Tuesday, January 23, 2007

Iklan Kerja Kosong

Iklan Kerja Kosong Separuh Masa

Adakah anda bosan dengan kerjaya anda? Maukah anda menambah pendapatan anda? Ini bukan skim cepat kaya, ini satu karier mencabar dan penuh adventur. Pihak Jerung Perkasa sedang menerima permohonan daripada orang ramai yang berminat untuk menjawat satu kerjaya yang membolehkan anda melihat latihan ketenteraan lebih dekat tanpa perlu menjadi anggota sukarelawan tentera. Jangan tunggu lama-lama, hantar permohonon anda dengan kadar segera !!

Jawatan : Pengutip kelongsong peluru hidup mau pun mati. Kelongsong Peluru Hidup akan dikitar semula untuk pembinaan kereta kebal syarikat manakala kelongsong peluru mati akan dikitar untuk menjadi minyak sintetik yang prestasinya mengalahkan formula yang diuji dalam perlumbaan.

Pengalaman : Pemohon mesti membuktikan yang mereka telah berjaya 'survive' tiga kali dari operasi-operasi seumpamanya sebelum ini di lapang-lapang sasar di dalam ataupun luar negeri. Pemohon yang kudung mana-mana bahagian anggota badan kerana operasi-operasi itu digalakkan memohon kerana syarikat mengamalkan konsep penyayang yang mengutamakan pemohon-pemohon sedemikian rupa.

Tempat Kerja : Pemohon-pemohon yang berjaya akan ditugaskan di mana-mana kawasan di mana eksesais sedang berlaku. Selepas sesuatu eksesais itu tamat, adalah dijangka yang pemohon akan bertugas selama sebulan di kawasan itu untuk mengadakan 'ops bersih'. Jika tiada latihan dijalankan, pihak syarikat berhak mengaturgerak pemohon untuk mencuci mana-mana bangunan yang syarikat dapat tender.

Imbuhan : Pemohon diminta menyatakan imbuhan yang diinginkan. Pihak syarikat berhak menolak jumlah yang difikirkan melampau. (Tapi jangan terkejut jika jumlah dibenarkan itu terlampau sedikit kerana Pengasas Syarikat kami memang kedekut)

Faedah-faedah lain : Pihak syarikat menasihati pemohon memperolehi insuran nyawa dan kemalangan yang mencukupi untuk diwariskan kepada waris masing-masing. Pihak syarikat hanya menyediakan kemudahan "pilih duda/janda" yang dihias untuk ahli Lembaga Pengarah yang berminat untuk membuka cawangan baru.

Tarikh Tutup Permohonan : Semalam kerana kami mengutamakan calon yang bersifat proaktif yang sudah menghantar permohonan sebelum jawatan diiklankan. Lagipun jika calon tidak ada kaitan kroni atau persaudaraan dengan bahagian procurement maupun staff syarikat, surat permohonan anda sebenarnya akan difailkan dalam fail kabinet kami yang berbentuk tong sampah.

No comments: