Tuesday, March 27, 2007

BLF Terima Mobile Suit

Pasukan BLF akan menerima penghantaran pertama sebanyak 66000 mobile suit daripada syarikat misteri JFC Inc. Pada suatu lokasi rahsia di sekitar kawasan sepadan melaka-negeri sembilan, pemimpin utama JFC Inc dan BLF serta wakil daripada JP Inc dilihat memertai perjanjian jual beli pembekalan mobile suit ini. Wartawan daripada seluruh dunia telah dijemput ke lokasi ini di mana 52 jam sebelum itu mereka telah diblindfoldedkan dan dibawa menaiki pesawat, bot laju, sampan, kapal selam dan juga kereta lembu ke destinasi ini. 52 jam selepas itu barulah mereka diberi makan dan dibuka blindfold mereka. Upacara gilang gemilang yang menjadi saksi kepada sejarah teknologi pertahanan dunia.

Sebanyak 66000 unit mobile suit akan diserahkan kepada tentera BLF melalui kontrak bernilai trillion ringgit. Pada upacara ini, buat pertama kalinya perwakilan dan media dipertontonkan 2 unit mobile suit ini yang melangkah dengan penuh bergaya di depan perwakilan.

Model pertama dikenali sebagai GAT-203 Pedang Gila dan telah dipandu sendiri oleh CEO JFC Inc, Lt. Gen ® DewaGanaz. Model kedua MS dikenali sebagai RX-178-2 Pedang Sawan pula dipandu oleh Panglima pasukan khas JFC Inc., Silantra yang perkasa.

Perwakilan dilihat terpegun dan juga terpaku melihat aksi-aksi selama 20 minit yang dipertontonkan oleh kedua-dua mobile suit ini. Beberapa aksi pertempuran tanpa senjata dan bersenjata ditunjukkan buat pertama kalinya. Selepas acara ini semua hadirin dijemput menjamu selera.

Malangnya tiada sidang media rasmi diadakan. Ini adalah sebagai langkah keselamatan. Walaubagaiamanapun wartawan diberikan CD maklumat berkenaan mobile suit ini yang boleh diterbitkan. Tiada kamera dibenarkan dan pelbagai jenis alat perakam. Tahap keselamatan pada majlis ini memang amatlah ketat sekali.

Menurut Lt. Gen.(R ) DewaGanaz di dalam ucapan aluannya, teknologi ini adalah yang pertama dalam sejarah manusia. Ia merupakan idea asal BANDAI Japan yang memperkenalkan anime Gundam tetapi di dalam siri Gundam, mobile suit telah dapat dicipta pada tahun CE 1 iaitu 300000 tahun daripada sekarang. Malaysia menerusi JFC Inc telah mempunyai teknologi 300000 tahun lebih maju daripada mana-mana negara di dunia dan di angkasa lepas. Paras rupanya yang agak cute dan comel adalah untuk mengabari mata pihak lawan dan sebagai taktik. Lazimnya seorang tentera tidak tergamak untuk menembak lawan yang cute dan comel. Ini akan menghasilkan element of surprise yang termaksimum sekali. Taktik inilah yang akan digunakan bagi memaksimakan serangan. JFC Inc juga sedang membangunkan beberapa jenis mobile suit dalam masa ytang terdekat ini. Buat masa ini hanya dua jenis mobile suit yang telah diuji dan layak mendapat CF.

BLF akan dibekalkan dengan ribuan mobiel suit dalam rancangan 4 tahun dengan perbelanjaan trillion RM.

Berikut adalah data serba ringkas yang dibenarkan disiarkan oleh wartawan mengenai kedua-dua mobile suit ini.

GAT-102 Pedang Giler


Tinggi = 16.8 meter

Berat = 43.6 tan

Berat dengan kelengkapan = 90 tan

Generator = 25405 W

Perisai = Phase Armour

Persenjataan = MMI-GAU2 Picus 76mm CIWS x 2
M100 Balaena plasma beam cannon x 2
MMI-M15 Xiphias railgun x 2
MA-M01 Lacerta beam saber x 2
MA-M20 Lupus beam rifle

RX-78-2 Pedang Sawan


Tinggi = 16.4 meter

Berat = 32 ton

Berat penuh dengan ammo = 72 ton

Generator = 23450 W

Perisai = Luna Titanium alloy

Persenjataan = 2 x 80mm Vulcan Cannon

2 x pedang cahaya

2 x CFT-102riffle lazer automatik

1 x Pengetuk Besi

Dengan perolehan mobile suit ini, tentera BLF merupakan tentera pertama di dunia dibekalkan dengan teknologi persenjataan ini dan menjadi pasukan terkuat di bumi ini. Pasukan khas DG-RDT juga dilengkapi dengan beberapa buah mobile suit jenis ini dan juga jenis prototaip untuk menjaga pengkalan rahsia, ibu pejabat dan juga kilang penghasilan mobile suit ini.



2 comments:

mumuchi said...

Cun DG...idea ko dah semakin menjadi..kasi takut itu olang sipura2...

Anonymous said...

Pelbuatan Dewa Ganaz akan menimbulkan pel-lumbaan sen-jata di lantau ASE-yAN, haiya!

Officer Cadet Trainee Siao Phuck Eu,
Officer Cadet School,
SAFTI, Singapork