Thursday, January 18, 2007

JP Inc Merampas Kembali Tender Helikopter CSAR

Berikutan bantahan dan merajuk Tan Sri MT, terutama sekali pada tahun pilihanraya ini, pihak kerajaan telah menimbang kembali keputusannya dalam pemberian tender helikopter CSAR bagi kegunaan TUDM. Dakwaan sesetengah pihak bahawa keengganan JP Inc menaja kempen pilihanraya pada tahun ini menjadi punca perubahan keputusan ini disangkal oleh Pengarah Perhubungan Awam (PRO kekadang GRO jugak) Cik Pun. "JP Inc adalah sebuah konglomerat yang patriotik dan sentiasa menyokong kerajaan walau apa pun keputusan kerajaan. Lebih-lebih lagi kalau keputusan itu menguntungkan JP Inc. Kalau tak untung sokongan tu kurang sikit laaa".

Cik Pun seterusnya menerangkan bahawa helikopter VS300 yang dikatakan itu sebenarnya bukanlah helikopter pre-WW2 yang dilaporkan sebelum ini. "Sekarang zaman moden, sudah tentu pihak JP Inc tidak akan menawarkan helikopter yang begitu usang. Dari namanya (VS300) itupun kita sudah tahu bahawa ianya adalah teknologi terbaru keluaran Vidal Sassoon di mana enjin helikopter tersebut menggunakan blower dari pengering rambut Vidal Sassoon. Blower tu memang power, saya tau la... saya punya hair dresser pakai hair dryer brand tu" ujar Cik Pun bila ditanya tentang laporan yang mendakwa helikopter yang ditawarkan oleh JP Inc adalah model usang.

No comments: