Monday, January 15, 2007

JP Inc Melancarkan Satelit Pengintipan Pertama Malaysia

Labuan, 29 Mac 2007, JP Inc hari ini melancarkan satelit pengintipan pertamanya untuk kegunaan militer. Satelit tersebut yang diberi nama Meleset 1 telah dibina hasil kerjasama anak syarikat JP Inc iaitu Jerung Gatal (peneraju industri porno negara) dan kerajaan sebagai penyumbang modal.

Ramai bertanya apakah relevannya Jerung Gatal dengan satelit pengintipan. Pengerusinya Tan Sri MT berkata, “Jerung Gatal bukanlah sebuah entiti yang hanya mementingkan kepuasan hawa nafsu semata-mata, Jerung Gatal pada hari ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang gatal jua merupakan rakyat yang patriotik. Selain digunakan untuk mengendap nudist beach di California dan Gold Coast ianya juga boleh digunakan untuk meninjau keupayaan tentera asing. Walaupun matlamat utamanya adalah mengendap awek cun yang bakal membintangi filem porno keluaran negara ianya juga boleh meninjau instalasi ketenteraan luar yang ada banyak awek miew, miew. Walaubagaimanapun kegunaan satelit ini amatlah mahal dan setiap gambar risikan yang diambil akan dikenakan caj perkhidmatan dan juga cukai perkhidmatan sebanyak 25% akan dilevi kepada penggunanya. Mungkin kadar caj akan meningkat sekiranya keuntungan tidak seperti yang dijangkakan. Jika melebihi keuntungan yang dijangkakan ianya tetap akan naik juga.”

Jerung gatal kini dalam perancangan untuk melancarkan satelit Meleset 2 yang dikatakan mempunyai kamera yang boleh menembusi pakaian serta dinding dan bumbung bilik air rumah anak dara cun. Modal pembuatan dan pelancaran kini dalam rundingan bersama pihak kerajaan supaya kerajaan sekali lagi menanggung modal. VP Public Affairs JP Inc, Cik Pun, kini bersiap sedia untuk rundingan satu hala tersebut dengan menempah lingerie terbaru buatan Jerung Sex Toys Ltd iaitu sebuah subsidiari Jerung Gatal. “Saya yakin dengan lingerie see-through baru ini kami akan berjaya dalam rundingan kami nanti” kata Cik Pun.

2 comments:

Yip said...

Jenuh ler nak buat usahasama camni Tan Sri, wa nak bonus 18 bulan kalo MoU ni berjaya

mat_toro said...

18 bulan jadik pompuan simpanan aku nak?? Pi buat kerja!!! Musti mau untung besar!!!!