Wednesday, February 14, 2007

JP Inc Untung Besar Jualan Istimewa Sempena Hari Valentine

Pihak Atasan JP Inc ketawa besar bila jualan istimewa mereka sempena Hari Valentine yang ulung sekali mendapat sambutan luar biasa dari pihak umum. Jualan yang dicetuskan dari pemerhatian bahawa banyak barangan yang kononnya dibeli untuk menjadi hadiah Hari Valentine secara automatik akan berlipat-ganda harganya. Maka tercetuslah idea untuk menawarkan hadiah-hadiah Hari Valentine yang unik terdiri daripada perkakas tentera lupus tempoh. "Biasanya kami terpaksa melupuskan barang-barang tersebut samada diletupkan di lapang sasar atau dihumban ke dalam laut. Tetapi setelah diteliti, baik kami kaut keuntungan dengan menjual barangan itu untuk dijadikan hadiah" kata Pengurus Besar Jualan Dato' J kepada wartawan Tak Tahan yang sedang mengumpul bahan laporan untuk edisi istimewa Hari Valentine.



Buah tangan yang menjadi rebutan ramai

Antara barang-barang popular ialah bom tangan, tali pengikat tawanan dan getah muncung laras senapang yang dipakej semula sebagai buah tangan, tali bondage(Ini Tansri punya idea) dan bom kondom. Kami dapati ramai pembeli membeli buah tangan untuk dihadiahkan kepada bekas kekasih masing-masing walaupun kami telah nyatakan bahawa ia dalam keadaan inert, tetapi kalau ada yang meletup juga pihak syarikat tidak bertanggungjawab atas kesan kepada penerima maupun pemberi hadiah.

Tali yang menjadi bahan jualan internet terlaris

Sementara tali pengikat tawanan menjadi bahan jualan tertinggi dari tapak internet kami mungkin kerana orang kita masih malu-malu tucen nak beli barangan sebegitu secara terang-terangan. Dan bagi jualan Point of Sale di kedai-kedai sepeti kedai mamak, kedai ubat maupun convenience stor, bom kondom menjadi barang jualan nombor satu sehinggakan syarikat jualan kondom lain mengalami rekod jualan terburuk mereka berbeza dengan Hari Valentine yang terdahulu di mana jualan kondom mereka melangit. Tetapi pihak syarikat juga ingin mengingatkan yang syarikat tidak bertanggungjawab jika berlakunya sebarang insiden 9 bulan dari sekarang maupun adanya transmisi STD akibat penggunaan kondom-kondom tersebut kerana mungkin tidak mengikut piawaian sebenar, yalah kegunaan asal untuk tujuan lain kan.

Pihak syarikat juga mengadakan lelongan temujanji (dibayar sepenuhnya oleh pembida) dengan ahli-ahli syarikat. Sukacita diumumkan bahawa Tansri Mat Toro telah mendapat bidaan tertinggi daripada Datin. Bila ditanya kenapa Datin sanggup menawarkan bidaan sebegitu tinggi, dia menjawab, "Tansri kamu ni pernah sangsi dengan kewanitaan saya. Dengan temujanji ini, saya akan buktikan siapa diri saya sebenar. Nantilah lepas dinner nanti, kita tengok siapa tunggang siapa." dengan senyum melirik.(Geli pulak Datuk J melihatnya waktu itu). Dengan perkembangan tidak diduga ini, pihak syarikat juga dengan dukacita mengumumkan bahawa hanya Bintang terbaru mereka Gemukkkkkk gagal mendapat sebarang bidaan yang sah kerana hanya seorang pembida, iaitu bapuk tua Ashna telah membida. Kerana polisi syarikat tidak menggalakkan perhubungan sejenis, bidaan itu terpaksa ditolak. Pihak syarikat merasakan yang Gemukkkkkk mungkin gagal mendapat bidaan kerana kelibat jagungnya telah terlepas gunting sensor dalam filem "Cinta Sponsor" menyebabkan orang-ramai tidak lagi berminat melangganinya. Entahlah kenapa.

Walaubagaimanapun kerana jualan kali ni amat beruntung sekali, pihak syarikat telah membuat keputusan untuk menjadikannya acara tahunan agar syarikat dapat terus untung besar sejajar dengan matlamat utama syarikat. Ha!Ha!Ha! kedengaran gelak-ketawa Tansri menuju ke banknya.

No comments: