Monday, January 15, 2007

Pelayaran Pertama U$$ John FU Kennedy

Seperti diumumkan oleh Pengerusi JP Inc. Tan Sri Mat Toro sebelum ini, pihak kami sekarang ini sedang bersusah payah menyediakan bekas kapal pengangkut pesawat yang dinamakan semula sebagai U$$ John FU Kennedy atau dalam bahasa melayunya U duitduit Belalai Taram U Kennedy utuk membuat pelayaran pertamanya tidak lama lagi. Selain dari menyediakan 6 tempat berjudi dari kelas belakang mati hingga kelas las vegas, kapal ini juga menyediakan pelbagai jenis pusat hiburan seperti Marylin Monroe Strip Club, Debmey Gayz Joints, Mohpi Tai(MT) Tiger Show Room(Dengan penampilan khas sekali-sekala Tan Sri MT), Cik Yipun Sextacular Cabaret floor antara lain. Bilik-bilik penginapan juga disediakan dengan katil air dan katil massage setiap satu dengan cermin di siling sebagai standard, (di mana kami menempatkan CCTV khas utk rancangan kandid camera kami) dan pelanggan boleh memilih tema-tema tertentu untuk memenuhi fantasi masing2.

Kapal sedang disediakan untuk pelayaran pertama

Kami juga menyediakan 3 jenis kolam renang di mana satu adalah sebuah wave pool dikelilingi pasir yang didesignasi sebagai nude beach atas kapal. Spa kami juga yang terbesar di dunia di atas kapal, di mana ada bahagian-bahagian istimewa untuk kaum sejenis, special massage dan orgy. Bilik berskandal untuk pasangan seperti Gemukkkkkk dan Datin juga turut disediakan yang bebas dari lensa pemberita-pemberita(tapi tak semestinya lensa CCTV kami). Ini adalah sebahagian preview kemudahan di atas kapal yang kami harapkan dapat memenuhi keinginan pelanggan kami nanti.

Di samping itu, bagi pelayaran pertama ini pihak kami juga bercadang mengadakan tayangan perdana dan gala kebajikan (untuk isi poket kamiler) wayang hasil keluaran terbaru kami yang akan kami umumkan kelak.

Kami akan membawa perkembangan terbaru pelayaran ini dari masa ke semasa nanti.

No comments: