Wednesday, January 17, 2007

JP Inc memperkenalkan ACAV Stealth terbaru mereka

Pesawat ACAV Lang kawi

JP Inc telah dengan bangganya mengumumkan bahawa syarikat sudah bersedia untuk membekalkan kepada pasaran dunia ciptaan terbaru mereka, Autonamous Combat Aerial Vehicle (ACAV) Stealth Lang Kawi yang dijamin seratus peratus tidak mungkin dapat dikesan oleh mana-mana sistem radar di dunia ini bila-bila masa pun. Pihak syarikat begitu yakin dengan kemampuan pesawat ini sehingga telah mencipta pengkelasan baru ACAV untuk membezakan pesawat mereka daripada UAV/UCAV yang biasa. Dibangunkan berdasarkan teknologi "BEASTMASTER" dengan pengoperasian sistem "DAR", ACAV ini yang diberi gelaran Sharak berupaya beroperasi bersendirian dengan memberikan maklumbalas dan pengimejan terus kepada markas. Ia juga tidak memerlukan sebarang bahan api atau bekalan maupun sokongan operasi dari markas kerana ia berupaya memperolehi bekalan yang diperlukan dengan sendiri. Yang uniknya, bahan kumbahannya boleh digunakan sebagai bom organik bila diperlukan sesuai dengan designasi 'kombat'nya. Persenjataan lain2 adalah seperti taji, paruh dan juga senjata sulit terbaru berasaskan sound waves yang boleh memegunkan pendengar-pendengar apabila dioperasikan. Spesifikasi terperinci ACAVakan disiarkan bila promosi besar-besaran mega JP sale bermula hujung tahun ini. Tetapi bagi mereka yang tidak sabar-sabar lagi, take a number and Ms Yipun will attend to you shortly.



Pesawat Sharak Bersedia Untuk Bertugas.
(Bagi kaum wanita, syarak tu yang dipegang ya, bukan mamat tu, dia cuma tukang tenggek aja)

Syarikat JP Inc akan mempertontonkan sistem ACAV ini kepada khalayak umum ketika LIMA 2007 berlansung di mana dijangkakan berpuluh-puluh kontrak bernilai juta-juta duit(gelak sombong kaya) akan dilunaskan. Untuk menghargai pembeli dan pengunjung, pihak syarikat bercadang membuat previu persembahan sextacular diketuai Ms Yipun yang bakal menjadi tarikan utama pelayaran U$$ JFK bila ia siap dibaikpulih nanti, di atas pentas khas di dalam booth mereka yang meliputi 10,000 meter persegi. Jumpa disana-sana,sana-sana !

Dapatkan Keluaran Khas Mat Terap terkini untuk mendapatkan prebiu ACAV lebih lanjut.

No comments: