Tuesday, March 06, 2007

Gempa Bumi di Indonesia Melewatkan Projek & Meningkatkan Kos Projek JP Inc

Susulan gempa bumi yang melanda Indonesia baru-baru ini yang mana gegarannya turut dirasai di Malaysia, pihak JP Inc telah mengumumkan bahawa budget sebanyak RM839 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan sebelum ini untuk projek lebuhraya terowong 17 tingkat berserta longkang bawah tanahnya mungkin tidak akan mencukupi. Ini adalah disebabkan oleh kerosakan pada pembinaan projek tersebut yang diakibatkan oleh gempa bumi baru-baru ini. "Pihak kami menjangkakan kos pembinaan akan meningkat sebanyak RM127 juta lagi bagi membaiki kerosakan akibat gempa bumi tersebut", ujar Tan Sri MT dalam sdiang akhbar di Menara JP semalam. Bila ditanya mengapakah struktur pembinaan itu tidak dapat menahan gegaran gempa bumi tersebut beliau menjawab, "Sebab belum siap la tongong!!! Kalau dah siap gerenti power punya... lagi power dari power root!!".

Seorang wartawan dari media yang tidak sempat diketahui sempat bertanya adakah peningkatan kos ini disebabkan oleh ketamakan JP Inc yang mengambil kesempatan kejadian gempa bumi ini untuk mintak kos tambahan. Bagaimanapun wartawan tersebut serta merta diheret keluar oleh beberapa orang berpakaian seragam Bajak Laut Fleet sebelum kedengaran bunyi tembakan AK 101 di luar dewan persidangan. Setelah itu tiada lagi wartawan yang cukup bodoh nak tanya soalan lagi. Tan Sri MT mengakhiri persidangan tersebut dengan berkata "Pihak kami terbuka kepada semua soalan saudara saudari sekalian, sekiranya ada sebarang kemusykilan sila berhubung dengan Ketua Pembunuh Upahan Bajak Laut Fleet di tingkat 18 Menara JP ini".

No comments: