Monday, February 05, 2007

JP Inc melaporkan kerugian kepada LHDN

Akauntan JP Inc En Mokk hari ini menyerahkan laporan kerugian sebanyak RM200 bilion kepada pihak LHDN bagi tahun 2006. Perkara ini mengejutkan ramai pihak yang mana diketahui ramai bahawa JP Inc telah menyapu semua tender dan kontrak kerajaan Malaysia, Venezuela, Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, Jerman dan sebahagian besar kontrak pertahanan Amerika Syarikat selain beberapa lagi tender Uncle Wong 4D Jalan Sentul. En Mokk menerangkan bahawa kerugian ini biasa kerana syarikat besar seperti JP Inc menanggung banyak kredit bagi pihak kerajaan kerana kelewatan kerajaan membayar nilai kontrak sedemikian. Oleh itu akaun JP Inc sentiasa kosong malahan negatif lagi. En Mokk menerangkan "PM kita dah sound dah depa nih suruh bayar cepat. Ye lah, memang kita lambat keluar invoice & lambat sediakan dokumen berkaitan tapi PM tak suruh kitorang cepat, PM suruh badan kerajaan ni yang cepat!!".

Dalam majlis yang berlainan Pengarah Perhubungan Awam & Perhubungan Kelamin JP Inc iaitu Cik Pun sedang giat menarik pelabur dan tender dalam projek-projek JP Inc tahun 2007. "Kita telah mencatatkan keuntungan USD1,749 bilion pada tahun 2007 sahaja dan ini membuktikan kekuatan JP Inc dalam menjalankan projek di dalam bilik tidur... ehhh silap, di dalam negara dan luar negara. Kenyataan En Mokk tentang kerugian tuh tuan-tuan tak perlu risau. Itu hanyalah bagi tujuan income tax sahaja. Realitinya kami untung besaarrr!!! Huahahahaa!!!". Ditanya lagi mengenai syarat dan kenaikan tol laluan laut yang mendadak baru-baru ini bagi penyelenggaraan laluan laut di Selat Melaka Cik Pun menerangkan "Ikut suka kitorang la nak naik ke idak. Tak mau kalu lu orang lalu la perairan yang Bajak Laut Fleet tak jaga. Kena rompak gua tak tau... itu kandungan konsesi bak kata Datuk Siti 'biarlah rahsia...' muahahahaha!!".

No comments: