Monday, January 15, 2007

Rejimen 69 Wataniah Jerung Gatal



Jerung Gatal hari ini sekali lagi membuktikan bahawa ianya bukanlah sebuah entiti yang mementingkan hawa nafsu semata-mata. Jerung Gatal hari ini dalam menyahut seruan pihak kerajaan untuk menggalakkan penyertaan orang awam di dalam pertahanan negara telah menubuhkan Rejimen 69 Askar Wataniah. Rejimen ini terdiri dari 450 orang bintang porno negara (lihat gambar) dan diketuai oleh Jen Kehormat Tan Sri MT sendiri. "Sebagai latihan pertama Rejimen ke 69 RAW ini akan menjalankan latihan bersama pelatih2 PLKN yg miew, miew di Karambunai Resort sempena penggambaran dan sesi merekrut bakal bintang porno negara. Saya sendiri akan menjalankan interbiu terhadap semua pelatih PLKN tersebut yang mana setiap sesi dijangka akan mengambil masa sejam. Untuk menjimatkan masa mungkin saya akan menginterbiu 2-3 org pelatih serentak bergantung betapa penatnya saya ketika itu" kata Tan Sri MT sambil tersenyum gatal dalam sidang akhbar di Menara JP hari ini. Sempena penubuhan Rejimen ke 69 Askar Wataniah ini Tan Sri MT juga dengan bangganya memperkenalkan cogan kata pasukan tersebut "Erotik dan Patriotik" kepada wakil media.

Pihak JP Inc juga dalam masa yang sama membidas tuduhan bahawa penubuhan Rejimen 69 AW ini ada kaitan dengan perkhidmatan tentera upahan Jerung SOF (Soldier Of Fortune) Sdn Bhd walaupun segala kerugian masa kerja bintang porno tersebut akan ditanggung oleh pihak kerajaan.

Dalam hal yang berlainan Pengurusi JP Maritime Datuk MMC hari ini mengumumkan kejayaan mendapatkan tender mengubahsuai kapal carrier USS John FU Kennedy kepada sebuah 'floating casino' daripada kongres Amerika Syarikat. Kapal tersebut bukan sahaja akan menjadi sebuah kasino malahan juga berfungsi sebagai cruise vacation antara pelabuhan New York dan Israel. "Setelah pihak kami menunjukkan bagaimana keuntungan cukai yang diperolehi dengan membenarkan lebih ramai rakyat Amerika dan Israel berjudi sambil melancong dapat menampung kerugian kekalahan pihak Amerika di Iraq dan kekalahan pihak Israel di tangan Hezbullah, tender tersebut bukan sahaja diserahkan secara bulat kepada kami tetapi outsourcing untuk pengurusan casino tersebut juga diberikan kepada kami". Datuk MMC juga menolak dakwaan yang mengatakan dia telah mengimport sekumpulan besar gay boy dari Taman Tasik Permaisuri untuk memujuk ahli kongres Amerika dalam membuat keputusan tersebut.

1 comment:

mumuchi said...

Bukan USS Ronald Reagan daaa.USS JFK, sesuwai dengan kegatalan presiden yang itu...silap USS Bill Clinton belum ada lagi