Thursday, January 18, 2007

JP Inc Menyampaikan Sumbangan Kepada Kawasan Banjir

JP Inc hari ini menyumbangkan bantuan bernilai RM85,000 kepada kawasan yang terlibat dengan banjir. Pengarah Perhubungan Awam Cik Pun dan Presiden Divisyen Maritim JP Inc Datuk MMC turun untuk menyampaikan sendiri bantuan sambil Cik Pun memperagakan bikini Nopene terbaru keluaran JP Inc dan Datuk MMC menayangkan bot hovercraft mewah terbaru keluaran JP Inc iaitu hovercraft kelas Memerang. Bila ditanya pendapatnya bantuan tambahan akan diberikan oleh JP Inc Cik Pun (yang sedang sun bathing di atas hovercraft Memerang tersebut) menjawab "Ya, bikini yang saya pakai ini adalah model terbaru keluaran JP Inc. Ianya amat seksi dan sesuai untuk bergaya". Beliau seterusnya terus mendendangkan lagu "Pandanglaaahh... lihatlahh... bodyku yang cantik... bikini ku yang seksi!!!". Wartawan yang meluat dengan gaya Cik Pun beralih arah dan bertanya kepada Datuk MMC soalan yang sama. "Bantuan ini adalah fasa pertama sahaja, saya akan datang lagi minggu depan untuk menayangkan bot mewah keluaran JP Inc yang baru iaitu KJP Jutaria untuk tatapan kamera wartawan yang ramai di sini", ujar Datuk MMC. "Selain itu JP Inc komited dengan memulihkan kawasan yang terlibat setelah menerima kontrak bernilai RM 800 juta untuk memulihkan kawasan yang terlibat. Kami juga mencadangkan kontrak bernilai RM 350 juta untuk membesarkan parit untuk mengelak banjir berulang. Sub-kontraktor kami Abang Ali Bangla and the gang sedia menjalankan tugas sebaik sahaja kontrak ditandatangani".

Pihak wartawan (lelaki sahaja) mencuba sekali lagi untuk mendapatkan komen Cik Pun yang pada waktu itu sedang rancak menarikan belly dance akhirnya berjaya mendapatkan komen dari Cik Pun. "Apa?? Bantuan?? Lerrr... ingatkan Datuk MMC ajak I datang nih nak menayangkan produk baru Nopene bikini nih... penat I rongeng tadi taww!! I nak sun bathing balik lah! Abang-abang semua nak tengok?? Mai la..." kata Cik Pun sambil menarik tali kamera seorang wartawan hensem.

3 comments:

Yip said...

huargh huargh huargh

mat_toro said...

Derma RM85,000... dapat kontrak RM 800 juta!!! Dapat free advertisement pulak tuhh!! terrer tak gua?! Cakap gua terrer!! Kalau tak potong gaji lu!!

Yip said...

Lu memang terer Tan Sri
(sambil menjeling manja sket kat Tan Sri)