Friday, February 23, 2007

Hari Media Bersama BL Fleet

Baru-baru ni BL Fleet telah membuat hari media untuk penerbitan-penerbitan tempatan bersempena "Hari Membodek". Wartawan-wartawan dari platoon P berduyun-duyun datang terutama dari golongan jantan kerana GM PR Datu Yipun telah menjanjikan suatu acara istemewa di akhir lawatan. Setibanya di pelabuhan rahsia BL fleet, hadirin telah dijamukan dengan air sirap dahulu dan sedikit kuih-muih. (Apalah seorang wartawan tu, minum air sirap macam tak pernah jumpa, malulah sikit woi, konon duduk sebelah awek cun, tapi adab takde jaga ke).


Jamuan Air Sirap. Wartawan gelojoh sirap dah kena tinggal sorang-sorang.

Kemudian hadirin dibawa menaiki kapal-kapal destroyer dan OPV yang berkhidmat dalam BJ Fleet termasuklah pesawat helikopter yang dioperasikan dari geladak kapal. Tapi wartawan tu jugaklah yang buat lawak kemudiannya bila dia cakap CIC kapal ada kat helikopter tu, tak taulah bila dah balik apa dia akan tulis dalam penerbitannya. Majlis kemudiannya digemparkan seketika apabila seorang hadirin digempur oleh pasukan escort dekat BJF kerana tidak mempunyai press card maupun kad jemputan. Dia menjelaskan yang dia sebenarnya gigolo Kak Tim dari porem eksklusip Tempur Satria kerana Kak Tim telah menjanjikan kepada ahli-ahli porem yang porem tersebut adalah satu-satunya porem yang membolehkan seorang awam dari kalangan ahli porem menghadiri acara-acara pertahanan sebegini. Malangnya selepas dia menaiki kenderaan, Kak Tim tiba-tiba mengatakan dia sakit perut terminum sirap terlampau banyak dan turun meninggalkan dia seorang meneruskan perjalanan. Bila sampai dia pun join makan-makan kerana lapar tapi dia tidak menyangkakan yang dia akan ditahan kerana tidak ada akreditasi ataupun jemputan. Tetapi ketua sekuriti kami Mr. Emmef tak tangkap port pun dengan alasan tersebut dan kali terakhir kami dengar mamat ni dah walk the plank dah.

Antara kapal-kapal dilawati media

Di hujung majlis, semua hadirin terutamanya yang jantan tertunggu-tunggu acara pentas yang diadakan di atas landasan KJP Rita Rudaini kerana khabar angin bertiup seperti taufan yang Datu Yipun akan mengadakan persembahan ala-ala Rose Chan. Tetapi alangkah hampanya mereka apabila sebenarnya Tansri Mat Toro sendiri telah keluar membuat persembahan chippendales sambil menyanyikan lagu "I'm too sexy for my shirt". Nasib baiklah hujan lebat telah tiba-tiba turun menyebabkan acara dibatalkan kalau tidak mau pentas roboh kena baling dengan limau tahun baru cina yang disediakan berkotak-kotak di bawah pentas.

Selepas itu Platoon P pun dihantar pulang dengan dibekalkan cenderamata saki-baki hadiah Valentine yang tak dapat dijual. (JP Inc kan kedekut, mana mau kasi barang kena beli weh).

Nota Kaki : Mamat Gigolo Kak Tim yang ditangkap tu rupa-rupanya tidak disuruh walk the plank. Dia telah dikerah menjadi gembala kambing dan lembu si Emmef kerana dia nak jual untuk membiayai pembelian PDA baru ganti PDA third handnya yang pecah skrin.

2 comments:

Anonymous said...

Hampeh sungguh JP inc... langsung takde hadiah Anugerah Nasional Media@cabutan bertuah!!!

Aku pun nak anjurkan trip untuk org awam he he he

standupper

mumuchi said...

ala nantila...kami adakan jamuan makan malam bersama media pulak...baru boleh sediakan gro dan cabutan bertuah. Hadiah Utama, Free one month pass ke HC-HC naungan kami.