Friday, March 02, 2007

Forum Tempur Satria Taja Rombongan Ke Bukit Tenang

Baru-baru Forum Tempur Satria telah menaja rombongan Ahli Kelab Buggers Sekolah Kebangsaan Gempur Wira yang juga ahli-ahli forum ini melawat rumah pasung bukit tenang berhampiran sini. Presidente dan Pengasas Kelab, Adik Sharul Nizam menerangkan tujuan kelab membuat lawatan ke rumah pasung penuh lagenda itu ialah ingin melihat sendiri kebenaran kenyataan-kenyataan yang dikaitkan dengan rumah pasung itu. Antara kenyataan-kenyatan ini adalah seperti seseorang yang pergi ke situ dengan baluchi-baluchi mereka boleh 'settle' apa-apa masalah bila rasa tercabar, dapat membuatkan seseorang faham erti 'respect' dan paling penting bagi budak-budak lelaki macam kami, dapat membuktikan kami anak jantan. Kerana ahli-ahli kelab eksklusif ini juga adalah kaki-kaki buli sekolah ini, maka amat perlu bagi kami membuat lawatan ini, apa dia orang putih cakap, pilgrimage ke apa,( maaf ya, kami budak sekolah lagi) agar kami dapat mengecapi semua itu dengan petah adik S.N bercakap.

Antara tempat-tempat dilawati di bukit tenang adalah Simpang Tunggu dan Tepi Pagar. Kak Tim kemudian menyampuk dengan menerangkan bahawa forum Tempur Satria menaja rombongan kelab itu adalah agar dapat membentuk dan mengekalkan minda budak-budak sekolah sebegitu bahawa semua masalah di dunia ini boleh diselesaikan dengan hanya mencabar untuk berjumpa di mana-mana rumah pasung seperti bukit tenang, ataupun di belakang mati maupun dalam forum sebegini.Lagipun tajaan lawatan seperti ini adalah satu daripada khasiat keistimewaan menjadi ahli forum Tempur Satria, terutama bagi ahli-ahli yang kuat mengampu dan mengiyakan apa sahaja yang dilakukan oleh otai-otai forum. Yalah otai-otai forum tidak tertakluk kepada peraturan-peraturan forum yang hanya digunapakai untuk ahli-ahli hingusan yang lain. Kak Tim kemudian berkempen kepada semua kaki-kaki buli samada budak sekolah maupun lepasan sekolah, jadilah ahli forum ekskusif Tempur Satria, macam-macam ada!

4 comments:

Yip said...

kuang kuang kuang, boss jom jupe wa kat tepi pagar tu.... wa nak amik pic pose kat tepi tu.....


yg gelak x abis
Yippeee :)

mumuchi said...

lu jangan..nanti ahli kelab tunjuk diaorang anak jantan karang.buggers tu.

Anonymous said...

Bro!! Kat Bukit Tenang macam-macam adaaa!!!

Kalau setakat budak2 berhingus lawatan pertama mesti kat luar pagar tuh jer.. kaunter bayar saman!! pegi soal siasat anggota bertugas prosedur bayar dan diskaun kesalahan bawa kenderaan tanpa lesen ke sekolah he he he

Dari layan Bukit Tenang baik layan Sup tulang kat gerai depan tuh... tak pun layan roti bakar kat Tangling... Pak Din Ikan Bakar Tangling Bukit Tenang pun bukak gerai hujung minggu!

Anonymous said...

good forum buddy keep it up. [url=http://uxywluggage.co.cc/kipling-adara-medium-tote-bag-camp-connell.html]kipling adara medium tote bag[/url]