Tuesday, January 23, 2007

KONTROVERSI LAGU MALANG SI DUBUK

Hubungan Mesia-Singapoh dijangka bertambah kontroversi lagi ekoran popularnya lagu 'Malang Si Dubuk' nyanyian artis muda harapan JP Inc., Ice Mallet. Diberitakan stesen2 radio pelbagai bahasa di republik berkenaan terus memutarkan lagu tersebut walaupun ia dikatakan digam oleh Kementerian Penerangan Singapoh.

Malah lebih serius lagi para rekrut NS Sg diberitakan menyanyikan lagu tersebut semasa PT pagi dan latihan jalan lasak/jalan laju walaupun mereka dikenakan tindakan disiplin termasuk disumbat ke penjara tentera. "Lagu tu macam berhantu bang. Walaupun dia kutuk Debmey forumer Sg dlm bod MPSA cari.com, kami semua mcm kena pukau masa kali pertama lagu tu didendangkan di stesen radio!" jelas Mat Tambak (bukan nama sebenar) salah seorang rekrut NS yg sempat ditemui sumber sulit JP Inc. di Pusat Latihan NS SAF di Pulau Tekong. Katanya lagu tu juga menjadi lagu tema percintaan dia dgn aweknya sekarang. "Don't want to talk about that $#%^&*&()^%$ song-lah. Stupid song!!!" maki LTC Char Kuay Teow dari RSAF sambil menarik muka 14 dan melangkah keluar dg laju dari pusat karaoke di Tampines ketika anak-anak buahnya dari skuadron F-16D beramai-ramai menyanyikan lagu tersebut. Dia dilaporkan meraung 7 hari 7 malam berturut-turut kerana stress lantaran kecewa dengan sikap anak2 buahnya yg tidak sensitif terhadap maruah negara SG hinggakan sayap penerbangannya terpaksa digantung dan dirawat di pusat terapi SAF.

Berlainan pula dengan komen pelakon komedi Sg, Gurmit Singh yang mengakui amat menyukai lagu tersebut. "Aiyoh, can't the gahmen be more open-minded aah? Its just the song ley, what busy-busy!?" komen beliau yg turut disokong rakannya Dr Chee Soon Juan, tokoh pembangkang tersohor Sg. Dlm perkembangan berkaitan Ice Mallet kini menjadi jejaka pujaan ribuan gadis Sg tak kira bangsa kerana power lagu tersebut dan kemerduan suaranya. "Apa boleh buat Bang orang dah suka kita." kataya sambil mengesat bekas gincu di pipinya kesan ciuman seorang amoi yg dilaporkan anak Jeneral SAF dan merayu supaya Ice Mallet membawaknya menikah kat Siam!

bagi pihak Datuk J

1 comment:

mumuchi said...

mana lirik..nak jugak jadi siulan kita...dahler cd demo aku ko cilok jual kat chow kit hehx3