Friday, February 02, 2007

JP Research Buat Kajian Jagung Pelbagai Guna

Diilhamkan oleh saranan Advisor JP Inc YBhg Tuan Laxamana sebagai peluang tambahan perniagaaan JP Inc, Sir Datuk Dr Alphawolf telah memberikan satu intipan terhadap kajian terbaru JP Research iaitu jagung pelbagai guna. Dr Alpha mengatakan fungsi utama jagung2 ni ialah sebagai peluru tambahan kepada askar-askar disamping boleh juga digunakan sebagai ration kecemasan sekiranya bekalan tidak dapat sampai ke medan ketika berlakunya peperangan.
Kaliber-kaliber jagung yang dikaji
JP Research sedang mengkaji kaliber jagung yang sesuai untuk digunakan sebagai peluru/bom tambahan di samping mencari jenis mana yang sesuai untuk dijadikan juga sebagai bubur jagung, roti jagung maupun nasi jagung dalam dapur medan. Tuan Laxamana juga bertindak sebagai penasihat rasa agar setanding dengan rasa makanan utara agar pelanggan kami berpuas hati. Malangnya benih jagung yang disumbang oleh seorang bujang terlajak dari Ipoh telah direject oleh Tuan Laxamana kerana katanya hasilnya tak cukup panjang atau gemuk, walaupun dari nama penyumbang itu kononnya hasilnya adalah sedemikian. Tapi nama penyumbang itu diminta menjadi rahsia kerajaan so pandai-pandaila teka-teka sendiri ya.
Di samping itu, beliau juga memberikan tips2 membuat kajian bagaimana jagung ini boleh digunakan sebagai umpan ikan oleh tentera laut kita jika diaorang dah boring dengan ration yang ada atas kapal, sesuai dengan kemahiran ilmu berpancing yang beliau miliki. "Garenti dapat paling kurang kerapu maupun jerung, silap-silap Godzilla pun terpikat" kata Tuan Laxamana. Di samping itu, lain-lain kegunaan yang dikaji adalah sebagai bomblets yang boleh ditembak melalui meriam ataupun digugurkan dari pesawat. "Sebenarnya banyak lagi kemudahan yang kami sedang kaji, tapi kalau cerita semua ada pulak binawe macam si Soros tu buat spekulasi pasaran jagung nanti, susahla kami nak cari makan!" terang Dr. Alphawolf.
Jagung yang sesuai dijadikan bomblets apabila dipasang alat tambahan di bahagian bontot
TanSri MT juga menambah kalau pun jagung-jagung ini tidak diterima masuk kedalam perkhidmatan, JP Inc bercadang membuka rangkaian franchise jagung manis di seluruh kem-kem tentera maupun gedung2 perniagaan kerana mengikut kajian kami, ramai orang suka menjagung maupun dijagung. "Susah-susah sangat, kami sedia jadi pembekal peralatan props untuk JP Movie productions ataupun lain-lain pengusaha wayang yang serupa di dunia ini. Kalau ada mana-mana health center yang berminat pun, kami boleh bekal" kata TanSri dengan senyum miangnya. Ikuti perkembangan lanjut di dalam Majalah Tak Tahan di masa hadapan.

No comments: