Wednesday, January 24, 2007

Pod ECM baru keluaran JP Inc.

Dunia peperangan elektronik bakal bergegar lagi apabila JP Inc. dengan bongkaknya mengumumkan penghasilan dan pemasaran pod penyerak baru utk kegunaan pesawat kepak kaku yang dinamakan 'Pawangtron X20'. Menurut Pengurus Bhg EW JP Inc., Datuk Paduka Alphawolf, pod tersebut mempunyai keisitimewaan yg tiada pd alat2 EW lain yg pernah dihasilkan kerana ia mengandungi gabungan keupayaan elektronik dan ilmu hitam. Pakej jampi jembalang tanah yg dihasilkan sendiri oleh seorang penjawat awam, Puan Kino yg bertugas di Sabah didatangkan khas dari puncak Gunung Kinabalu setelah menurun dan bertapa di sana seminggu dan mampu menjejaskan sistem radar termoden dunia. Apabila pod ini diaktifkan, ia mengeluarkan gelombang elektronik yg keras dan kuat serta aura hantu tahap dewa sampai nampak bayang2 lembaga hitam, putih dan kelabu menerjah arah pancaran radar lawan. Ia boleh digunakan bagi peranan SEAD/DEAD dan ECM bagi perlindungan pakej serangan udara atau misi Combat Air Patrol. Kumpulan pertama juruteknik dari TUDM, angkatan udara pertama pembeli pod ini telah dihantar berkursus ke Jerung Electonics. Sebelah siang mereka mempelajari sistem mekanikal dan sebelah malam mereka belajar cara2 memperasap dan menjampi pod ini agar berbisa.Ujian keberkesana pod ini yg dilakukan di AS membuktikan keupayaan pod 'Pawangtron X20' apabila para pengendali sistem radar yg merupakan sebahagian dari pakej sistem pertahanan udara paras tinggi Patriot demam terkejut selama sebulan dan meracau2 setelah ternampak bayang2 menakutkan muncul di skrin radar mereka. Menurut mereka lagi sebelum itu radar mereka menerima pancaran yg berbunyi jampi serapah dlm bahasa kuno yg menakutkan. Sebuah kapal kruser kelas Ticonderoga US Navy juga terpaksa bercuti di Pearl Harbor kerana semua krew teknikalnya demam terkejut setelah menjalani latihan menangkis serangan udara oleh pesawat2 JP Inc. yg membawa pod tersebut. Berita ini ditulis oleh seorang wartawan junior JP News yg kini sedang tunggu giliran di klinik JP Medic kerana demam akibat terkejut dan lemah semangat dgn aura pod 'Pawangtron X20'. Nota Editor: Haparaaa.....nasib baik lu tak jadi krew radar GAPU kalau tak mau mati terkejut masa latihan!

Nota Tan Sri MT: Ini artikel tengkiu sama Datuk J, tapi cilakak itu Datuk J buleh suruh gua tempek untuk dia!? Itu kuli sudah suruh tauke bikin kerja ka?! Gaji mau kasi potong la ini macam!!!

1 comment:

Yip said...

Nanti dia minta royalti kang