Tuesday, January 09, 2007

Rentetan Gosip Terbaru Personaliti Terkemuka JP Inc.

Gempar! Seorang Personaliti JP Inc. terperangkap dalam belenggu gosip angkara ???????

Kita ikuti rentetan tersebut...

GOSSIP JP BERSAMA UNCLE J (I)...

Korang dah dengar lagu2 album kompilasi bod MPSA yg Jerung Entertainment buat tu? Lentok beb lagu2 dia. Uncle dengar kat Tel Aviv suku-sakat Ehud Olmert sibuk tunjuk perasaan sebab marahkan lagu 'Malang Si Dubuk' nyanyian Ice Mallet yg khabarnya bukan setakat juara Top 10 lagu2 kat M'sia, tapi siap popular kat USA lagi. Tapi Uncle bukan nak cerita pasal lagu tu mahupun penyanyi dia si Ice Mallet nuu...tapi pasal Gemukkkkkk, artis yg sama menyanyi dlm album kompilasi ni. Eksekutif akaun kat JP Inc. ni khabarnya sedang hangat bercinta dgn sekumpulan awek bod gossip CARI.com yg dok tergila-gila kat lagu 'Aku Miskin Hina' dendangan jejaka Ipoh ni. Tak tau sapa awek2 tu tapi khabarnya diorang ni kalau demam pun meracau dok sebut "G, G, G!!!!!!!!" Isyk isyk isyk.....biar betul tapi apa2 pun tahniah le G dan kalau dah sampai jodohnya jgn lupa jemput kami makan nasi minyak. Tak kisah le bersanding dgn 4 org bini serentak pasal kuota kita kan ke sampai 4...alang2 dah ramai berkenan sambak le 4 dri mereka....hehehehehehe Blah dulu bye!

UNCLE J: AKU KAYA RAYA

dijawap dengan segera oleh si Gemukkkkkk

tidak. tidak, semua itu fitnah belaka. saya takde apa-apa kaitan
dengan Datin SM tu. kami cuma kawan
biasa. percayalah. kami jumpa setiap malam di bilik hotel
5 bintang tu pun kerana berbincang dan meminta nasihat tentang perjalanan kareer
saya. Datin SM seorang yang berpengalaman dalam dunia
sponsor-mengsponsor, jadi rugilah saya kalau tidak cuba menimba ilmu, kan.dan
cek RM15,000 tu sebenarnya bukan hadiah dari Datin. Datin cuma
pesankan saya untuk beli barangan berjenama bila saya ke singapore nanti.

tetapi selepas itu beliau menambah

eh, saya salah jawab gossip ke? alamak, uncle
jangan siarkan jawapan saya ni dalam media ok. ingat, saya saman
nanti. lagi satu, jangan bincang apa saya tulis ni dalam tv sabtu ni,
saya akan saman juga.saya tak takut nak saman
tau!

kesan dari itu Uncle J menyiarkan berita terbaru


GOSSIP UNCLE J (II)

Wisma JP diterjah oleh wakil dri rancangan (korang tau le rancangan apa kan?) gara2 tulisan Uncle pasal Abang G kita. Tapi nampaknya Abang G dah bersedia dgn jawapan yg mantap dan padu lagi terbilang dan gemilang! Wakil Terjah tak dapat lama2 menyoal jejaka tampan yg macho ini kerana dia buat2 sibuk utk masuk ke bilik mesyuarat kerana konon katanya ada diskas pasal bajet nak promosi kereta kebal Tenuk Mk78 kat Eropah nanti.

UNCLE J: SELAMAT BERJAYA ABANG G!

yang juga terus dijawab

terimakasih uncle J. betul, diorang terjah saya masa saya nak
present bajet. tidak, tidak, saya nafikan sekerasnya gosip liar
itu. Datin SM hadir dalam mesyuarat itu sebagai salah seorang ahli
lembaga pengarah. saya cuma tumpangkan dia dalam kereta saya saja
masa datang ke mesyuarat ok. tumpang saja, ok. kami tiada
apa-apa hubungan.ya, ya kereta ferrari yang saya bawa tu kereta
saya. bukan Datin SM yang belikan. saya beli dari Datin SM
ok. apa, ingat gaji saya RM800 sebulan tak mampukah nak beli
Ferrari? jangan tuduh saya macam-macam ye.


saya ulang, itu bukan hadiah dari Datin SM. itu cuma pinjaman
untuk modal saya buat bisnes. eh kejap, ada phone
call.[hallo. eh, hallo Datin. u call i kenapa? apa, i
salah bagi jawapan? oh, lain dari hari tu ye? ok, i betulkan balik
ok. ye, ye, i pun rindu kat u tau. ala kejap
je. lepas i jawab interview ni, i balik hotel la jumpa u
ok. u tunggu i tau. babai, tata, titi, tutu.]eh, cik
yipun, ada pembetulan. tadi tu, saya ingatkan transaksi
lain. duit RM15K tu bukan milik saya. ianya pesanan dari
Datin SM untuk beli barangan berjenama bila saya ke singapore
nanti. sebab tu saya tak boleh dermakan.ye, no komen.. no komen.. ok
saya balik dulu..

Kita tunggguuuuuu perkembangan selanjutnya selepas ini....

1 comment:

Yip said...

kuang kuang kuang kantoi G ye ngan Datin ;)