Wednesday, March 21, 2007

Lawatan ke Sempadan Dengan Helikopter Stealth


Pihak JP Inc membuat field trip ke sempadan negara baru-baru ini menggunakan pesawat eksekutif rampasan terbaru mereka di samping menguji helikopter stealth terbaru keluaran JP Aerospace bercirikan teknologi KAKT (Kejap Ada Kejap Takde)... helikopter stealth terbaru ini dinamakan Ju-On MkII kerana musuh yg ternampaknya pasti akan mati keras. Gambar di sebelah menunjukkan helikopter stealth Ju-On MkII sedang mendarat di Lapangan Terbang Bangkok. Walaubagaimanapun memang tak nampak helikopter Ju-On MkII tersebut sebab al-maklum je la... nama pun stealth. Mana nak nampak beb. Ju-On MkII terbukti bukan sahaja memiliki keupayaan stealth pada radar malahan stealth pada mata kasar & inframerah juga bila dia mendarat & berlepas dari Lapangan Terbang Bangkok tanpa perlu membayar untuk landing sebab takde sapa perasan helikopter tuh parking baik punya kat tepi bangunan terminal.



Gambar disebelah menunjukkan kakitangan JP Inc yang sedang membuat lawatan ke sempadan negara beramas mesra dengan penduduk tempatan. "Cilakak punya Tan Sri MT!! Gua mati-mati ingat sempadan tuh maknanya pi lawat aquarium miew-miew ka, kelab go-go ka... ni sempadan betul nih!!" kata seorang peserta lawatan yang hanya ingin dikenali sebagai Abang J. Antara agenda lawatan termasuklah menggali perigi untuk penduduk kampung dan mengail ikan di Sg Golok bersama penduduk kampung. Ini sebahagian dari aktiviti mesra rakyat anjuran JP Inc. Pada malam harinya tahlil diadakan bagi memberkati usaha JP Inc di kampung tersebut sebelum diikuti dengan pertandingan sabung ayam (ceh! alim taik kucing!!). Bagaimanapun ahli rombongan tidak pulang dengan tangan kosong bila mereka menjemput diri sendiri untuk melanun ladang durian Siam di kampung tersebut pada subuh keesokan hari sebelum melarikan diri sebelum orang kampung bangun pagi dengan pesawat eksekutif rampasan baru JP Inc.


Tan Sri MT pula telah tersesat semasa menuju ke tempat rombongan JP inc yang lain akibat kerosakan kompas air (yang dapat free dengan coklat Ding Dang tuhh) helikopter stealth Ju-On MkII dan akhirnya mendarat di Paris, France lantas menyertai pula aktiviti keramaian JP Inc International cawangan France yang bergumbira dengan lawatan mengejut Tan Sri MT ke pejabat mereka. Tan Sri MT sungguh terharu dengan sambutan hangat kuli omputih beliau dan terus meluangkan masa seminggu bersama mereka di Kelab Le Pussy Cat. Beliau yang jelas gembira berada di sana sampai meleleh-leleh air liur melihat sambutan oleh aweks French di sana berjanji akan melawat lagi kuli omputeh beliau di France tetapi terpaksa bertolak ke sempadan negara kerana kena ikut program JP Inc Malaysia... nanti kuli kat sana komplen pulak...



Bagaimanapun helikopter stealth Ju-On MkII mengalami kehabisan bateri dan terpaksa bersidai mengumpul tenaga solar selama seminggu lagi di sempadan Jerman. Mujurlah pihak tentera Jerman yang berhutang budi dan body kepada Tan Sri kerana melatih agen perisik wanita mereka berbesar hati memberi Tan Sri MT menumpang di berek bujang wanita mereka di sempadan Jerman. Gambar di sebelah menunjukkan room mate Tan Sri MT sedang membantu melipatkan pakaian Tan Sri MT setelah beramas mesra semalaman dan pakaian tersepah merata bilik. Tan Sri MT sempat menunjukkan kehebatan Ju-On MkII kepada tentera Jerman sebelum berlepas pulang ke tanah air dan sehingga kini pihak tentera Jerman sedang mencari budget untuk membeli Ju-On MkII. Tan Sri MT turut menawarkan module ECM "Ring O" kepada tentera Jerman yang mana terbukti operator radar yang di flash dengan Ring O pasti mati dalam masa 7 hari.

4 comments:

Anonymous said...

apesal masa singgah german tu tak bagitau...kalau tak leh deploy awek2 yahudi yang masih dalam simpanan aku.. U-boat aku dah lama tunggu nak muncul dalam aksi nih..harap dimasa hadapan BLF dapat but join latihan ngan wa punya RDT kat sini...

mat_toro said...

Gua "tersesat" la... heheheheheh...

mat_toro said...

Wahai Encik Dewaganaz,

Pihak BLF berbesar hati manjalankan latihan bersama dengan pihak tuan sekiranya tuan tak kisah menghantar aweks yahudi tuan untuk... ehem... "social exchange"... bersama krew armada BLF. Pihak kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan aweks ke kapal-kapal kami. hehehehehe (gelak gatal stail perogol bersiri).

Yang teramat seksi,

Tan Sri MT

DewaGanaz said...

haiya....biler ler nak ok nih...4-5 jam aku lepak sini nak kasi boleh post..

MT, awek2 yahudi tu sume akan dibekalkan bersama-sama kontrak pembelian MS baru..