Friday, March 23, 2007

DewaGanaz Muncul Semula

Setelah hampir 2 tahun menghilangkan diri daripada dunia jenayah, Lt General Dewaganaz kini membuat kemunculan awam yang pertama. Ini sekaligus menggentarkan pihak lawan dan juga kawan.
Wartawan khas yang cun melecun mirip Jesica Alba telah diterbangkan khas ke Berlin oleh JP Inc untuk mewawancara beliau. Ikutlah wawancara ekslusip berikut antara Lt General (R) DewaGanaz dan wartawan majalah Tak Tahan yang mirip Jesica Alba, Cik Sri Ketat di sebuah lokasi rahsia di Berlin.

SK : Salam Tuan, lama tak dengar khabar..Untuk tujuan rekod, boleh saya tulis tuan sebagai Lt. General (R) DewaGanaz?
DG: w’salam. Saya sihat terima kasih..hehehe (sambil mengusyar Sri Ketat). Boleh saja tulis macam tu. R tu stand for retarded to retired ok??
SK: Di mana dan ke mana tuan menghilang selama ini? Ramai yang bertanya dan tertanya-tanya.
DG: Saya tidak menghilangkan diri pun dan saya juga tidak ke mana mana. Ada di Malaysia dan di kampung halaman di Berlin ni. Setiap 2 minggu saya pulang ke Berlin melawak sanak saudara dan juga awek-awek simpanan saya. Err awak dah berpunya ke??
SK: err..saya belum berpunya lagi (sambil tersipu-sipu malu..) Ok back to our bisness boleh tuan. Betulke tuan mengundurkan diri daripada dunia jenayah kerana tidak berpuas hati dengan beberapa pihak atau bebeberapa pihak tidak berpuas hati dengan tuan?
DG: Itu hanya spekulasi melulu tu. Saya tidak beranggapan begitu.
SK: Jadi apa yang berlaku sebenarnya?
DG: Sebenarnya pada penghujung tahun 2004 saya telah diberikan suatu tugasan baru yang yang RAHSIA dan lebih mencabar oleh Perdana Menteri dan tugasan ini menyebabkan saya terpaksa keluar negara sepanjang masa dan dengan ini saya tidak lagi boleh memberikan sepenuh komitmen kepada dunia jenayah. Saya juga telah diberikan arahan persaraan awal sebagai usaha untuk mengaburi penjenayah-penjenayah dan juga pasukan lain. Ada juga cadangan untuk memalsukan kematian saya di akhbar utama. Tetapi saya terpaksa menolak cadangan ini kerana bimbang anak bini serta saudara mara saya akan terkejut dan membuat kenduri arwah dan bacaan tahlil. Mereka semua tidak ada idea langsung tentang kerja rahsia saya kerana ia memang rahsia. Mereka hanya kenal saya sebagai seorang kerani di pejabat pos sahaja. Jadi pemalsuan kematian saya bukan idea yang bagus pada ketika itu. Setelah saya ‘dibersarakan’ oleh kerajaan maka tiada lah mereka mengetahui lagi aktiviti saya.
SK: Jadi ape sebenarnya tugasan rahsia ini?
DG: Tak boleh cakap. Biarlah rahsia
SK: Takde hint atau clue ke sikit tuan?? Mungkin pembaca dan penjenayah nak tahu.
DG: Nanti bila saya dah bersedia saya umumkan ye boleh tak??
SK: Hmm…nanti editor saya marah. Kasi ler sikit hint boleh tuan?
DG: [Off record] So what u have to offer me for this info?
SK: [ Off record] Nanti kita bincang dalam bilik saya ye tuan. Saya menginap di Hotel . Camne ok tak ? (sambil membuka blouse)
