Monday, March 12, 2007

Kejayaan BLF di Lautan Hindi Meningkatkan Jualan Produk JP Inc.

Berikutan pertempuran hebat antara BLF dengan USN 7th Carrier group yang berlaku baru-baru ini beberapa negara telah mula menunjukkan minat terhadap produk keluaran JP Inc. Produk JP Inc yang selama ini mendapat kritikan kerana konsepnya yang pelik dan lain dari mainstream telah dibuktikan kehebatannya dalam pertempuran tersebut. Beberapa penganalisis pertahanan sebelum ini yang mengutuk produk JP Inc terpaksa meletak jawatan dan tak kurang juga yang membunuh diri akibat kredibiliti mereka yang akhirnya hancur. Sehubungan dengan itu pihak JP Inc telah menganjurkan pertunjukan produk pertahanan JP Inc yang di beri nama "The JP Inc International Big Ass Gun Show" di pusat lelong Pasar Malam Segambut.

Wartawan pelatih kami yang akhirnya dibebaskan dari Kem Latihan Perisikan & Penyusupan JP Adventure di Pyongyang sempat menemubual Tan Sri MT mengenai perkara tersebut. Beliau mendapati yang pertempuran tersebut adalah rancangan pemasaran JP Inc yang mana khabar angin yang mengatakan Laksmana Datuk J sengaja menembak mati gayboy kepten kapal USS Ronald McDonald adalah benar. "Ini bagi menimbulkan kemarahan kepten kapal tersebut untuk menyerang BLF. Sebelum ini mereka tidak membalas perbuatan BLF kerana takut & segan dengan kemampuan BLF. Tetapi hasil risikan JP Inc yang menghantar GRO kepada kepten tersebut mengesahkan dia gay bila dia langsung tak layan GRO yang kami hantar tu. Maka sebuah pelan tindakan diambil untuk menembak mati gayboy simpanan kepten tersebut bagi mambangkitkan kemarahan mendiang kepten sehingga bertindak bodoh menyerang BLF". Wartawan pelatih cute tersebut juga sempat mendapatkan maklumat perancangan akan datang JP Inc, "Oleh sebab jualan manyak bagus & saya manyak untung saya merancang untuk menyerang Pearl Harbor bagi membuktikan kemampuan produk Amphibious Assault JP Inc," ujar Tan Sri MT dengan senyuman tamaknya.

Sejak kembalinya wartawan pelatih cute tersebut beberapa wartawan dan editor di syarikat wartawan pelatih cute tersebut bekerja yang pernah membuat laporan buruk mengenai Tan Sri MT dan JP Inc telah ditemui mati. Ada pihak menyatakan wartawan cute tersebut telah menjadik double agent kepada JP Intelligence Services di dunia kewartawanan. Pemilik syarikat berita beliau kelihatan pucat & kecut perut lantas tidak memberi sebarang komen. Saya pun taknak komen lagi huu huu... membahayakan kesihatan!!!

1 comment:

mat_toro said...

Wahai yg tak puas satu lubang,

Gua dari dulu lagi dah memang Qarun... sekarang nih Qarun pun jeles tgk kita... muahahahaha..

Yg Mendapat Banyak Lubang
Tan Sri MT