Monday, March 12, 2007

JP Inc Membuat Perjanjian Damai dengan Amerika Syarikat

Berikutan kejayaan BLF membajak kepulauan Hawaii dan memusnahkan Pelabuahan USN Pearl Harbor pihak Amerika Syarikat telah menghantar utusan kepada Tan Sri MT dengan rombongan aweks Hollywood dan superstar industri porno Amerika sebagai ufti bagi memohon perdamaian dan menghentikan serangan lebih lanjut BLF ke atas benua Amerika. Presiden Amerika sebelum ini mengugut melancarkan serangan nuklear ke atas Pulau Mutiara Hitam iaitu markas BLF di lautan Pasifik. Bagaimanapun beliau menarik balik ugutan tersebut setelah menjumpai hadiah 16 beg berisi remote activated mini-nuke device dalam almari baju beliau dengan kad raya Happy Hanukkah bertandatangan oleh Tan Sri MT sendiri.

Tan Sri MT dengan riak dan gelojohnya menerima ufti tersebut dan dengan angkuhnya memerintah utusan tersebut mengarahkan pihak Amerika men'divert' ufti yang mereka bayar kepada Israel selama ini ke akaun Tan Sri MT. Armada perang BLF dilaporkan berundur dari pantai California setelah mengangkut beberapa aweks bikini dari sana sebagai menghormati perjanjian damai tersebut tetapi mengekalkan kedudukan 150 Nm dari pantai Miami. Beberapa kapal selam pengintip BLF juga sering kelihatan mengintip "nudist beach colony" atau lebih dikenali sebagai pantai bogel dalam bahasa Banjar.

Dalam perkara lain Tan Sri MT hari ini mengumumkan beliau bangga dengan prestasi BLF yang telah membuktikan Malaysia Boleh... tak kisahla kalau Malaysia Boleh jadik bajak laut ponn... janji Malaysia Boleh!! Justeru itu beliau mengumumkan bayaran bonus 6 tahun bagi semua warga BLF sebagai menunjukkan rasa bangga beliau kepada warga BLF. Syabas Inspektor Sahab!!

1 comment:

mat_toro said...

Ermm... gaji RM30 sebulan... setahun RM360... 6 tahun RM2160... tolak EPF... errr... OK ler tuhh... hehehehehe...