Monday, February 05, 2007

Agony Auntie Yipun

Surat pembaca hari ini datang dari Kak Tim-tim, Serdang, Selangor;

"Auntie Yip, saya seorang andartu pertengahan umur yang kini dilanda perasaan gelora yang tak pernah saya rasakan sebelum ini. Setelah bertemu seorang jejaka bernama Tin (bukan nama sebenar) saya mandi tak basah, makan tak kenyang, berak pun tak keluar... Hubungan kami amat intim dan saya sungguh bahagia di dalam pelukannya. Adakah ini yang dinamakan cinta?? Saya teringin sangat nak menjadi isteri mithali kepadanya tetapi saya menghadapi suatu dilema. Saya sebenarnya seorang lelaki sebelum 'lawatan' ke Thailand tahun lepas. Haruskah saya memberitahunya? Adakah dia akan menolak cinta saya?"

Auntie Yipun;

"Kak Tim-tim, I bersimpati dengan dilema akak. I turut bersimpati dengan Tin sekiranya hubungan you berdua seintim yang I fikirkan. Dalam hal ini I selalunya akan menghantar wartawan gosip majalah Tak Tahan untuk menyiasat. Tetapi sebelum itu I menasihatkan akak untuk melihat dulu kelakuan abang Tin. Adakah dia homophobic ataupun dia selalu melawat Taman Tasik Taiping diwaktu senja? Dari situ Kak Tim-tim pasti akan dapat membuat keputusan sama ada memberitahunya atau tidak. Maybe kejujuran itu penting dalam rumahtangga tapi orang kampung I kata 'what you don't know can't hurt you' maka mungkin ada baiknya you diamkan jer perkara ini. Lagipun statistik menunjukkan kebenaran itu punca keruntuhan rumahtangga bilamana 100% pasangan curang yang tak kantoi hidup bahagia berbanding 2% pasangan curang yang kantoi atau buat pengakuan ikhlas atau diugut membuat pengakuan ikhlas. A little white lie la katakan... tapi itu ikut you la. I tak kata I yang suruh... nanti apa-apa jadi you saman pulak I."




Surat pembaca ke-2 hari ini datang dari Farhan (bukan Farhan AF);

"Auntie Yipun, saya seorang jejaka lewat umur, bujang, belum insaf dan sedang giat stalking seorang aweks yang saya sendiri tak pernah jumpa sebab saya jumpa online jer. Tapi oleh kerana avatarnya saya terpesona. Walaupun telah berkali-kali saya memintanya untuk meniduri saya tapi dia tetap menolak. Saya tak tau kenapa? Saya telah war-warkan yang saya seorang playboy yang hensem, sexy, macho dan telah meniduri ramai aweks (realiti mungkin berbeza but nobody know that). Takkan itupun tak mencukupi untuk meyakinkannya yang saya bukan mati pucuk?? Dan lebih teruk lagi bila semakin tua saya menjadik semakin 'lembik' in the nether regions. Please help me, I don't wanna die a virgin...

Auntie Yipun;

Atuk Farhan, I memahami kehendak nafsu anda. Kalau dah desperate tu memang camtu la gayanyer. Yang I tak faham bagaimana atuk buleh perasan atuk nih playboy when a background check finds you to be a virgin well into your golden years?? Gini la tok... I cadangkan you melawat jer Jerung Happy Hours Club. Ada duit semua impian you akan jadik kenyataan.

P/S: Tan Sri MT, I dah bagi free iklan nih.... takkan takde komisyen?

1 comment:

Yip said...

Ahbeng lu Tan Sri, lu hack wa nya personal mail muahahahahah