Tuesday, March 20, 2007

JP INC Uji Terbang Jet Eksekutip Terbaru Syarikat

JP Inc telah membuat beberapa siri uji terbang aset terbaru mereka yang telah dirampas sewaktu USS Ronald McDonald tempoh hari di Lautan Hindi yang kini dijadikan sebagai jet eksekutip syarikat. Kapalterbang itu telah dirampas apabila pasukan khas laut BLF diketuai oleh Laksamana Datuk J sendiri telah menawan beberapa buah pesawat ini yang kebetulan menjalani ujian operasi di atas kapal USS Ronald McDonald. Kata Datuk J, pesawat ini memang sesuai digunakan untuk memunggah Coca-Cola, french fries dan aweks dari kapal USS Ronald McDonald kerana ia mempunyai beberapa keupayaan tersendiri seperti terbang dan turun secara mendatar di samping membawa kemampuan membawa muatan yang lebih, maka ramailah aweks yang boleh diangkut bila diperlukan. Datuk J juga mengatakan dengan adanya pesawat ini di dalam inventori syarikat, syarikat boleh menggunakannya untuk menganjur majlis keraian di pulau-pulau maupun kawasan-kawan terpencil dimana semua tetamu, pelayan, makan minum dan khemah dsbnya dengan mudah boleh diangkut dan didaratkan di lokasi yang tidak memerlukan sebarang persediaan untuk menerima pesawat. Ini membolehkan kami mengadakan pesta meraikan tersebut tanpa mudah dihidu oleh pihak-pihak tertentu.

Jantan-jantan Syarikat membuat latihan meluru ke pusat-pusat hiburan berdekatan pejabat.

Datuk J juga mengatakan bahawa malam ini adalah malam kemuncak siri uji terbang pesawat syarikat itu dimana ahli-ahli syarikat berjantina lelaki akan dibawa pergi membuat lawatan sambil belajar ke spa dan pusat kesihatan di sempadan sebagai latihan menyusup masuk tanpa dikesan. Tetapi apabila sampai di sana, peserta - peserta dikehendaki membayar sendiri apa-apa perkhidmatan yang digunakan kerana syarikat hanya menaja penerbangan pulang balik fasal boleh dilupuskan sebagai perbelanjaan ujiterbang. Datuk J berkata dia merasakan itu sebab utama kenapa si Gemukkkkkk menarik dari daripada lawatan tersebut kerana dia tu memang kedekut tahi hidung masin nak keluar belanja untuk perkhidmatan-perkhidmatan terbut. "Asyik-asyik nak claim kat company. Dia tak tau ke itu cuma bapak pengarah syarikat aja boleh buat!" dengus Datuk J. Apabila ditanya kenapa kaum hawa tidak dijemput menyertai lawatan tersebut, Datuk J cakap tak nak lah mereka kacau daun dengan program, terutama Cik Yipun yang semacam cemburu bila melihat Tansri MT mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti lazimnya. "Entah ada skandal ke apa Si Yipun dengan Tansri ini!"ujar Datuk J. Berita lanjut tentang acara kemuncak ujiterbang ini akan dimuatkan ke dalam majalah Tak Tahan yang akan datang. Sila Tungguuuuuu!.

3 comments:

Anonymous said...

ala bos, gaji seciput je bulan ni, cemana nak bayar sendiri. datin-datin pun semuanya sibuk pergi shopping kat overseas, cemana saya nak pau diorang.. ala bos, jangan la cerita kat satu dunia bos.. kalau datin-datin baca kat sini, jatuh la standard kita.. sapa yang rugi, bisnes kita jugak yang rugi nanti..

mat_toro said...

ek ellehhh... apa mau heran Cik Pun jeles sama gua?? Semua pompuan pun jeles tgk gua bersama aweks lain... al-maklum la kan... gua kan super sexy kegilaan ramai pompuan... aisehhh... old news la...

Errrr... mau pigi sempadan kalau tak cukup ruang buleh sewa gua punya stealth helicopter... sewa tau!! bukan free!! wokeh babeh... see you all there!!!

Anonymous said...

Pitenah semata tul Datuk J ni, mentang2 ler masa dia ayat wa hari tu wa x layan sbb wa letih ngan event JP yg lelain tu, ini x bermakna beliau boleh menyebarkan khabar angin akan hubungan wa ngan Tan Sri, adessss

Its only sexual relation thingy pe....