DG : Ok. Camnih..tugasan rahsia ini sebenarnya akan menjadi tak rahsia di dalam masa yang terdekat. Hint dia sikit je saya leh kasi. Dalam rancangan malaysia ke-9, kerajaan telah memperuntukan beberapa billion untuk military dan saya telah diamanahkan untuk menggunakan wang pembayar cukai ini untuk kegunaan tertentu. Saya tak boleh ulas lebih lanjut. Tunggu press conference rasmi, Saya akan menjemput awak nanti. Don’t worry.
SK: Ok tuan. Soalan lain dari saya. Kenapa tuan muncul semula secara tiba-tiba.?
DG : Kenapa salah ke? Hehehe..sebenarnya saya telah dipelawa beberapa kali oleh tampuk kepimpinan negara dan juga dari firma terkenal JP Inc untuk muncul kembali. Setelah mempertimbang beberapa faktor keselamatan, maka saya fikir masa sekarang adalah yang sesuai.
SK: Adaklah tuan bercadang untuk kembali aktif di dunia jenayah khasnya di negara MPSA??
DG : No comments.
SK: kasi ler komen tuan. Adakah tuan bercadang untuk merampas kepimpinan MPSA?
DG: Iss nko ni..aku geletek ketiak nko kang… Mana ada begitu. Saya selesa tengok MPSA tu sekarang so tidak perlu masuk campur. Sebab saya ade urusan lain dan nature of bussiness saya pon dah lain.
SK: Tuan dah jadi bussinessman ke??
DG: Adalah sikit. Saya ade syarikat . Nanti saya buat kenyataan rasmi ye. Don’t worry. Tapi saya masih active sebagai serviceman yang sedia menumpahkan darah bila-bila masa diperlukan.
SK: Syarikat apa nih?
DG: Syarikat ni nama dia JFC Inc. Saya tubuhkan masa belajar dulu bersama-sama bekas-bekas kekasih saya masa tu. Kalau tak salah pada tahun 1993 kot. Matlamat utama JFC Inc dulu adalah untuk menjadi penjual krepek, asam dan juga mee segera yang terkemuka dan termasyur di universiti saya. Memang saya hampir mencapai kejayaan masa tu apabila empayar asam dan mee segera saya mendominasi hampir ke semua universiti tetapi telah dihalang oleh Haron Jemaen Enterprise yang menggunakan taktik kotor menyebabkan bisnes JFC Inc kecundang pada tahun 1998. Tetapi syarikat ini terus membuat R&D ke arah lain dan membuat beberapa penemuan tertentu. Ini menyebabkan banyak syarikat antarabangsa berminat dengan JFC Inc kerana kejayaan awal dan juga kerana penghasilan beberapa teknologi yang canggih. Bill Gates pernah tawarkan 80% saham microsoft kepada saya untuk menjual teknologi kepada amerika tetapi saya tolak.
SK: La..kenapa tolak rezeki?
DG: Saya tak tolak bulat-bulat begitu. Saya lebih percaya kepada industri tempatan dan anak2 malaysia. Sebab tu saya tidak mahu jual teknologi kepada pihak asing. Jadi sekarang JFc Inc. boleh lah dikatakan berjaya. Saya akan mengumumkan nanti ape kan produk kami dan kami juga telah berjaya mendapatkan kontrak tetap pertahanan negara.
SK: Nampak macam best. Bila agaknya tuan nak umumkan ?
DG: Tunggu dan lihat. Kabinet belum putuskan lagi.
SK: Ok terima kasih tuan kerana temu ramah ini.
DG: Sama-sama. Ada apa-apa lagi yang nak tanya?
SK: Ada satu. Bila tuan nak jemput saya minum air ni..dah lama saya tunggu tuan pelawa..
DG: Ok jom minum.[off record] Then head to your room ok.

2 comments:

Anonymous said...

yeayyyyy DG in d house




err Ahkak buat air kat Menara tetiba excited lak

DewaGanaz said...

nih Ahkak mana plak nih? sorry lama x menceburi dunia jenayah.... Menara tinjau??