Tuesday, January 09, 2007

Prebiu Produk : TENUK MK78: BAKAL MEREVOLUSI PEPERANGAN ARMOR DI MASA HADAPAN

Gambaran Kereta Kebal yang dihasilkan

Kereta kebal Tenuk Mk78 yg dihasilkan oleh gergasi industri pertahanan JP Inc. adalah line-up baru dlm pasaran kereta kebal sedunia. Ia adalah hasil usaha sekumpulan Mod dri board MPSA CARI.com yg berwawasan dan bermata duitan. Projek merekabentuk dan menguji prototaip kenderaan tempur ini hanya mengambil masa setengah tahun sahaja hasil kerja keras tim 'Jerung Lanyak' yg tak reti2 nak rehat dan balik rumah sampai masuk wad seminggu sebab stress giler (muahahahah!!!). Tenuk Mk78 adalah sebuah kereta kebal kategori sederhana yg boleh meredah halangan perairan tanpa sebarang persediaan dan dilengkapi dengan peralatan elektronik terkini. Utk memberitahu sebarang masaalah pada sistem kenderaan, suara awek yg mengghairahkan akan melakukannya pada setiap fon kepala. Malah suara tersebut juga boleh diprogram mengikut kehendak pengguna. Sebagai contoh encik Battleship mahukan suara Amoi dan awek Jepun menyebut miew3 bila ada kebakaran berlaku dalam kenderaan yg sekaligus akan mengaktifkan sistem pemadam kebakaran sambil berkata Miew3! Tenuk Mk78 juga boleh digugurkan dari udara, dibawak dgn kelajuan maksima di lebuh raya tanpa treler pembawa tank serta mampu mencarut secara automatik jika kehabisan peluru untuk menakutkan musuh. Ia juga boleh diubahsuai menjadi kenderaan penumpang atau pembawa barang dan treler utk artis buat shooting.

Untuk keterangan lanjut dan spesifikasi terperinci dapatkan majalah Mat Terap bulan ni...

No comments: