Mengambil iktibar daripada semua sungutan dan rungutan pelbagai lapisan masyarakat tentang keupayaan kapal peronda kelas Kedah yang menggunakan teknologi low observatility dan konsep Fitted For Not With (FFNW), pihak syarikat telah menghidu peluang UNTUNG BESAR dan dengan angkuhnya mengemukakan cadangan berbaur ugutan kepada pihak berwajib untuk memperolehi kapal peronda konsep terbaru mereka.


Kapal kelas "Lang Milenium" ini menggunakan teknologi jenis gaban berdasarkan prinsip transformers di mana ia berkongsi sebahagian dari teknologi dengan kelas battleship yang dikemukakan sebelum ini untuk pembelian kerajaan. Walaupun bersaiz lebih kecil lebih kurang 45 metre sahaja, iaitu cuma separuh dari saiz kapal kelas Kedah, pihak syarikat menyatakan bahawa rekabentuk ini teramat terbukti dari segi daya tahan penjelajahan dan rondaan. Ini adalah kerana sejak 500 tahun dahulu rekabentuk ini telah berjaya membolehkan kuasa-kuasa dunia untuk menjelajah seluruh dunia dan menakluk negara-negara yang mereka rasakan beruntung untuk dijajah. Walaubagaimanapun rekabentuk itu telah dipermodenkan untuk tugasan millennium baru, bersempena namanya. Kini ia tidak memerlukan ramai anak kapal untuk mengendalikannya, cuma lebih kurang 30 orang sahaja.
Sebahagian persenjataan canggih kapal
Tetapi seperti kata orang putih, we saved the best for last. Untuk kemudahan anak kapal, setiap daripada mereka akan mendapat bilik penginapan kelas hotel lima bintang dimana ia dilengkapi hot tub berjakuzi, tv leper skrin lebar, dvd player (dengan perisian dibekalkan oleh syarikat associate kami Jerung Gatal Movies and More Pengedaran) dll. Bilik Komander Kapal juga dibekalkan dengan skrin multi untuk memantau aktivit-aktiviti anak kapal dalam bilik untuk menenangkan keresahan dan kerisauan pasangan2 anak kapal kerana takutkan ada aktiviti tidak bermoral berlaku atas kapal, Yalah kelasi-kelasi kan terkenal dengan ungkapan ‘a mate in every port’. Tetapi pihak syarikat tidak bertanggungjawab jika komander tidak berjaya memantau aktiviti sedemikian sekiranya Komander kapal pun boye jugakler. Kalau risau sangat, Join the Navy dan kongsi bilik tu dengan pasangan anda. Seperti kata Chip PRO kami Ms. Yipun, melihatkan kemudahan dalam kapal, dia terangsang nak mengenakan pakaian ala-ala slave girl Puteri Leia atas kapal Jabba the Hutt tetapi tak tau kenapa.
Akhir kata, pihak syarikat ingin menyatakan dengan yakin sekali, jika projek pembelian kapal ini dilakukan, pasti ramai orang-ramai akan menyertai angkatan tentera laut kita kerana perubahan paragdima dari segi perkhidmatan yang diunjurkan oleh kelas kapal ini. Tak Tipu Tau!
1 comment:
err in ur dream Dato for me to wear such skimpy outfit during co. press conference. Refer to Memo 54 by our Tan Sri, VP for PR kene dress cam cik Timah berkebaya masa PC muahahhahaha
Post a Comment