Monday, February 05, 2007

Sepetang bersama Datuk Tin

Berikut adalah transkrip temuramah bersama Datuk Tin di Kedai 4D Haram Uncle Wong Jalan Sentul;

Tak Tahan: Allo Datuk Tin!! Whasszzuup Datuk?!

Datuk Tin: Whassszzuuuppp!!

Tak Tahan: Apa Datuk buat kat sini Datuk?

Datuk Tin: Errr... jumpa kawan2 lama... sembang2 pelaburan... hehehehe...(tersenyum malu)

Tak Tahan: Saya wartawan dari majalah Tak Tahan nak menemubual Datuk kejap buleh tak?

Datuk Tin: Errr... be quick, I'm famous...

Tak Tahan: Datuk Tin, kami difahamkan bahawa Datuk kini dilamun cinta dengan seorang bernama Kak Tim-tim. Betul ke? Dan kalau betul sejauh manakah perhubungan ini?

Datuk Tin: Aiseh, ni musti Agony Auntie Yipun yg bocorkan cerita nihh... beginilah, buat masa sekarang saya tak mau komen apa-apa... tapi saya memang mengenali seorang jelitawan bernama Kak Tim-tim. Memang saya amat intim dengannya dan berharap untuk mengambilnya sebagai isteri saya. Walaupun telah terlanjur beberapa kali dengannya saya masih can't get enough. Bagaimanapun kita berusaha, takdir menentukan (sejurus lepas ini Datuk Tin terus menyanyikan lagu "November Rain" dengan jiwang karat sekali)

Tak Tahan: Aik? Tadi kata tak mau cakap apa-apa tapi banyak pulak cakap lepas tuh. Errr... Datuk ada tak mendengar khabar angin mengenai Kak Tim-tim baru-baru ni??

Datuk Tin: Khabar angin apa?

Tak Tahan: Err.. takde apa-apa la... Datuk perasan tak suara Kak Tim-tim tu agak garau??

Datuk Tin: Ya, saya pernah bertanya kepadanya & rupanya dia pernah kecewa dalam cinta dan cuba membunuh diri dengan meminum racun rumpai. Nyawanya diselamatkan doktor tetapi suaranya takkan pulih. Malah racun tu merosakkan rahimnya sampai dia tak buleh mengandung. Saya terharu dengan ketulusan cintanya maka itu saya yakin dia akan menjadi isteri yang solehah.

Tak Tahan: Hmmm... kalau camtu jangan lupa buat pemeriksaan HIV ye Datuk...

Datuk Tin: Apa maksud lu??

Tak Tahan: Errr... takde apa la... nak blah dulu ye Datuk... takziah eh... tahniah Datuk!! Ciao babeh!!

Datuk Tin: Ciao!!

No comments: