yang bakal peserta pernah menembak (walaupun dia itu perompak atau penjenayah lain) kerana kalau tidak perbincangan tidak rancak kerana peserta-peserta mungkin jadi ahli pintu aja, tak masuk pun perbincangan. Di samping itu, peserta juga diingatkan bahawa apa sahaja yang diperkatakan oleh otai-otai porem mesti diambil sebagai kebenaran hakiki atau cakap orang putih gospel truth, kalau tidak peserta akan dikenakan tindakan disiplin termasuk buang keahlian. “Ala cakap nak jadi orang militari, jadi mana boleh sangkal dakwaan orang atasan, pernah dengar ke anggota ATM melanggar perintah orang atasan, jadi dalam porem ini pun kena la sama. Cakap nak jadi orang militer,berporem pun mestiler ikut martial law. Editor buku sekolah yang pernah jadi ahli pun kami buang keahliannya tahu.” tiba-tiba sampuk pengasas porem Tempur Satria dengan muka tak malunya. "Eh!Eh!..kalau tangkap gambar tu, bila siarkan pastikan muka saya di'matriks'kan bila disiarkan ya, saya ni kan pasukan khas yang selalu berkampung" ujarnya kepada jurugambar-jurugambar yang sebenarnya sedang memfokus kamera kepada alur lurah dendam Kak Tim yang sedang tersembul keluar kerana terlalu teruja dapat berucap dalam sidang akhbar sulungnya itu.


Photobucket - Video and Image Hosting
Lurah Dendam Kak Tim Yang Menjadi Tumpuan Jurugambar

Bila Tansri MT ditanya kenapa tiba-tiba syarikat JP yang terkenal dengan kedekut dan kemutnya nak sponsor apa-apa tiba-tiba bermurah hati menaja porem eksklusip ini, Tansri menjawap “ Kami tak kisahlah kononnya porem itu mendapat perhatian pihak atasan, yang penting bagi kami porem ni ada ahli cewek-cewek bagus yang data mereka kami boleh perolehi untuk kepentingan kami, yalah kami dengar ada jugak yang dah berbini dua hasil mengurat dalam porem ni” ketawa Tansri sambil mengeyitkan mata.

No comments: